CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganas Sangat Dengan Isteri Di Ranjang, Kemaluan Lelaki 50 Tahun Patah!

4-8-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5707| Komen: 28

Description: Seorang lelaki mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan selepas dia melakukan aksi seks ganas dengan isterinya.
Seorang lelaki mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan selepas dia melakukan aksi seks ganas dengan isterinya.

Lelaki berusia 50 tahun yang tidak mendedahkan identitinya itu mengadu terdengar bunyi aneh ketika sedang berasmara.

Dia kemudiannya menyedari berlaku kegagalan ereksi dan kemaluannya bertukar kepada warna ungu secara tiba-tiba.

Selepas empat jam, dia akhirnya pergi ke hospital dan memaklumkan kepada kakitangan perubatan bahawa alat sulitnya telah bengkak dan bertukar warna.

Foto: Daily Star

Menurut doktor, lelaki itu mengalami kesakitan yang "terlampau" dan tidak dapat membuang air kecil.


Doktor percaya zakarnya terhantuk sama ada pada perineum atau tulang kemaluan isterinya semasa pasangan itu bersama.

Menulis dalam International Journal of Surgery Case Reports, doktor berkongsi bagaimana dalam masa dua jam selepas tiba di Hospital Besar Dr Soetomo di Jawa, lelaki itu menjalani pembedahan kecemasan.

Doktor terpaksa mengeluarkan lapisan atas kulit dan daging untuk mengakses tisu yang rosak di bawahnya.

Dikenali sebagai 'degloving', prosedur ini membantu mereka mengetahui bahawa dia telah memecahkan uretra, tisu erektil dan fascia buck, bahagian tisu dalam zakar.

Kecederaan itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan selama lima hari di hospital. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-8-2022 11:20 AM
amboi pakcik, goyang gerudi ka
Quote FlexyFox 4-8-2022 11:24 AM
terantuk tulang kemaluan? Bini dia bionic woman  tulang itu besi ka?
Quote Zaien 4-8-2022 12:19 PM
perhh hahha patah erk
Quote ifanonline 4-8-2022 12:21 PM
rakus sangat pakcik ni...mungkin pakcik ada makan pil viagra ni
Quote KamikuP 4-8-2022 03:06 PM
Byk makan pecal lele ini paman
Quote MissNigga 4-8-2022 03:40 PM
mak aihhhhh .... gerudi kuat yakmattt ....tak sedar batang gerudi tu dah tua ????
Quote renko 4-8-2022 03:48 PM
lancau kau tu mana ada tulang nak patah
Quote green~tea 4-8-2022 03:48 PM
ke sebab power sangat dia KEMUT.. sampai patah

Quote tikusmontok 4-8-2022 04:02 PM
Terdamparlah friska babu
Quote doubleharmonic 4-8-2022 04:12 PM
Quote caramello 4-8-2022 04:24 PM
green~tea replied at 4-8-2022 03:48 PM
ke sebab power sangat dia KEMUT.. sampai patah

Tersembur nasik aku
Quote bulalof 4-8-2022 04:52 PM
warrghhh ngilunya...........
Quote CiliPadiSedap 4-8-2022 05:30 PM
kemut kuat sangat ni makan jamu friska
Quote kakikuDibibirmu 4-8-2022 05:36 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 4-8-2022 05:37 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote sekngucing 4-8-2022 05:38 PM
MissNigga replied at 4-8-2022 03:40 PM
mak aihhhhh .... gerudi kuat yakmattt ....tak sedar batang gerudi tu dah tua ????

lama tak nampak....
Quote Suchi 4-8-2022 06:25 PM
Adoii ngerinya, tak paham cemana plak terhantuk kat tulang?
Dia salah tujah ke apa?
Quote mojarean_X 4-8-2022 07:03 PM
Johnny Depp tersenyum sinis
Quote Jitu 4-8-2022 09:32 PM
adoi ngeri rasa
terkepit dlm seluar pun rasa sakit ni patah terus

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050731 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top