CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesohor Media Upah Samseng Bunuh Kekasih Kerana Putuskan Hubungan

4-8-2022 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1015| Komen: 0

Description: Sekumpulan samseng dilaporkan diupah pesohor media sosial di Brazil untuk memecah masuk rumah bekas teman lelakinya, Leandro Rezende dan membunuh mangsa.
Sekumpulan samseng dilaporkan diupah pesohor media sosial di Brazil untuk memecah masuk rumah bekas teman lelakinya, Leandro Rezende dan membunuh mangsa.



Isabela Gomes Pereira didakwa meyakinkan sekumpulan samseng untuk menceroboh rumah bekas teman lelakinya. -Newsflash


The Sun semalam melaporkan tindakan bermotif dendam itu dilakukan Isabelle Gomes Pereira, 28, dari Contagem kerana mangsa memutuskan hubungan mereka.

Penyiasat berkata, lelaki berusia 36 tahun itu diserang ketika sedang tidur dengan diikat menggunakan kabel elektrik dalam kejadian pada Jun lalu.

Mangsa kemudian mati dicekik menggunakan kabel dari kipas ketika kumpulan tersebut menendang dan memukulnya. 

Polis percaya Pereira hanya berniat untuk menakut-nakutkan dan mencederakan bekas teman lelakinya tetapi perkara itu berlaku dengan lebih teruk.

Pereira dan dua ahli kumpulan itu kini menghadapi pertuduhan merompak dengan keganasan sehingga menyebabkan kematian. Suspek ketiga masih dalam buruan polis.

Bedah siasat menyimpulkan bahawa Rezende terbunuh akibat sesak nafas.

Pereira dipercayai menemui tiga itu lelaki masing-masing berusia 20, 23 dan 31 tahun di bandar Belo Horizonte dan meyakinkan mereka untuk memecah masuk rumah bekas teman lelakinya pada waktu malam.

Selain memukulnya, wanita itu memberitahu bahawa mereka boleh merompak rumah Rezende  dan membahagikan keuntungan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.144055 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top