CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fieya Julia Bengang Asyik Dikata Badan Gemuk Lepas Kahwin, Pakai Tudung Sebab Jadi Isteri

11-8-2022 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3677| Komen: 13

Description: Sering menerima komen tentang perubahan pada susuk tubuhnya yang dikatakan semakin berisi, penyanyi Fieya Julia mengakui kata-kata tersebut membuatkan dirinya berasa down.
Sering menerima komen tentang perubahan pada susuk tubuhnya yang dikatakan semakin berisi, penyanyi Fieya Julia mengakui kata-kata tersebut membuatkan dirinya berasa down.


Pernah memberi komen balas terhadap isu tersebut secara bersemuka, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 23,bagaimanapun bimbang jika respons tersebut membuatkan peminat terasa hati.

Foto: IG

"Sudah banyak kali orang komen tentang badan saya berisi. Saya rasa macam body shaming. Bukan sahaja ditegur bersemuka, ketika sesi live di media sosial juga ada kata begitu.

"Mereka yang menegur itu ada terdiri dalam kalangan peminat yang banyak menyokong kerjaya jadi serba-salah untuk beri maklum balas kerana bimbang mereka terasa hati.


"Jadi lebih baik saya luahkan di media sosial biar sampai kepada mereka yang tegur. Kalau nak cakap kepada setiap invidu susah juga kerana terlalu ramai," katanya kepada mStar.



Fieya sebelum ini berkongsi luahan mengenai perkara itu di IG story apabila ada menegur tentang peningkatan berat badannya selain menuduh dia sudah berkahwin selepas tampil berhijab sejak Ogos tahun lalu.

Meluahkan perasaan yang sudah lama dipendam, kata Fieya, orang sekeliling yang dekat dengannya terutama rakan baik sepatutnya lebih memahami dan tidak perlu menimbulkan isu sedemikian.



"Ada juga teman rapat yang katakan saya bertudung sebab dah kahwin atau mahu ke arah itu. Sepatutnya mereka lebih memahami saya.

"Pernah saya suarakan pendapat kepada mereka namun seolah-olah sia-sia. Saya kesal apabila ada yang melontarkan kata-kata kurang baik.

"Rasanya apabila bercakap tentang berhijab ramai lagi rakan artis yang kena nasib sama. Kenapalah mereka cakap seperti boleh tahu masa depan yang berlaku. Sepatutnya berilah semangat dan mendoakan," ujarnya.


Sementara itu ditanya tentang perkembangan terbaharu, Fieya baru sahaja tampil dengan lagu cover berjudul Butakah Cinta yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spring.

Fieya juga kini dalam perancangan untuk melancarkan single baharu ciptaannya sendiri.



"Lagu saya akan datang akan berbeza sedikit. Masih mengekalkan cerita tentang patah hati tetapi saya mahu cuba genre yang lebih rancak," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LauraaM 11-8-2022 09:41 AM
iols suka laaa suara dia. Sampai sekarang i asyik dengar lagu raya dia Senyuman Syawal ft Luqman Faiz ituhhhh
Quote harisbee 11-8-2022 10:37 AM
suka sore dia ni..nyanyi ada feel tp muka mcm syura
Quote beta_carotene 11-8-2022 10:42 AM
Suara unik n sedap, ada identiti
Jarang suara bbnu ada identiti skali dgr tau dia nyanyi
Quote Mary_jane 11-8-2022 11:54 AM
Meski pun fashion out, tapi suara dia sedap.
Quote firasAli 11-8-2022 12:47 PM
Suara dia sedap
Quote Janggus_ 11-8-2022 01:01 PM
X sabar tunggu single duet fieya dgn naib juara big stage, Danial chuer.
Quote nicolebaby 11-8-2022 01:04 PM
Suka lagu dier - Halusinasi
[youtube]ksB4di8YCfE[/youtube]
Quote a5h91 11-8-2022 06:47 PM
Lagu dia semua best tp suara dia biasa je.
Quote silampumeja 11-8-2022 08:24 PM
Bukan dia pnya badan jenis berisi jgk ke.. bukan la petite
Quote card_reader 11-8-2022 08:30 PM
Kalo tulang nak rasa apa, suara dia mmg sedap dengar
Quote af_mania 11-8-2022 08:43 PM
Suara dia sedap. Single pertama dia best gak tapi tak sampai ajl pon. Undi sendu kot. Lps tu single dia jadi biasa2 jah. Harap rajin invest cari komposer gred A utk lagu baru. Jgn asyik buat cover jah.

Bila dia ni kawin?
Quote Nunie 14-8-2022 11:01 AM
Hint2 nk bukak tudung balik ke tu????
Quote DeLuna85 14-8-2022 11:07 AM
Ye makin tembam. Perasan jugak. Tapi berbakat.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058195 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top