CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakan Hajah-Hajah Buang Jubah Usai Ibadat Haji, Dah Macam 'Fashion Show' Dalam Kapal Terbang Tu!

3-8-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6625| Komen: 60

Description: Seperti diketahui umum, jemaah haji musim ini mula berangkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat.Bagaimanapun, ibadah yang dianggap sebagai kemuncak perjalanan hidup setiap umat Islam d ...
Seperti diketahui umum, jemaah haji musim ini mula berangkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat.

Bagaimanapun, ibadah yang dianggap sebagai kemuncak perjalanan hidup setiap umat Islam dicemari dengan video tular memaparkan aksi tidak senonoh sekumpulan jemaah haji wanita.



TikTok

Menerusi video itu kelihatan mereka bergaya sakan, dipercayai sebelum pesawat yang dinaiki mereka mendarat.

Dipercayai kumpulan jemaah haji berkenaan adalah berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia.

Pemilik video itu dipercayai bertugas sebagai kru kabin yang menguruskan perjalanan kumpulan jemaah berkenaan.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan beberapa jemaah wanita menggayakan pakaian warna-warni, lengkap dengan barang kemas dan cermin mata hitam.

Malah, suasana dalam pesawat kelihatan cukup meriah, persis pertunjukan fesyen.

Beberapa jemaah wanita warga emas di dalam pesawat berkenaan dilihat sedang bersolek di tempat duduk masing-masing sambil diperhatikan rakan yang lain.



Salah seorang jemaah yang tersenyum manis biarpun tidak mempunyai gigi penuh turut mencuit hati penonton.

Dalam pada itu, beberapa individu yang mengaku berketurunan Bugis turut berkongsi pandangan mereka berhubung video itu.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 3-8-2022 11:20 AM
Apa apa sajalaj asalkan kau happy dik
Quote prettyuglybabe 3-8-2022 11:23 AM
dah habis tempoh ihram, lantak dorang la nak bergaya macam mana pun..
Quote Artemesiaa 3-8-2022 11:24 AM
Mantul betul nenek2 tu
Quote mamajawie 3-8-2022 11:35 AM
tetiba teringat geng acik2 merewang yg penuh emas 1 badan tu
Quote akuMNdia 3-8-2022 11:37 AM
tgk gambar/video sekali imbas jer dah boleh tau cerita negara mana.
Quote makadek 3-8-2022 11:37 AM
Kalau hajah kitaaa...terus sesuci embon pagi
Siap buat pc nk pakai tudung
Quote tomiko_haza 3-8-2022 11:38 AM
masyaallah hahahaha..walaupun cam comel je opah2 nak melaram,  tp tunggu le smpai di rumah opah oi..tk riso ke kapa tobang terjunam..ate kome hahaha
Quote ashilalat 3-8-2022 11:41 AM
Kat Malaysia je yang islam nya melebihi islam negara lain waima arab pon kalah.

Aku tgk muslim negara lain mcm kazakhstan, china, even negara arab pon, moderate je islamnya. Tidak la terlampau over sangat.
Quote Atata 3-8-2022 11:44 AM
Hahahaha bugis mmg gituh. Teringat dulu tinggal kat Sandakan.. pagi raya adilfitri ppuan2 Bugis ni mmg penuh memenuhi masjid nak sembayang raya. Semua ngan telekung glitter2 sparkling2.. habis je solat raya, terbang semua telekung, lenggang lenggok pulang rumah ngan kebaya see thru dorang
Biasala bangsa Bugis mmg gituh. Orang2 tinggal kat area Sandakan Tawau sana mmg dah paham pe'el macik2 Bugis ni. Dengan suka warna terang benderang dorang, baju2 kebaya dorang penuh ngan labuci2
Quote Cpkay 3-8-2022 11:50 AM
asalkan tudung masih di atas kepala tak salah nak berfashion
Quote sukacactus 3-8-2022 11:53 AM
Thread yg xkan dibuka oleh Friska
Quote kakmerah 3-8-2022 12:00 PM
wah, kemain nenek
Quote September14 3-8-2022 12:01 PM
Hazabedah betul
Quote jazaa100 3-8-2022 12:10 PM
Laaa.....pompuan indon ni, kat madinah pun dah pakai jeans lah....terkujat² tok ereb
Quote tobobon 3-8-2022 12:10 PM
Atata replied at 3-8-2022 11:44 AM
Hahahaha bugis mmg gituh. Teringat dulu tinggal kat Sandakan.. pagi raya adilfitri ppuan2 Bugis ni m ...

hahaha...sebelum solat aidilfitri...penuh ruang solat sampai ke jalan raya...

abis jer imam ucap assalamualaikum lepas tahiyat akhir solat sunat aidilfitri..jumlah tu akan jadi separuh or 1/3 saja yang akan dengar khutbah hari raya
Quote Mary_jane 3-8-2022 12:15 PM
Yang penting panggil kena ada haji dah kat depan, kalau tak habislah sentap. Najib selaku orang bugis tersenyum sinis.
Quote She-Ra 3-8-2022 12:20 PM
Atata replied at 3-8-2022 11:44 AM
Hahahaha bugis mmg gituh. Teringat dulu tinggal kat Sandakan.. pagi raya adilfitri ppuan2 Bugis ni m ...

ehh ehh ehhh.. tak semua bugis kot
iols bugis totok dr dedua belah makpak lg.. ok je lek lek
tp mmg org bugis dedulu zaman nenek moyang suka melaram.. sekarang tu ada la jgk masih gitu, tp bila tiba hari raya & kenduri kendara je.. nalaaaaa sakan hahahaaa
Quote yenil95 3-8-2022 12:25 PM
hahahaha...
Quote epal_putih 3-8-2022 12:28 PM
hahahahhahahah terus berbedakk

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.200516 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top