CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Kumpulan Nasyid Saujana, Dr Idzu Buat "Come Back". Tampil Dengan Single Terbaharu

11-8-2022 01:46 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9890| Komen: 94

Description: Pada era 90-an, kumpulan nasyid popular Saujana pernah mencipta fenomena dengan menyebarkan dakwah menerusi lagu-lagu nasyid dan kerohanian.



Pada era 90-an, kumpulan nasyid popular Saujana pernah mencipta fenomena dengan menyebarkan dakwah menerusi lagu-lagu nasyid dan kerohanian.

Ketika itu, nama-nama besar kumpulan nasyid yang lain seperti Raihan, Rabbani, Brothers, Hijjaz, In-Team, UNIC dan Solehah adalah barisan kumpulan nasyid yang diminati ramai disaat kemuncak kegemilangan zaman musik nasyid. 

Namun kini, seiring peredaran zaman dan evolusi muzik, perlahan-lahan irama nasyid menjadi 'tenat' dan terpinggir.

Terbaru, penyanyi kumpulan Saujana, Dr Idzu atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin, 41,  yang mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dari industri muzik tanah air pada 2006 untuk memberi fokus kepada kerjaya baharu sebagai doktor perubatan di sebuah hospital telah membuat "come back", lapor xtra.





Kembali menerusi single Ku Serah hasil ciptaannya bersama Ahmad Jeffny yang juga lagu berkonsepkan ketuhanan dengan sedikit eleman R&B. Lagu ini diterbitkan oleh Kharisma Music.

Menurut pelantun lagu Sepohon Kayu yang pernah popular suatu ketika dulu, minat dan cintanya terhadap bidang nyanyian tidak pernah padam. Malah, kerjaya yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu dilihat masih relevan seiring dengan empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

“Kalau nak kata senyap itu saya lebih fokus kepada memulakan kerjaya dalam bidang perubatan. Selepas beberapa tahun, saya masuk bidang penyelidikan dan pengilangan pula. Boleh katakan sibuk dengan kerja sampailah saya masuk ke dalam bisnes pula. Minat dalam nyanyian itu masih lagi ada cuma aktif macam zaman dulu dah tak ada dah. Tetapi sekarang sejak saya pun dah aktif dalam bisnes, masa itu ada. Jadi bolehlah saya aktif semula dunia nyanyian.

“Masih lagi ada yang ingat dan tanya bila nak keluar single dan album baru serta bila nak buat kemunculan semula. Bagi saya ini adalah hobi yang serius juga. Ia bukanlah kerjaya utama tapi hobi yang serius dan saya suka untuk buat. Perkara ini boleh berlaku serentak. Disebabkan itu saya keluar dengan single terbaru selepas 16 tahun. Ia adalah lagu ketuhanan tapi tak ada ‘hardcore’ nasyid sangat. Lebih kepada santai dan masih pop dengan elemen R&B sikit. Cuma ia bukanlah nasyid.

“Sebelum ini pun saya ada keluarkan beberapa single juga. Cuma tak ada syarikat di belakang saya. Ia lebih kepada nak berseronok saja dalam fasa yang begitu sibuk pada waktu itu. Sekarang dah ada pengurusan saya sendiri dan Universal Music Malaysia pun dah ambil hak pengedar. Saya pun dah ada produksi dengan Kharisma Music yang jaga dari segi muzikal dan produksi. Kiranya ia akan lebih teratur selepas ini,” katanya.



Menurut Idzu Baharin, kemunculannya dengan kembali aktif tidak hanya untuk mengejar kemasyhuran semata-mata, tapi ingin berkongsi karya kepada peminat yang setia bersama dirinya dan Saujana termasuk generasi baru yang mula mengenali mereka.

“Umur saya pun dan lebih 40 tahun. Jadi, bukan lagi untuk kemasyhuran tetapi lebih untuk berkongsi karya dan berjumpa dengan peminat baru yang kenal saya menerusi media sosial. Waktu itu mungkin mereka belum lahir atau masih kecil. Jadi mereka belum kenal sangat saya.


“Bila saya muncul di media sosial mereka berminat untuk lebih mengenali saya. Lagu-lagu masih lagi popular dan mereka pun diajar dengan lagu-lagu kami semasa di sekolah. Mereka rasa dekat tapi tak pasti siapa orang di sebaliknya. Ini adalah kelompok peminat baru yang saya mula nak kenal sejak aktif dalam media sosial.

“Boleh dikatakan, sebab kemunculan sebenarnya lebih kepada mengubat kerinduan. Saya rindu nak menyanyi. Saya juga masih aktif dengan Saujana dan kami baru saja selesai rakaman video muzik Sepohon Kayu (remake). Ia bersempena ulang tahun kami yang ke-25 tahun,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Ku Serah, Idzu Baharin berkata penghasilan lagu itu lebih kepada mahu mengajak peminat mengimbau kembali perjalanannya sebagai anak seni ketika mula bersama Saujana. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 11-8-2022 01:50 AM
teringat heshe pergi audition oiam atau malaysian idol dulu.
Quote wnwa05 11-8-2022 01:56 AM
serius lah buat come back imej macam ni.apa dah jadi...berubah banyak ni
Quote KirazMevsimi 11-8-2022 05:53 AM
perubahan yang tak dijangka
Quote Cokoro 11-8-2022 06:36 AM
Ada ura2 mengatakan lagu patah hati saujana tu ditujukan pd idzu

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya…
Quote margo20 11-8-2022 06:51 AM
Toksah ler pakai nama saujana dah
Quote Belibis 11-8-2022 07:08 AM
Artis pompuan,bila tudung terbang jadi makin seksi,artis laki pulak,kopiah terbang terus jadi ponen.
Quote Redmyvi 11-8-2022 07:24 AM
lain mcm imej..
Quote makadek 11-8-2022 07:30 AM
Doktor ke ni
Quote silampumeja 11-8-2022 07:32 AM
Rasanya imej sekarang lebih baik drpda time audition oiam dulu .. dia dr bahagian kecantikan skrg ..
Quote buragazz 11-8-2022 07:36 AM
Tak berapa betul pembawakan budak ni...
Quote debab_78 11-8-2022 07:57 AM
Kesian tgk.. semalam ada baca komen-komen natizen kat FB.. Rata2 mengecam dan body shaming sheols sbb transformasi imej terbaru ni.
Quote cikkilata 11-8-2022 08:24 AM
Lagu n suara so-so je... x leh nk lyn sampai abes.. sbb suara timbul tenggelam... komen kat youtube mcm kaki kipas org sekeliling dia je kot..
Quote CinnamonR 11-8-2022 08:39 AM
Over..azwana alia punya protege
Quote hareeeesah 11-8-2022 09:00 AM
Alamak… lainnya..
Quote prince_marhaen 11-8-2022 09:07 AM
meols percaya, 80% retis nasyid remaja universiti zaman tersebut adalah adik-adik in closet coverina nak memondey tapi masih ada iman dan hormat family....dah berusia ni ada lah yang nampak kelempok dan PLU theyols....cuma theyols discreet je lah.  
Quote cicicumel 11-8-2022 09:10 AM
Heols comeback suka2 je uols.. Lebih kpd hobi. I rasa dia ni dh jutawan kot dgn klinik kosmetik stem cell yg dia punya tu.
Quote mizruncing 11-8-2022 09:23 AM
wahhhh Dr ke dia?? tp serius x sangka dia berubah smpai mcm ni walaupon hidup seribu tahun
Quote seri_mawr 11-8-2022 09:31 AM
knp nmpk mcm nyah...hidung..bibir...semua baru kan..?



Quote seri_mawr 11-8-2022 09:32 AM
knp aku dgr lagu tu lebih kurang agu hazami....tappi x ingat lagu apa...huhuhu

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059690 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top