CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penuhi Ciri Wanita Idaman, Mia Sara Dan Idan Aedan Bercinta?

1-7-2022 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8126| Komen: 55

Description: Kecoh dalam kalangan peminat apabila pelakon filem Anak Rimau, Idan Aedan dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Mia Sara Nasuha, 16, selepas mereka beberapa kali dilihat keluar bersama.
Kecoh dalam kalangan peminat apabila pelakon filem Anak Rimau, Idan Aedan dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Mia Sara Nasuha, 16, selepas mereka beberapa kali dilihat keluar bersama. 


Idan Aedan, 18, atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah mengakui memang rapat dengan pelakon filem Papa I Love You selain mempunyai ciri-ciri gadis idamannya. 

Foto: IG

"Tidak dinafikan Mia ialah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Selama tiga tahun berkawan, diakui dia seorang yang baik hati, pandai bergurau dan sentiasa mendengar luahan hati saya.

"Kalau ditanya saya mengenai apa keistimewaan Mia, jujur saya cakap dia memenuhi ciri-ciri gadis yang saya cari selama ini. Apa-apa pun, kami belum sampai tahap bercinta namun tidak menolak andai hubungan kami masuk ke fasa itu (bercinta)," katanya.




Ditanya sama ada dirinya menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara Mia dan kekasihnya, Idan enggan mengulas lanjut.




"Soal itu saya mengambil pendekatan untuk tidak komen kerana ia membabitkan individu lain. Soal peribadi Mia, apa pun status dia, rasanya elok ditanya kepada dia sendiri. 

"Dalam masa yang sama, saya tak boleh halang orang bercakap mengenai saya. Apa yang penting, saya dan Mia tahu hal sebenar," katanya akan muncul sebagai Ariff dalam filem Anak Rimau yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.



Antara drama lakonan Idan Aedan sebelum ini adalah Wizards Of Warna Walk, Pulang, Jibril, Anak Merdeka, Jalan Belakang Rumah, The Bridge dan banyak lagi.

Idan Aedan juga popular menerusi filem Pulang, Surf This Love, Kerana Corona dan sebagainya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 1-7-2022 02:10 PM
amboi kau dek, kerlasss... gosip cinta monyet pun reputs cari boleh bukak thread kat forum cari. ENtah siapa-siapa pun aku tak kenal.
Quote jalfa 1-7-2022 02:12 PM
Kecik lagi dekkk....suruh dek mia belajar abis spm dulu
Quote kiah_mai_pulak 1-7-2022 02:14 PM
muda2 lagi dh busukk kepam rupa kau dekkk... kuat smoking apa kau ni dekkk??
Quote imthegirl 1-7-2022 02:14 PM
Kosser mak
Quote smeetasmitten 1-7-2022 02:28 PM
Ooo ingatkan mia sara shauki
Quote seri_mawr 1-7-2022 02:37 PM
smeetasmitten: Ooo ingatkan mia sara shauki

lawa budak ni...selain histeria the series dia berlakon cerita apa..?
anak2 iouls layan cerita ni....
Quote mamajawie 1-7-2022 02:44 PM
muka budak laki ni gila busuk cam x penah basuh muka..kepam sangat
Quote dudaberhias 1-7-2022 02:46 PM
Macam abang dan adik jah, eeeee nauzubillah min zalik
Quote makton 1-7-2022 02:48 PM
halah halahhhhh.. cinta beruk je ni
Quote holothurian 1-7-2022 02:57 PM
mamajawie replied at 1-7-2022 02:44 PM
muka budak laki ni gila busuk cam x penah basuh muka..kepam sangat

nangis tersedu2 budak nie kalau baca.. hahahahaha
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 03:02 PM
korang dengki napew??

oh.. dulu2 comot khuennnnnnnnnzzstt

Quote AbukRokok 1-7-2022 03:06 PM
mamajawie replied at 1-7-2022 02:44 PM
muka budak laki ni gila busuk cam x penah basuh muka..kepam sangat

jrg2 sgt budak lelaki melayu xkepam
nti dah meningkat nti bersinar skit2
budak pompuan yelah ada yg siap jd founder komestika
budak laki nk kosmetika gapo



Quote chikumanis 1-7-2022 03:07 PM
rambut tu dik macam penyapu yg dah kembang kat opis acik ni dik. kasi sikat kemas² sikit. trend tak trend..kalau dah trend serupa kutu garhak, usahlah di ikut yea..

mek mia ni berapa lama kena pakai braces? gigi tu tak boleh juga beratur elok² yea?
Quote AbukRokok 1-7-2022 03:07 PM
anak korang pun ada je yg tgk euuuuu kepamnya
kecuali yg mix blood
Quote hashashes 1-7-2022 03:29 PM
dudaberhias replied at 1-7-2022 02:46 PM
Macam abang dan adik jah, eeeee nauzubillah min zalik

Hi kaka! Lama tak nampak mencemar duli


Quote mamajawie 1-7-2022 03:50 PM
AbukRokok replied at 1-7-2022 03:06 PM
jrg2 sgt budak lelaki melayu xkepam
nti dah meningkat nti bersinar skit2
budak pompuan yelah ada y ...

sebab budak laki ni retis bang x kan la cuci muka nivea man ke safi for men x cukup duit nak beli?? kalau stakat mat rempit sejati tu takde la aku heran sangat bang
Quote mamajawie 1-7-2022 03:51 PM
holothurian replied at 1-7-2022 02:57 PM
nangis tersedu2 budak nie kalau baca.. hahahahaha

smoga budak tu ada kesedaran da jadi retis kan kena la mewangi kekdahnya..kalau duit takde skalipun pakai la pencuci muka safi timun tu je yachhh..baru rm5.80 botol kecik..

Quote dudaberhias 1-7-2022 03:53 PM
hashashes replied at 1-7-2022 03:29 PM
Hi kaka! Lama tak nampak mencemar duli

yer kaka baru sempat nak berforum busy sangat sejak2 ni...agittewww dah semua acik2 dah boleh berjalan khennn...

Quote dekmieDandy 1-7-2022 03:55 PM
suka tengok idan ni, muka dengan suara dia nampak matang

harap boleh venture keluar dari astro ceria

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.088826 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top