CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ainul Mardhiah Dalam ICU- Terlalu Tenat, Seluruh Badan Ada Infection

1-8-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9046| Komen: 104

Description: Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi berkongsi perkembangan kanak-kanak itu yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi berkongsi perkembangan kanak-kanak itu yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Katanya melalui Instagram, anaknya itu ada menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital.

Foto: IG

Ainul kini berada dalam keadaan agak kritikal dan tenat.

"Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul. Doakan ya semua."

Nurul juga sempat memberikan peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memohon doa orang ramai agar diberi kesembuhan pada Ainul Mardhiah.




"Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi."

Terdahulu, adik Ainul Mardhiah mendapat perhatian rakyat Malaysia berikutan kisah penderitaannya menghidap tumor di bahagian mulut seberat 200gm.



Kisah itu juga turut meraih perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang turut membantu Ainul Mardhiah menjalani pembedahan di London, United Kingdom. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-8-2022 04:02 PM
Infection kat stoma tu ka? Ngerinyaaaa
Quote jejaka_hensem 1-8-2022 04:16 PM
dua_chzy replied at 1-8-2022 04:02 PM
Infection kat stoma tu ka? Ngerinyaaaa

Iols baru tau stoma tu apa
Minggu lepas gugel pasal cjd,lepas tengok drama korea.
Quote sue_liah 1-8-2022 04:16 PM
kesian nya budak comel ni, baru nampak aktif mcm kanak2 lain dah di uji macam ni pulak
semoga cepat sembuh ya dik ainul
teruk juga jangkitan nya...alahai sedih betul
Quote dua_chzy 1-8-2022 04:18 PM
jejaka_hensem replied at 1-8-2022 08:16 AM
Iols baru tau stoma tu apa
Minggu lepas gugel pasal cjd,lepas tengok drama korea.

Aiol pun baru tau lepas tengok video pasal tracheostomy kat Youtube.

Mudah2an adik Ainul boleh sembuh dan kuman tak sampai ke otak. Alahhhh sedihnyaaaa tengok adik Ainul.
Quote Zazama 1-8-2022 04:21 PM
Mudah2an Allah rezekikan kesembuhan utk adik ainul dan ketabahan buat Puan Nurul. Amin..
Quote jejaka_hensem 1-8-2022 04:23 PM
dua_chzy replied at 1-8-2022 04:18 PM
Aiol pun baru tau lepas tengok video pasal tracheostomy kat Youtube.

Mudah2an adik Ainul bo ...

Kesian kan kalau budak2 kecik sakit.
Semoga adik ainul cepat sembuh.
Quote dua_chzy 1-8-2022 04:25 PM
Edited by dua_chzy at 1-8-2022 08:27 AM
jejaka_hensem replied at 1-8-2022 08:23 AM
Kesian kan kalau budak2 kecik sakit.
Semoga adik ainul cepat sembuh.


A'ah. Aiol terkesan tengok video adik Ainul bergegar2 badan dalam ambulans tu. Macam ngeri sangat walaupun barangkali effect ambulans tengah bergerak.

Mudah2an la tak sampai otak, aih. Nak kena ambik air tulang belakang segala ni huntok check.
Quote manehnya 1-8-2022 04:26 PM
siannya dia..dah la kuruss sgt..
Quote Buritan 1-8-2022 04:31 PM
Siannyaa... tak tau nak ckp ape dahh..
Quote mesmerize 1-8-2022 04:36 PM
get well soon Ainul .. semoga kamu membesar dengan sehat sejahtera
Quote any42 1-8-2022 04:38 PM
sedihnya. kecik2 lg dh byk ksakitan yg adik ainul tnggung. semoga dberi ksembuhan dan dpt balik ke dkapan fmly
Quote Artemesiaa 1-8-2022 04:40 PM
Moga keluarganya terus tabah
Quote Suchi 1-8-2022 04:41 PM
Rasa mcm baru lagi baca berita yg pipi dia ke apa tah yg dah makin elok ke apatah aritu.
Tup2 kritikal plak skrg ni, yelaa dia kan kira bekas pesakit kanser la kan mmg fragile.
Semoga kembali sembuh bidadari kecil dan membesar dengan sihat
Quote Kurex 1-8-2022 04:42 PM
Sebak hati iols ....
Quote azimodin 1-8-2022 04:44 PM
Anak syurga iouls baya2 ainul ni la. Setiap kali tengok senyuman si ainul ni iouls terdetik "mungkin senyuman ainul ni macam senyuman arwah". Semoga dikurniakan kesembuhan segera.
Quote supernaturalee 1-8-2022 04:48 PM
moga yg terbaik utkmu dek

Quote epal_putih 1-8-2022 04:49 PM
Moga cepat sembuh dik
Quote honeybee1802 1-8-2022 04:53 PM
dua_chzy replied at 1-8-2022 04:25 PM
A'ah. Aiol terkesan tengok video adik Ainul bergegar2 badan dalam ambulans tu. Macam ngeri sangat  ...

Tu la uols..i tatau tu bergegar sbb dok dlm ambulans ke bergetar sbb dmm kuat....semoga diberi kesembuhan utk adik comel ni...
Quote hareeeesah 1-8-2022 04:55 PM
Baru baca skin pipi or something dah ok. Alahai kuatnya kamu. Semoga Allah beri 1001 rahmat untuk ainul & family..

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top