CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Sarang Pembiakan! Berpuluh Anak Lipas Kerumun Bekas Simpanan Cili Kisar

4-8-2022 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2298| Komen: 8

Description: Empat premis makanan di daerah Timur Laut iaitu dua restoran di Jalan Utama dan dua lagi di Tanjung Bungah di George Town diarah tutup selama dua minggu ekoran beroperasi dalam persekitaran yang kotor ...
Empat premis makanan di daerah Timur Laut iaitu dua restoran di Jalan Utama dan dua lagi di Tanjung Bungah di George Town diarah tutup selama dua minggu ekoran beroperasi dalam persekitaran yang kotor.


Selain keadaan persekitaran dapur tidak terurus, restoran terbabit umpama sarang pembiakan lipas memandangkan haiwan perosak itu didapati di merata-rata lokasi termasuk di lantai restoran serta bekas penutup makanan.


Bawani (gambar) menunjukkan lipas yang ditemui di sebuah restoran di Jalan Utama, George Town semalam.

Malah, di sebuah restoran di Jalan Utama turut ditemui lebih puluhan ekor anak-anak lipas berkeliaran di tempat penyimpanan cili kisar yang dipercayai akan digunakan sebagai bahan masakan.


Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), M. Bawani berkata, tindakan penutupan selama 14 hari dikenakan kepada pemilik-pemilik restoran berkenaan agar mereka melakukan penambahbaikan terhadap kebersihan di premis masing-masing.


Lipas yang ditemui di premis makanan.

”Antara kesalahan yang dikesan adalah terdapat lipas serta tikus di restoran ini dan keadaan persekitaran di dapur tidak diuruskan dengan baik.

”Premis-premis ini telah diarah tutup selama 14 hari bagi memastikan pemilik melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh dan mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya selepas menjalankan operasi di Jalan Utama di sini hari ini.

Tambah Bawani, ada di antara premis-premis tersebut pernah diberikan notis dan kompaun oleh MBPP sebelum ini kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 4-8-2022 10:41 AM
lain kali klu beli brg cek dlu alamat kilang ..dh byk kali sgt kilang kt sana  kuar cite psl kotor

berita pn satu hal bgtau la brand ape
Quote mclaren 4-8-2022 10:57 AM
kelip2_07: lain kali klu beli brg cek dlu ...



Berita2 negara ni sejak azali dari puluh2 tahun takkan reveal nama produk. Nasiblah hai pengguna.
Quote kepompong 4-8-2022 10:59 AM
jaga aib katanyaaaaa
Quote pembacagosip 4-8-2022 11:10 AM
wah tambahan serbuk perasa kah
Quote fortiori13 4-8-2022 07:12 PM
Patut share je nama restoran2 tu, senang nak boikot...
Quote Zazama 4-8-2022 11:48 PM
Selalu sangat dah dengar berita2 mcmni tapi nama premis sentiasa dirahsiakan. Last2, senyap gitu jek.
Quote sharlenetexas 4-8-2022 11:54 PM
Asyik2 pulau pinang kebangge je.


Quote I.K.A888990 5-8-2022 03:23 AM
cuba gtau nama premis kan senang
buatnye termakan disitu. adoi terciduk

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.155809 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top