CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penangan Filem Mat Kilau- Ramai Budak, Orang Tua Daftar Masuk Silat

1-7-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4505| Komen: 87

Description: Jempol: Filem Mat Kilau mencetuskan fenomena luar biasa kepada persatuan silat apabila menerima banyak penyertaan daripada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar seni mempertankan diri itu.Naib P ...
Jempol: Filem Mat Kilau mencetuskan fenomena luar biasa kepada persatuan silat apabila menerima banyak penyertaan daripada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar seni mempertankan diri itu.


Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli berkata sejak tiga hari lalu, pihaknya menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu yang mahu belajar silat.

Katanya, ia cukup luar biasa memandangkan sebelum ini hanya menerima empat atau lima pelajar dalam tempoh setahun.


Gambar Hiasan

"Impak dicetuskan filem berkenaan menyebabkan ada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar silat.


"Sebelum ini, silat kurang mendapat sambutan berikutan ada yang mendakwa hanya sekadar seni bela diri kampung namun tayangan filem itu mengubah persepsi orang ramai," katanya.

Ahmad Shafiq yang juga gurulatih muda khalifah berkata dia yakin penyertaan pelajar baharu itu akan bertambah susulan program pengambilan ahli baharu bermula hari ini dan esok.

Katanya, pengaruh silat yang dipamerkan dalam filem berkenaan yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan, adab orang Melayu dan junjungan agama Islam yang tinggi sangat memberi impak khususnya kepada ibu bapa.

"Tidak menghairankan apabila ada ibu bapa mendaftar anak mereka berusia lima tahun selain ada golongan dewasa berusia 50 tahun yang turut berminat mahu berlatih silat," katanya.

Mengulas mengenai demam filem Mat Kilau itu, katanya, seramai 104 ahli PSSGM Jempol sudah dibawa menyaksikan tayangan filem di pawagam di Bahau malah ahli turut mengenakan busana tradisional seperti pahlawan Melayu.

Untuk rekod, Gelanggang Panglima Hitam PSSGM daerah Jempol sudah melahirkan 4,000 pesilat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurul8001 1-7-2022 10:57 AM
Teringin pulak nak belajar silat.
Hey kersani mengalirlah dikauuu, menjadi raksa mengisi belikat tubuhkuuuuuu.

Tapi, saya kecik2 belajar taekwondo. Takut otak konpius. Lagi satu, kalau tak silap saya, perempuan sesuai belajar aikido. Sbb gerakan dia tak memerlukan kekuatan fizikal, tapi mcm taktik utk tumpaskan pihak lawan
Quote tomiko_haza 1-7-2022 11:05 AM
bagus le..tapi jgn hangat2 tahi ayam dan betulkan niat kenapa nak bljr silat tu.
Quote Decaffeinated 1-7-2022 11:32 AM
Join silat olahraga - ada rules. Instill discipline.

Silat kat luar tu belajar how to pukul kasi mati. No rules.

Quote SonicSiLandak 1-7-2022 11:37 AM
tae kwan do ni asal india ke korea ya??

Quote axl_bach 1-7-2022 11:42 AM
Menarik belajar Silat Cekak Hanafi dgn Tomoi.... Nmpk simple tp praktikal
Quote tri-max 1-7-2022 11:46 AM
pernah la belajar silat tapi tak tamat pun
silat cekak hanafi, ntah bunga2 dia pun aku tak ingat
sekadar ikut kawan lps kwn tuang kelas, aku pun ikut sama
klu tak mesti da sama level ngan abam tah .... ahaks
Quote kotakominami 1-7-2022 11:59 AM
Waktu join silat dulu tok guru ckp nak belajar silat jgn tinggal solat....esok nye separuh budak laki tak dtg....jadah betul...
Sebelom cite nih tayang dulu ade suare sumbang yg pertikaikan cerita ni..org silat jugak kan....tp terbukti sol sol boleh buat ape yg suare sumbang tu takleh buat....memanggil anak2 muda untuk mengenali silat....
Quote salimrock 1-7-2022 12:01 PM
Edited by salimrock at 1-7-2022 12:02 PM
Decaffeinated replied at 1-7-2022 11:32 AM
Join silat olahraga - ada rules. Instill discipline.

Silat kat luar tu belajar how to pukul kasi ma ...

yea betul,

olahraga mmg ada training jogging utk stamina,

masa gua muda2 dulu ada juga masuk silat olahraga, konon2 nak masuk sukma,

tp wa orang cakap masuk sukma ada ujian doping, jadi wa tarik diri


Quote Gingerly 1-7-2022 12:35 PM
I tak galakkan orang masuk silat. Biasa akan dapat pendamping saka bagai sebab ada bacaan2 tertentu yg perlu diamalkan. Sifatnya panas. Sebab tu ramai pensilat baran2. Tho mandi bunga dengan bacaan alquran pun ada jin nenek2 tua damping.
Quote alesandra 1-7-2022 12:39 PM
Pandangan aku biopic? (biopic kew) mat kilau ni gagal klau silat yg di hilightkan.
Quote mojarean_X 1-7-2022 12:42 PM
Edited by mojarean_X at 1-7-2022 12:43 PM

Best sgt ke citer ni?
Quote muntahijo 1-7-2022 12:58 PM
Best. Pegi la tengok
Quote orangbiasaje 1-7-2022 01:36 PM
Sis ada gi tgk. I came for Mat Kilau, but I stayed for Wahid, aichewah...
Quote dua_chzy 1-7-2022 01:43 PM
Gingerly replied at 1-7-2022 04:35 AM
I tak galakkan orang masuk silat. Biasa akan dapat pendamping saka bagai sebab ada bacaan2 tertentu  ...

Macam betul ja menda ni. Mak aiol dulunya pesilat. Hada la cerita2 mistik sheol tu zaman muda.
Quote borrow 1-7-2022 01:55 PM
arwah pacit belajar silat jugak. Katanya pernah tersalah ilmu. Stori detail tak ingat. Apapun elok la hantar anak belajar martial arts. Ni utk latih badan bertindak bila berdepan serangan tak terjangka. Tadalah tergamam/membatu gitu.
Quote mejaputih 1-7-2022 02:03 PM
Gingerly replied at 1-7-2022 12:35 PM
I tak galakkan orang masuk silat. Biasa akan dapat pendamping saka bagai sebab ada bacaan2 tertentu  ...

i dulu penah join silat...silat gayung...mmg ada sket mentera sblm start, dan baca apa ntah nk jadik sedikit kebal...tp join masa sekolah je la sbb terikut2...bila dah abis sekolah tak join...prefer to join taekwondo or karate....ada my fren tak ingat join silat apa ntah...dia pun ada amalkan ayat2 dan akhirnya ada saka melekat huhu...jenuhla nk buang saka tu...
Quote Gingerly 1-7-2022 02:12 PM
dua_chzy replied at 1-7-2022 01:43 PM
Macam betul ja menda ni. Mak aiol dulunya pesilat. Hada la cerita2 mistik sheol tu zaman muda.

Iye sis. Pengakuan dari kawan2 lama yg pernah join silat. Ada pendamping saka buaya putih la. Buaya pelangi la. Mcm2. Itu lirik mnasir mentera semerah padi jangan dibaca. Boleh gila isim kalau salah orang ucapkan.
Quote white_musk 1-7-2022 02:21 PM
Trend saja,.. ikut ikutan...

malayu kan saparti itu...
sekarang ini sudah jarang akak lihat aktivitas berbasikal di jalanan
semua orang dah daftar silat agaknya

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066088 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top