CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Laung Azan Depan Patung Di Tokong Cina

1-8-2022 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1969| Komen: 6

Description: BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga tempatan yang tular dalam satu rakaman video sejak semalam kerana melaungkan azan di hadapan sebuah patung di tokong Cina di sini, disahkan mempunyai masalah menta ...
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga tempatan yang tular dalam satu rakaman video sejak semalam kerana melaungkan azan di hadapan sebuah patung di tokong Cina di sini, disahkan mempunyai masalah mental dan kurang siuman.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pengesahan itu dibuat hasil keterangan yang diberikan beberapa saksi.

Beliau berkata, ini kali kedua suspek yang tinggal di Jalan Kilang Ubi dan berusia lewat 40-an itu berbuat demikian selepas kali pertama pada 2017.


Foto: FB

“Siasatan lanjut mendapati masyarakat di sekitar kawasan itu juga kebanyakannya mengenali suspek.


“Sehubungan itu, polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecahbelahkan keamanan antara kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini,” katanya di sini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 58 saat itu tular selepas dimuat naik ke dalam laman Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’ kira-kira pukul 2.30 petang.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan di sini, sempena Festival Sambutan Perayaan Hantu Lapar yang disambut pada Julai setiap tahun.

Dalam rakaman tersebut, suspek kelihatan melaungkan azan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling termasuk beberapa individu yang sedang merakam gelagatnya. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-8-2022 02:28 PM
Savage.
Quote helle 1-8-2022 04:13 PM
Gila la ni
Quote rosedemon 1-8-2022 05:00 PM
xpela nyah dimaafkan sebab ko gila
Quote Artemesiaa 1-8-2022 05:03 PM
Mental kot tu
Quote pooh~key 1-8-2022 05:10 PM
Teringat kata2 sang pujangga sis, if there is one lunatic, we call that person crazy. If bunch of people in a group are lunatic, we call them religion, sisssss!
Quote I.K.A888990 2-8-2022 02:28 AM
mcm2 org skrg

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.046252 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top