CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

80 Lelaki Rogol 8 Model Diheret Ke Mahkamah

4-8-2022 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2970| Komen: 11

Description: Lebih 80 lelaki dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol secara berkumpulan lapan wanita dan melakukan rompakan bersenjata terhadap kru penggambaran video muzik di sebuah bandar di Afrika Selata ...
Lebih 80 lelaki dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol secara berkumpulan lapan wanita dan melakukan rompakan bersenjata terhadap kru penggambaran video muzik di sebuah bandar di Afrika Selatan.


Kejadian di bandar Krugersdorp, yang terletak di barat Johannesburg.

The Guardian melaporkan, kesemua tertuduh ditahan di tapak perlombongan terbiar.


Lokasi kejadian berhampiran lombong haram
Foto: Daily Mail

Mereka adalah pelombong haram dikenali sebagai zama-zama yang menggali emas di banyak lombong di Johannesburg.

Menurut penduduk tempatan, kumpulan itu juga dipersalahkan atas jenayah berleluasa di kawasan berkenaan.

Polis memaklumkan, kejadian rogol berkumpulan itu berlaku apabila kru dan model untuk penggambaran sebuah video muzik di salah sebuah lombong terbiar, diserang lelaki bersenjata pada Khamis minggu lalu.

"Ada seramai 22 kru (termasuk model) terdiri daripada 12 wanita dan 10 lelaki sedang sibuk merakam video muzik sebelum mereka mendakwa diserang sekumpulan lelaki bersenjata berselimut.


Orang ramai menyertai protes susulan kes rogol berkenaan. FOTO AP


"Suspek mengarahkan semua kru berbaring dan terus merogol lapan daripada wanita itu kemudian merompak semua harta benda mereka sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," kata pesuruhjaya polis wilayah Gauteng, Leftenan Jeneral Elias Mawela, dalam satu kenyataan.

Semua peralatan video turut dicuri dan polis sedang menyiasat 32 pertuduhan merogol.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 4-8-2022 10:30 AM
omg.. giler btl la dorg nie..
Quote kepompong 4-8-2022 10:32 AM
ramainya 80 orang. tembak mati je tak boleh ke. kang kat tahanan , depa lari dari tahanan. Hancur negara kalau cenggini. kat negara sendiri pun buat onar, kalau perang, dia sapu org sendiri jugak ke camne
Quote Zaien 4-8-2022 12:23 PM
scarynya.. dh la kena rompak eh kena toron beramai..yihh!
Quote Artemesiaa 4-8-2022 02:43 PM
Harap tak ada yang seperangai terlepas ke tanahair
Quote Skuau 4-8-2022 03:34 PM
Sini Msia mari la..abang black..kita myanmar,indon,bangla...sini suda banyak besar jadi gangster@along...sini mari la...apa pon boleh..takut tada...
Quote fortiori13 4-8-2022 07:09 PM
Kesian mangsa2...
Quote Adrif 4-8-2022 08:51 PM
ngeri nya   
Quote musangbodoh 4-8-2022 09:43 PM
8/10....
nasib laki2 x kena jubo
Quote I.K.A888990 5-8-2022 03:30 AM
80 laki wei.
xterbayang perasaan wanita2 tu
Quote evlinne 5-8-2022 03:39 AM
Jahat gila weh
80 jantan sial rogol 8 wanita
Sorang mungkin dirogol 10 atau lebih jantan celaka tu
Quote Carcosa 5-8-2022 05:18 AM
Trauma siol mangsa..... Cemana lah nk hidup, lps2 tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.063336 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top