CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bekas Suami Kedekut Sampai Terlepas Peluang Kerja, Rupanya Baru Kahwin Lain!

4-8-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2644| Komen: 9

Description: Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol menerusi satu perkongsiannya di Facebook menceritakan luahan seorang wanita mendedahkan sikap kedekut bekas suaminya yang enggan memberi wang tambahan kepada pengasuh ...
Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol menerusi satu perkongsiannya di Facebook menceritakan luahan seorang wanita mendedahkan sikap kedekut bekas suaminya yang enggan memberi wang tambahan kepada pengasuh. 


Rupa-rupanya, lelaki itu sudah bahagia berkahwin dengan wanita lain!


Gambar hiasan

Menurut wanita berasal Sabah itu, dia sanggup berkorban untuk tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa demi menjaga empat cahaya mata. 

Walau bagaimanapun, jodoh bersama suaminya tidak panjang. Hendak dijadikan cerita, wanita berkenaan mula mencari pekerjaan, namun agak sukar kerana anak-anak masih kecil. 


Berkat kesabaran, akhirnya dia berjaya mendapat tawaran temu duga lalu meminta bekas suaminya wang tambahan untuk menghantar empat anak mereka di bawah jagaan pengasuh, namun lelaki terbabit enggan melakukannya.



"Dia tak pergi interview dan terlepas peluang pekerjaan. Duit simpanan sendiri tiada sebab tak pernah kerja.

"Tup-tup, 2 hari lepas menikah baru, bini baru, hidup baru. Dia? Masih struggle dengan kesempitan hidup, dilema mencari kerja yang sesuai dengan nak membesarkan anak-anak seorang diri, dan jauh pula dari keluarga," ujar Nurul Izzah.

Namun, apa yang mengejutkan adalah dia mendapat berita bahawa bekas suaminya itu sudah berkahwin baharu sedangkan dirinya bersusah payah untuk menjaga anak-anak dengan kesempitan hidup.


Foto: FB

Sementara itu, Peguam Syarie, Nurul Izzah sempat menitipkan nasihat agar jangan mengalah dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya serta perlu mementingkan diri untuk kebaikan diri sendiri.


Sumber: OHBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 4-8-2022 10:48 AM
Keh2..nmpk? Suami boleh replace isteri anytime when they wanted...sheshuaiii
Quote tumpanglalu74 4-8-2022 10:57 AM
msdummy.2018 replied at 4-8-2022 10:48 AM
Keh2..nmpk? Suami boleh replace isteri anytime when they wanted...sheshuaiii

Onglaki bila berduit lebey jarang sekali yang nak belanje bini.  Makin banyak anak makin dia takot nak tanggong.  
Quote msdummy.2018 4-8-2022 10:59 AM
tumpanglalu74 replied at 4-8-2022 10:57 AM
Onglaki bila berduit lebey jarang sekali yang nak belanje bini.  Makin banyak anak makin dia takot ...

Owang laki kalo dh xnk tuh, mmg dia cr makan luarlah...kalo si pompuan ni masih nk hadap perangai musibat laki dia , silakan...cuma jgb meroyan kat public...ko sndr nk, ko hadaplah
Quote chinta89 4-8-2022 11:43 AM
kdg2 risau tgk org post whatsapp/fb n mana2 socmed "hina ke jadi surirumah" pdhal org x mengata pun. sb bila iols tanya kenapa post cm tu ada org perli ke? dia kata tak. cuma geram org duk tanya dia kenapa berhenti kerja lps kawin, kenapa x keja lps anak2 dh semakin besar sikit (anak 2 org yang bongsu setahun setengah). dia kata suami x bgi keja. sb jawatan kontrak je sb tu la lps nikah dia resign. suami tanggung semua, suami baik, suami etc etc etc..

ku terdiam. bg iols, org yg nasihat tu wajar je tanya mcm tu sb dia dh biasa pegang duit sdri, bekerjaya, cantik, tup2 sb kawin terus sanggup jd surirumah tanpa reason yg kukuh pun.. bkn sb ada mslh apa2, tp sb suami x bagi dan dia pun jenis ikut je sb pcya suami (suami dia baik tp tulah mcm dlm artikel, suami ni pinjaman je...).
Quote Kitty_catz 4-8-2022 07:19 PM
chinta89 replied at 4-8-2022 11:43 AM
kdg2 risau tgk org post whatsapp/fb n mana2 socmed "hina ke jadi surirumah" pdhal org x mengata pun. ...

staff pompuan meols most lepas kawen smua duk umah , laki tanggung, sampai meols rasa malas dah nak amek pompuan, nak cari ponen pulak


penat nak ulang2 skrip every 2-3 years.. masa baru masuk memasing single,  tup2 bila kawen somi suh duk umah pulak.. padahal umah tu memasing belakang ofc jah..
Quote tumpanglalu74 4-8-2022 07:25 PM
chinta89 replied at 4-8-2022 11:43 AM
kdg2 risau tgk org post whatsapp/fb n mana2 socmed "hina ke jadi surirumah" pdhal org x mengata pun. ...

Pegang ni 1 je.  Kalo laki suroh terjun lombong, maka terjun la dikau..  Gitu?

Lain la laki ko beliyunwan.  Jotavan pon laki ko, ko pegi koje je..  Ingat, only beliyunwan, then baru ko dok rumah bela anak2.
Quote chinta89 7-8-2022 11:03 AM
tumpanglalu74 replied at 4-8-2022 07:25 PM
Pegang ni 1 je.  Kalo laki suroh terjun lombong, maka terjun la dikau..  Gitu?

Lain la laki ko be ...

sb alasan diorang kata suami baik, duit nafkah semua cukup etc.

itu masa sayang smeua ok lah. kalua dh x sayang?

kalau katalahhh semua ok, tup2 diambil Tuhan, siapalah nk pelihara diri n anak tu,.. bukan nak kata semua org wajib bekerja x pyh jd surirumah tp bila duk pungpang pungpang tu rasa hmmm entah la...
Quote spankee_fili 7-8-2022 11:15 AM
Harap anak iols anak buah adik2 perempuan semua akan dapat suami bertanggungjawab memberi nafkah, dalam masa yg sama izinkan dorang keluar bekerja
Sebab macam poremer kat atas kata, suami hanya pinjaman
Kalau umur dah 40, tak pernah kerja tiba2 nak mintak kerja sapa nak bagi noks?
Ada yg kata kenapa tak percaya rezeki dari Allah..
Kita percaya Allah akan bagi rezeki, sebab tu kita keluar mencari rezeki.
Tapi kalau laki tak bagi keluar bekerja, tak boleh jugak kan? Kena pujuk la..
Quote .HannahMontana. 7-8-2022 11:21 AM
Orang lelaki xkira apa latar belakang kewangan dan pendidikan mereka

Kalau mereka xnak maka memang mereka xnak

ko xperlu buat baik , kebaikan ko xde boleh buat dia berpatah-balik kepada ko

Lelaki ni keras

Perempuan ni dia kalau nak menang dengan lelaki memang kena menunduk sahaja

walaupun kita lebih berjaya dan bijak kita kena tanya dia juga walau apa-apa kita nak buat

kalau tidak ko jadi single lady  dan enjoyyyyyyyyyyyyyyyy your bestari , lestarikan hidupmu tanpa lelaki

Hidup ada tukarannya

berkahwin akan  menjadikan kita bersuami

kalau sudah bersuami langkah kita bukanlah langkah kajang lagi

Langkah kita dikata , syurga di bawah telapak kaki suami membawa maksud taat itu wajib  pada suruhan suami selagi mana tidak melanggar perintah Allah dan Rasul .

Boleh?

xboleh janganlah kahwin

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.064857 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top