CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beri Wang Hantaran RM17,777.77, Danial Zaini Lega Dah Jadi Suami Orang

3-7-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5900| Komen: 52

Description: Pagi semalam menyaksikan penyampai radio Danial Zaini, 29, selamat diijabkabulkan dengan Yasmine Umira Yahya, 29.
Pagi semalam menyaksikan penyampai radio Danial Zaini, 29, selamat diijabkabulkan dengan Yasmine Umira Yahya, 29.

Mereka bernikah dalam majlis yang berlangsung jam 10 pagi di Timorra Avanue, Kuantan, Pahang.


Kredit foto: IG Danial

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan artis dan saudara terdekat. 

Yasmin menerima mas kahwin RM22.50 dan wang hantaran berjumlah RM17,777.77, seutas rantai emas dan sebentuk cincin. Dia turut menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.







Kredit foto: IG Danial

Danial akui cukup lega apabila hari bahagia mereka tiba juga selepas pelbagai dugaan dilalui sepanjang bertunang selama tujuh bulan.

"Sejujurnya ini adalah pengalaman yang indah dan sangat dinantikan. Banyak rakan rakan artis saya terkejut dan tak menyangka saya sudah bergelar suami hari ini. Pelbagai dugaan telah kami hadapi ketika tempoh pertunangan.

"Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua terutamanya kepada pihak penaja," katanya.






Kredit foto: IG Danial

Lebih istimewa, majlis turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaru Danial berjudul Hati yang di tulis khas oleh Danial sendiri.

Pasangan mengikat tali pertunangan pada 25 Disember 2021, namun memutuskan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai. Ia demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.

Pada majlis terbabit, Danial dan Yasmine mengenakan busana akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man Kajang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-7-2022 11:32 AM
Takde intro ke sapa dia ni?iols masih tak kenal sapakah depa yang berkawen ni
Radiomanakah dia jadi penyampai ni

Taniya
Quote Lily_Elizabeth_ 3-7-2022 11:33 AM
Kayanya. Tahniah!!!!
Quote eely_shana 3-7-2022 12:04 PM
Selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke jannah
Quote no_el 3-7-2022 12:07 PM
Tahniah danial. Akhirnya bertemu jodoh jua. Lawo bininya. Muka clasic.
Quote _kelly 3-7-2022 12:08 PM
biar betul 29
walaupun xkenal tapi tahniah
Quote encikWawad 3-7-2022 12:13 PM
whoare yusss muka desa camni pun leh dapat tajaan . any way kongrets
Quote QueenIsolde 3-7-2022 12:17 PM
no_el replied at 3-7-2022 12:07 PM
Tahniah danial. Akhirnya bertemu jodoh jua. Lawo bininya. Muka clasic.

Iols ngeri tgok muka bini dia yg menyeringai tu..apapun taste masing2 kan. Walaupun whoareyuss tahniah diucapkan.
Quote epal_putih 3-7-2022 12:19 PM
sepadan dan cantik
tahniah
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 12:34 PM
muka PKNS umur nak 30 pun 18k ke??

Quote puccafan 3-7-2022 12:36 PM
Tahniah walopon tak kenal. Cantik baju pengantin & pelamin
Quote slyfynx 3-7-2022 12:36 PM
Untuk yang x kenal

Penyampai Radio ERA - D,Boyz rasenye name segmen die
Penah ade single Siti Bilang cuti
Pemenang Lawak Solo.

Sekian, terima kasih
Quote Nham22 3-7-2022 12:38 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 3-7-2022 11:33 AM
Kayanya. Tahniah!!!!

Mmgla kaya kalau dh sign contract mati dgn astro... Setiap tahun muka2x depa...
Quote Kurex 3-7-2022 12:39 PM
Tahniah walaupun who are yus
Quote Buritan 3-7-2022 12:58 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 3-7-2022 11:33 AM
Kayanya. Tahniah!!!!

Tu laa.. semua kayoo..
Quote imanjannah 3-7-2022 01:31 PM
siapa ni, alhamdulillah tahniah atas perkahwinannya
Quote epal21 3-7-2022 01:37 PM
Perempuan ni kerja apa? Normal je kot.Tunang anak buah iols kerja pembantu klinik je pun, hantarannya rm12k. Anak org kg, muka pun sawo matang je ala2 betty rahmad. Bukanlah jelitawan macam anna jobling ke. Dah anak buah iols setuju, apo nak dikato.
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 02:31 PM
epal21 replied at 3-7-2022 01:37 PM
Perempuan ni kerja apa? Normal je kot.Tunang anak buah iols kerja pembantu klinik je pun, hantaranny ...

kesian...

terkena...

mintak 20k pun takpe

tp dah kahwin jngn nusyuz la

ini ada hati tk kena sikit

buat perangai ngade2

saja nak buat bergaduh

mmg naya anak buah awak epal

haaaaaaaaaaaaaaaaaa


Quote irvene 3-7-2022 02:39 PM
bininya mcm betty suka sengeh mcm tu.
Quote supernaturalee 3-7-2022 02:40 PM
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 12:34 PM
muka PKNS umur nak 30 pun 18k ke??

Pkns tu haper
Dlm seminggu ni kerap plk nmpk forummer duk zikir

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052266 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top