CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mentua Takut Bil Tinggi, Wanita Dihalau Suami Kerana Cuba Hidupkan Pendingin Hawa

4-8-2022 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3826| Komen: 33

Description: Tular di laman sosial, video seorang lelaki bertengkar sebelum menghalau isteri yang baru dikahwininya dua hari, keluar dari rumahnya di wilayah Henan di utara China.
Tular di laman sosial, video seorang lelaki bertengkar sebelum menghalau isteri yang baru dikahwininya dua hari, keluar dari rumahnya di wilayah Henan di utara China.


South China Morning Post (SCMP) melaporkan, ia terjadi selepas ibu lelaki berkenaan mengadu mengenai sikap menantunya.


SCMP

Perselisihan faham wanita itu dan ibu mentuanya dikatakan berpunca hanya kerana pendingin hawa.

Konflik berlaku apabila wanita yang tidak didedahkan namanya cuba menghidupkan pendingin hawa ketika suhu di negara itu melonjak melebihi 41 darjah Celsius.


Ibu mentuanya bagaimanapun tidak bersetuju kerana bimbang bil elektrik akan melambung tinggi.

Ia menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka sebelum ibu mentua wanita itu meninggalkan rumah dalam keadaan marah.

Si suami kemudiannya menemui ibunya dan mereka pulang ke rumah, kira-kira tengah malam.

Sebelum tiba di rumah, si ibu mengadu kepada anaknya sehingga mencetuskan pergaduhan antara suami isteri itu.


Gambar hiasan

Video pertengkaran itu tular selepas dimuat naik naik di platform dalam talian Miaowen, pada 29 Julai dan menunjukkan seorang lelaki menjerit ke arah isterinya.

"Adakah saya tidak dibenarkan mengadu mengenai kamu?" Lelaki itu bertanya, dan isterinya menjawab, "Kita sudah bertengkar dua kali."

Isteri bertanya kepada suaminya sama ada dia akan menyokongnya apabila berselisih faham dengan ibu mentuanya.

Suaminya tidak mengendahkan soalan itu dan terus memaki hamun dan menunjuk ke arah isterinya, yang cuba mencelah, tetapi tidak berjaya.

Lelaki itu keluar dari bilik selepas memberi amaran kepada isterinya supaya meninggalkan rumah mereka.

Bagaimanapun, tiada maklumat menyatakan sama ada wanita itu benar-benar keluar dari rumah didiaminya.

Perdebatan di laman sosial mengenai perceraian di China dan hubungan antara isteri dan ibu mentua mereka tercetus selepas tularnya video berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 4-8-2022 10:45 AM
x pyh kawin la kalau nk jd anakmak.

aku benci btl mak yg jenis suka porak peranda rumahtangga anak
Quote Zaien 4-8-2022 10:59 AM
slalo tgk video2 china content diorg berlakon pasal cmni la.. mak yg over terpaling..
menantu ppuan yg jadi mangsa.. laki backup mak gitu.. hahaha
Quote Adrif 4-8-2022 08:40 PM
adik aku kata, lepas kahwin, menantu dengan mak takleh duduk sebumbung

nanti salah sorang akan cuba jadi Queen in the house.
maka bergaduh laa. atau perli memerli sampai la AJM

ni 2 hari kawen dah gaduh dengan in law. patutnya mengalah laa..
orang tua culture shock, tiba2 ada orang asing duduk sekali dalam hidup diorang.
give them some time, ambil hati, etc. nanti lama2 ok la tu

ini ngko batu, dia bata, ko api merah, dia api biru
bila nak habis nyeee
Quote Acikgomen 4-8-2022 09:04 PM
Zaien replied at 4-8-2022 10:59 AM
slalo tgk video2 china content diorg berlakon pasal cmni la.. mak yg over terpaling..
menantu ppuan ...

Acik lebih suka tgk konten China yg bini bawak balik anak Babi, laki dia beriye siang babi lumur2 herba, balut2 lepas tu tanam dlm tanah, kendian dibakaqnye atas tanah tu. Dah malam baru abis masak, baru laaa deyols laki bini memgketedarah anak babi terdampar tu
Quote Jitu 4-8-2022 09:16 PM
Acikgomen replied at 4-8-2022 09:04 PM
Acik lebih suka tgk konten China yg bini bawak balik anak Babi, laki dia beriye siang babi lumur2  ...

loya tekak baca komen acik
Quote Acikgomen 4-8-2022 09:19 PM
Jitu replied at 4-8-2022 09:16 PM
loya tekak baca komen acik

Betul tauuuu chuols anak babi tu terdampar atas talam deyols laki bini dok korek2 daging anak babi tu dgn chopstick
Quote batu kikir 4-8-2022 10:00 PM
Kenapa ya........mak mertua dan menantu pompuan..........selalu sangat jadi isu.  Adakah sebab rasa cemburu?  sebab rasa insecure?
Disebaliknya pula.......mertua dan menantu lelaki jarang jadik isu......kadang2 menantu lelaki terasa terlebih mendapat perhatian pulak.  Kenapa ya?
Quote I.K.A888990 5-8-2022 03:29 AM
dah kawen xyahla duk dgn mak kau
bini kau gak yg sengsara.
Quote hashashes 5-8-2022 05:20 AM
Adrif replied at 4-8-2022 08:40 PM
adik aku kata, lepas kahwin, menantu dengan mak takleh duduk sebumbung

nanti salah sorang akan cuba ...

Eh biras aku selamber je dok serumah ngan mil aku. Perempuan. Laki dia (adik kepada laki aku) takde nama nak cari rumah lain, dok lah berlonggok anak beranak kat rumah mak dia tu. Bil api, air ,cuckoo astro semua potong kat pencen fil aku. Biras tak keje yach, dok rumah je. Kadang2 bila kitorang balik tengok mil aku lah yang lipat kan baju diorang, kemas permainan anak dia itulah mil kiriman syurga hahaha. Kesian pulak jadi babu menantu cmtu
Quote ultra78 5-8-2022 07:19 AM
Meanwhile anak perempuan Xi Jinping selesa tinggal di Amerika.
Quote krustykrab 5-8-2022 08:01 AM
batu kikir replied at 4-8-2022 10:00 PM
Kenapa ya........mak mertua dan menantu pompuan..........selalu sangat jadi isu.  Adakah sebab rasa  ...

Mil takkn takut anak lelakinya jd duda pun sb duda ni laku je wpun huduh mcm bung cikebung.
Manakala mil kpd lelaki takkn bergaduh dgn menantuny krn takut anak.pompuannya jd janda.

Sbb tu lah mil biasanya takkn berani kacau menantu lelaki. Dan 1 lg lelaki bila gi mana2 pun takkan payah memasak mengemas..unlike mennatu pompuan bila gi rmh in laws, kalau tak tlg buat keje rumah habis diumpat malas.
Giteeww research yg iols buat selama hidup ni..
Quote Suchi 5-8-2022 08:02 AM
Sebab tu la ada yg sanggup cancel kawen last minute lepas tgk bakal laki masih dimandikan mak dia lagi
Sblm terlibat dgn drama menantu vs mertua gini better angkat kaki awal2 hehe
Quote Zaien 5-8-2022 09:48 AM
Acikgomen replied at 4-8-2022 09:04 PM
Acik lebih suka tgk konten China yg bini bawak balik anak Babi, laki dia beriye siang babi lumur2  ...

ha yee hahahaa ade tgk gak.. masak siang.. mlm bru dpt mkn hahahahaha
jenuhhh nk nunggu ko balut/ salut dgn tanah liat bgai hahahaa
malam baru dpt mkn.. smlm tgk diorg buat masak ikan besar tu..
Quote Zaien 5-8-2022 09:51 AM
batu kikir replied at 4-8-2022 10:00 PM
Kenapa ya........mak mertua dan menantu pompuan..........selalu sangat jadi isu.  Adakah sebab rasa  ...

depends pada org la.. kalau mak yg baik dia ok je sharing apa2 dgn menantu.. anggap mcm anak sndiri..kiranya ada bg masa tak mau ganggu ank menantu tgh berdua..
tpi ada plak menantu kang jadi hantu kan.. dok benci2 mak mertua.. n ada mak mertua over dpn lain blakang lain..


Quote jalfa 5-8-2022 09:52 AM
Adoi la mak mertua pon cuaca 41 c kot...and menantu awak carik tok laki sengkek
Quote Adrif 5-8-2022 05:01 PM
hashashes replied at 5-8-2022 05:20 AM
Eh biras aku selamber je dok serumah ngan mil aku. Perempuan. Laki dia (adik kepada laki aku) takde ...

kesian dengar cerita camtu  
Quote syamzana 5-8-2022 05:07 PM
dah kalau taknak on ekon, yg ko pasang tu pasaipe???bila masa perlu guna ekon tu dah 41degree pun taknak on. tak faham betul org yg tak reti guna brg2 keperluan ikut keadaan ni
Quote hasniey 5-8-2022 05:39 PM
Oiii 41celcius xbg bukak aircond?panassssss gile wei
Time masak mcmmana la bahang dia tu
Quote batmana 5-8-2022 06:43 PM
Adrif replied at 4-8-2022 08:40 PM
adik aku kata, lepas kahwin, menantu dengan mak takleh duduk sebumbung

nanti salah sorang akan cuba ...


ikut budaya  rasanya

cina kg tmpt aku lain plak, dh kawin  dorg duk ngn mak pak smpai ada yg cucu, elok je tkde gaduh smpai cerai berai.
padahal anaknya tokey kedai sndiri, mampu sgt duk luar, tapi dia gunakan untung tu beli harta lain, buat rumah sewa, beli lot kedai sewakan.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.251122 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top