CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tanpa Sebarang Amaran,"-Ben Amir Hampir Buta

2-8-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8614| Komen: 51

Description: “Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta.”
“Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta.”

Demikian pendedahan mengejutkan daripada pelakon popular Ben Amir tentang kecederaan mata kiri yang dialaminya akibat kemalangan pada Jun lalu.




Dalam video yang dimuat naik dalam Instagram sebentar tadi, Ben Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Ben Amir Sabaruddin, 32, turut berkongsi video proses pemulihannya termasuk gambar matanya kirinya yang cedera teruk.

“Kemalangan yang menggubah pandangan saya tentang kehidupan. Proses pemulihan sangat sukar daripada segi mental dan fizikal. Saya sangat tertekan dan lemah,” tulisnya.




Namun, selepas menjalani pembedahan pada pertengahan Jun lalu, pelakon drama Sweet Dreams itu memberitahu dia kini semakin sembuh dan sihat.

“Hari ini keadaan saya bertambah baik dan saya berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.

“Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya berada di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang,” ujar Ben lagi.


Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan agar penglihatannya pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Ben juga berkongsi gambarnya selepas menjalani pembedahan di hospital dan dapat dilihat pada bahagian mata kirinya ditutup dengan alat pelindung buat sementara waktu.


Selain itu, Ben juga pernah berkongsi keadaan matanya kirinya yang berwarna merah menyala, namun sebelum ini tidak berkongsi punca yang mengakibatkan matanya tercedera.


Dalam pada itu, menerusi Instagram Story, Ben yang sebelum ini popular dengan imej rambut panjang kini tampil dengan imej yang lebih segar dengan gaya rambut lebih pendek dan kelihatan semakin sihat. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 2-8-2022 10:47 AM
Hemsem dik ben kalau jd menantu acik
Acik restu
Quote mesmerize 2-8-2022 10:57 AM
aiyo dahsyat ya mata beliau terkoyak gitu..
tak bagitahu punca nya kenapa ke? eksidon ke? terlanggar tembok ke?
get well soon ..
mmg seiras benar dengan lisa surihani wajah beliau
Quote babelina 2-8-2022 11:15 AM
dia nie kn.. makin elokkkk aku tgk.. sbb dia la aku tgk citer honey - moon tu.. hahaha.. zara zya x minat..
moga Ben cpt mendapat kesembuhan.. dan moga bertambah sukses lg dlm bidang yg diceburi.. amin yra..
Quote rosedemon 2-8-2022 12:14 PM
heloknya ko ni ben. sakit pon helokk
Quote lasagna 2-8-2022 12:27 PM
ehh ada dua benang kaa psal ben? kaka baru reply kat sebelah. wajib merge kan sajork..
Quote Jajabeans 2-8-2022 01:02 PM
Cannot go tgk Ben ni. Rasa mcm tgk Lisa versi bermisai apa2 pun cepat sembuh ben
Quote cruz2 2-8-2022 01:04 PM
Bagus tak kecoh merata rata..semoga cepat sembuh
Quote LadyCarefree 2-8-2022 01:15 PM
Benci sgt manusia yg buat post yg public tp ala ala rahsia xnak org tahu. Lepas tu lebih keji minta pula doa. Kalau nak rahsia xperlu post terus.
Quote encikWawad 2-8-2022 01:20 PM
LadyCarefree replied at 2-8-2022 01:15 PM
Benci sgt manusia yg buat post yg public tp ala ala rahsia xnak org tahu. Lepas tu lebih keji minta  ...

tak perlu tahu kenapa or siapa. biarlah Allah saja membalasnya.. i totally agreed with u ladybaisa nya macik2 dalam grup fb / wasap je suka buat status2 hot - ujung2 ditanya siapa / apakah
jawapan kessial - rassiaaa
Quote 46BlueBerry 2-8-2022 02:56 PM
Edited by 46BlueBerry at 2-8-2022 02:57 PM

Semoga cepat sembuh ben. Dgr cite accident kt set masa shooting movie. Ben taknak kecoh2 maybe nak jaga nama banyak pihak. Yg penting skrg dia dah makin baik lepas surgery. Alhamdulillah.
Quote NekNgah 2-8-2022 03:07 PM
46BlueBerry replied at 2-8-2022 02:56 PM
Semoga cepat sembuh ben. Dgr cite accident kt set masa shooting movie. Ben taknak kecoh2 maybe nak j ...

Aik.. kata lupa password hahaha...
Quote mamajawie 2-8-2022 03:09 PM
encikWawad replied at 2-8-2022 01:20 PM
tak perlu tahu kenapa or siapa. biarlah Allah saja membalasnya.. i totally agreed with u ladybaisa ...

ada jugak orang voice out apa yg meollss rasa ni..

Quote LadyCarefree 2-8-2022 03:19 PM
encikWawad replied at 2-8-2022 12:20 PM
tak perlu tahu kenapa or siapa. biarlah Allah saja membalasnya.. i totally agreed with u ladybaisa ...

Ya we dont need to know pun la tp pi buat post mengundang tu buat apa? Kdg post alhamdulillah. Org tanya senyap. Kdg post stay strong dear self. Kawan2 concern tanya kenapa taknak jawab. Post gambar masuk sepital. Pastu nanti ada yg cakap xyah tanya doakan je. Lollllll koser
Quote 46BlueBerry 2-8-2022 03:21 PM
NekNgah replied at 2-8-2022 03:07 PM
Aik.. kata lupa password hahaha...

I ols duk bukak balik folder password, duk gigih belek satu2. Hahahahaha
Quote jijilaaa 2-8-2022 03:36 PM
helok tang mana si ben ni...rambut panjangserabai....
Quote Adrif 3-8-2022 12:12 AM
jijilaaa replied at 2-8-2022 03:36 PM
helok tang mana si ben ni...rambut panjangserabai....

lagi pulak lepas operation mata, takleh nak basahkan rambut, syampoo bagai takut masuk mata. unless pergi salon la, orang cucikan sambil baring.
btw, hospital mana dia pegi ni, bilik VVIP kah itu?
Quote NekNgah 4-8-2022 08:57 AM
Adrif replied at 3-8-2022 12:12 AM
lagi pulak lepas operation mata, takleh nak basahkan rambut, syampoo bagai takut masuk mata. unles ...

SJMC. Ya bilik VVIP sebab production yang tanggung.

Kemalangan di set pengambaran.
Quote Acikgomen 4-8-2022 09:08 AM
makadek replied at 2-8-2022 10:47 AM
Hemsem dik ben kalau jd menantu acik
Acik restu

Jgn lupa bagi kad jemputan kat acik kalo nak anak chuols dpt adiah petiais
Quote silampumeja 4-8-2022 09:58 AM
NekNgah replied at 4-8-2022 12:57 AM
SJMC. Ya bilik VVIP sebab production yang tanggung.

Kemalangan di set pengambaran.

oh kena kat set ke...maybe sebab tu jugak dia tak bising agaknya...nak jaga reputation production. cuma nak tanya lah... artis ni mencarum socso tak? kalau macam ni boleh claim socso ni kalau mencarum

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051244 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top