CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Boleh Dilihat Selepas Hujan, Pakar Arkeologi Jumpa Kesan Tapak Kaki ‘Hantu’ Berusia 12 Ribu Tahun

5-8-2022 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2301| Komen: 10

Description: SALT LAKE CITY, UTAH – Pakar arkeologi Amerika Syarikat (AS) telah menemui 88 kesan tapak kaki ‘hantu’ yang berusia 12,000 tahun di satu lokasi di gurun negeri Utah, lapor agensi berita United pres ...
SALT LAKE CITY, UTAH – Pakar arkeologi Amerika Syarikat (AS) telah menemui 88 kesan tapak kaki ‘hantu’ yang berusia 12,000 tahun di satu lokasi di gurun negeri Utah, lapor agensi berita United press International (UPI).


Kesan tapak hantu itu ditemui di Pangkalan Tentera Udara Hill di Gurun Great Salt Lake Utah pada bulan lepas.

Ia mendapat gelaran kesan tapak kaki ‘hantu’ kerana hanya boleh dilihat selepas hujan, apabila cetakan kesan tapak dipenuhi air dan hilang apabila kering di bawah matahari. 

Tinjauan arkeologi di tapak seluas 2,023 hektar tersebut menggunakan peralatan bukan invasif seperti magnetometer dan radar penembusan tanah. 

Foto: UPI


“Berdasarkan penggalian beberapa cetakan, kami telah menemui bukti orang dewasa dengan kanak-kanak berumur kira-kira 5 hingga 12 tahun yang meninggalkan kesan tapak kaki,” kata penyiasat utama dengan Far Western Anthropological Research Group, Daron Duke. 

Ahli arkeologi merancang untuk mengkaji, memelihara dan melindungi cetakan tersebut daripada angin dan hakisan yang berisiko memusnahkannya. 

“Kami telah mengumpulkan pengisian cetakan untuk melihat sama ada kami boleh mencari bahan organik hingga tarikh radiokarbon. 

“Kami mahu memperincikan lagi cetakan itu agar mendapat maklumat tentang individu kumpulan itu dan cara mereka menggunakan kawasan tersebut. 

Kami juga bercakap dengan puak asli Amerika mengenai perspektif mereka mengenai cetakan itu,” jelas Duke.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zaien 5-8-2022 09:59 AM
ye ye jek hahaha
Quote Zaien 5-8-2022 09:59 AM
ye ye jek hahaha
Quote supernaturalee 5-8-2022 10:00 AM
igtkn yindon
rupanya dr negara maju u


Quote Sumanrawat2508 5-8-2022 02:37 PM
Ghost Footprints Hahaha
Quote Artemesiaa 5-8-2022 05:50 PM
Dah tersampuk perangai orang Asia dah ni
Quote kakikuDibibirmu 5-8-2022 05:53 PM
images.jpg
Quote FOTHER-MUCKER 5-8-2022 06:01 PM
Jika fahami artikel tu mereka tidak maksudkan kesan tapak kaki HANTU seperti mana yang kamu orang fikirkan.
Quote Jitu 5-8-2022 06:11 PM

97222.jpg


Quote dua_chzy 5-8-2022 11:15 PM
Korang tak jadikan mambaca amalan molia?
Quote Gomea 6-8-2022 04:05 PM
Macam kesan tapak safety shoes je

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.170623 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top