CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat Duit Beribu-Ribu Hasil Buat Video Di Tiktok, Amsyar Lee Mampu Beli Iphone 13

2-8-2022 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1822| Komen: 5

Description: Selebriti media sosial yang kini aktif sebagai penyanyi, Amsyar Lee teruja apabila mampu membeli sebuah iPhone 13 hasil daripada hadiah TikTok.
Selebriti media sosial yang kini aktif sebagai penyanyi, Amsyar Lee teruja apabila mampu membeli sebuah iPhone 13 hasil daripada hadiah TikTok.

Amsyar, 23, berkata, dia membeli telefon itu bagi menggantikan telefon pintarnya yang sudah mengalami beberapa kerosakan termasuk pada bahagian skrin.

Jelasnya, ini juga adalah kali pertama dia mengeluarkan wang diterima daripada platform itu sejak membuka akaunnya pada 2020.

Foto: IG

"Terima kasih kepada mereka yang merialisasikan impian Amsyar untuk membeli telefon baru. Terima kasih kepada sokongan yang memberi gift (hadiah) di TikTok setiap kali saya membuat siaran live di TikTok.


"Ini juga menjadi pembakar semangat buat saya untuk lebih berusaha keras dalam menghasilkan lebih banyak video berkualiti pada masa akan datang," katanya kepada mStar.

Biarpun memiliki 1.4 juta pengikut di TikTok, Amsyar bagaimanapun mengakui masih belum mahir sepenuhnya untuk mengendalikan aplikasi tersebut.



"Saya baru membuka akaun ini dua tahun lalu dan sehingga sekarang saya masih lagi belajar bagaimana untuk menggunakannya.

"Walaupun saya masih muda tetapi tetap banyak perkara lagi yang perlu dipelajari terutama melibatkan penerbitan kandungan," ujarnya.

Berdasarkan tinjauan mStar, dianggarkan harga sebuah iPhone 13 bernilai RM4,000 hingga RM5,000.



Dalam perkembangan lain, Amsyar baru sahaja muncul dengan lagu cover bersama Ezad Lazim berjudul Mengintai Dari Tirai Kamar.


Video muzik lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Saari Amri itu mendapat hampir 800,000 tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rantaikendoq 2-8-2022 12:00 PM
fuyooo, pakai duit folowers je yer....mcm sedekah ewallet, kayoooo
Quote rosedemon 2-8-2022 12:14 PM
patutlah nonok2 suka berjoget tiktok
Quote encikWawad 2-8-2022 01:32 PM
ko bikin kompius dek. bdan sado - muka nelayan marang ganu - suara kepit itik serati
camne ni adik2 menyado hanbang2 zumba konsepnya
Quote reporter_kalut 3-8-2022 12:03 PM
Bagus le pandai cari duit sendiri. Asalkan tidak memlmghanjeeeng sana sini..
Quote lattehazelnut 3-8-2022 12:05 PM
Beli phone pun boleh jd news..
Ramai je xckup duit jual phone sbb beli masa kuar epf haritu..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080645 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top