Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja mencetuskan satu kebakaran besar berhampiran Springville, Utah selepas cuba membakar seekor labah-labah, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 16.18 hektar padang rumput itu berlaku sejurus sebelum pukul 5 petang (waktu tempatan), Isnin lalu. Pegawai berkata, kebakaran itu terlalu besar untuk dikendalikan oleh anggota bomba tempatan, justeru, ia mendapat bantuan beberapa jabatan berdekatan. Pejabat Syerif Daerah Utah berkata, seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran itu memberitahu bahawa dia telah menggunakan pemetik api untuk membakar seekor labah-labah.
Selepas ditahan, pemeriksaan terhadap barang-barang suspek menemui ganja dan peralatan dadah yang berkaitan di dalam beg galasnya. Lelaki itu kini sedang menunggu perbicaraan mahkamah atas tuduhan memiliki dadah dan membakar secara melulu. “Kami tidak tahu mengapa dia berbuat sedemikian. Dia telah ditangkap dan kini ditahan di penjara atas pertuduhan berkaitan kebakaran,” kata Sarjan Spencer Cannon kepada stesen berita tempatan, KSL. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049820 second(s), 28 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.