CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Khayal, Hisap Gam Sambil Naik Motor Dah Dicekup!

2-8-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1619| Komen: 4

Description: SEREMBAN – Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook bulan lalu berjaya ditahan polis di Por ...
SEREMBAN – Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook bulan lalu berjaya ditahan polis di Port Dickson semalam.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 28 tahun itu berjaya dikesan pada pukul 11 pagi semalam hasil daripada risikan berterusan yang dilakukan.




“Suspek ditahan di premis pusat cuci kereta Stesen Minyak Caltex di Jalan Dato’ Haji Abdul Samad, Port Dickson dan dia telah dibawa ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut.


“Hasil soal siasat suspek mengaku menunggang motosikal dalam keadaan khayal dan sedang menghidu gam. Ujian saringan awal air kencing telah dijalankan ke atas suspek dan mendapati keputusan saringan adalah negatif daripada sebarang penyalahgunan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, suspek telah dikenakan tindakan di bawah Kaedah 4 PU(A) 043/73 Kaedah Lalulintas iaitu kesalahan tidak memakai topi kaledar dan Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak memperagakan nombor pendaftaran.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana tiada lesen memandu dan disiasat bagi lain-lain kesalahan,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! Malaysia melaporkan rakaman video berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook dan dikongsikan halaman “Mynewshub” lebih kurang pukul 6.30 petang, 2 Julai lalu memaparkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang disyaki berada dalam keadaan khayal.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 2-8-2022 10:30 AM
Dua tahun lepas ada sekor bahalol gigih hidu gam tahap tenat sampai hilang jawatan perdana menteri. Hahahaha
Quote KIM.K 2-8-2022 10:45 AM
Biasa kalah betting kena ride bogel
Quote rosedemon 2-8-2022 12:13 PM
sedap ke gam tu. teringin pulak
Quote tumpanglalu74 2-8-2022 12:22 PM
Edited by tumpanglalu74 at 2-8-2022 12:24 PM

[tiktok]7115005686072806683[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@monkey.d.rango/video/7115005686072806683

Siyal betol Tiktoker ni pilih lagu ini..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050558 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top