CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kartel Dadah Bunuh, Balut Mayat Macam Mumia Dan Campak Tepi Sekolah

7-8-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2118| Komen: 8

Description: BANDAR RAYA MEXICO – Anggota-anggota sebuah kartel dadah dilaporkan membunuh dua orang, membalut mangsa menggunakan pita pelekat dan membuang mayat mereka berhampiran sebuah sekolah di bandar Colima ...
BANDAR RAYA MEXICO –  Anggota-anggota sebuah kartel dadah dilaporkan membunuh dua orang, membalut mangsa menggunakan pita pelekat dan membuang mayat mereka berhampiran sebuah sekolah di bandar Colima, Mexico, lapor akhbar Daily Star.


Dua mayat itu ditemui pada 1 Ogos lalu manakala dua lagi mayat dijumpai pada keesokan harinya. Seorang mati di atas jambatan dan seorang lagi dikerat badannya.

Foto: Daily Star

Walaupun tidak jelas mengenai kumpulan yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, laman berita Borderland Beat melaporkan bahawa mayat-mayat itu ditemui di kawasan yang dikawal oleh kumpulan Kartel Generasi Baru Jalisco (CJNG) dan ketua kumpulan yang berpecah daripada CJNG, La Vaca.


Mayat-mayat itu berkemungkinan menjadi mangsa pembunuhan balas dendam antara dua kumpulan tersebut.

Mangsa yang dibalut dengan pita pelekat ditemui oleh penduduk berhampiran sekolah menengah Manuel Alvarez di kejiranan San Isidro, Colima.

Mereka didakwa sebagai seorang bapa dan anak lelakinya yang diculik sehari sebelum ditemukan, namun ia belum disahkan.

Beberapa saksi berkata, pembunuh-pembunuh berpakaian hitam dan membawa senjata api memberhentikan kereta mangsa sebelum mengikat dua beranak itu di dalam kenderaan lain.

Mayat ketiga ditemui sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu di atas jambatan di bandar El Trapiche, utara Colima. Sekeping nota ditemui di sebelah mayat itu tetapi pihak berkuasa tidak mendedahkan kandungannya kepada umum.

Pembunuhan mangsa keempat dan paling mengerikan dilaporkan sekitar tengah hari pada Selasa lalu. Seorang pemanggil misteri menemui anggota badan manusia yang dikerat di perbandaran Cuauhtemoc berhampiran sempadan Colima dan Jalisco.

Pegawai polis dan tentera yang menjawab panggilan itu dan menemui tubuh seorang lelaki bersama sekeping nota.

Dua kaki manusia kemudian ditemui di bandar Alzada disyaki milik tubuh  lelaki tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 7-8-2022 10:25 AM
mcm filem plak baca. susah nk trima dek akal jd kat dunia realiti
Quote margo20 7-8-2022 10:34 PM
Org yg membunuh ni mlm mlm dia tak mimpi ngeri ke?
Quote sharlenetexas 7-8-2022 10:36 PM
Termasuk dalam bandaraya pilihan expat?

Quote Simunggu 8-8-2022 09:18 AM
rajinnya balut dgn pita pelekat..betul betul banyak masa free & org minat seni abstrak..
Quote mizruncing 8-8-2022 09:54 AM
hishhh scarynyaaa
Quote AshkieLa 8-8-2022 10:37 AM
Simunggu replied at 8-8-2022 09:18 AM
rajinnya balut dgn pita pelekat..betul betul banyak masa free & org minat seni abstrak..

itulah, elok cekang pulak tu...
sorang straight, sorang lipat kaki...
jenuh pakar forensic nak bukak...
Quote CariMalay 8-8-2022 06:55 PM
Ganas betul
Quote white_musk 8-8-2022 07:00 PM
Semoga pembunuh tu insof

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054030 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top