CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Kena Bagi Laluan, Punca Sesak! Ramai Bengang, Konvoi VIP Mana Kena Hon Dengan Rakyat Tu?

1-7-2022 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4605| Komen: 46

Description: “Asyik kami nak kena beralah, beri laluan, kami pun kejar masa untuk kerja, awak senang dan kami tanggung jalan sesak”.
“Asyik kami nak kena beralah, beri laluan, kami pun kejar masa untuk kerja, awak senang dan kami tanggung jalan sesak”.

Demikianlah luahan rata-rata pengguna jalan raya yang kurang senang apabila laluan mereka dihalang gara-gara perlu memberi keutamaan kepada kenderaan VIP terlebih dahulu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, memaparkan suasana kecoh di sebuah persimpangan jalan raya apabila sekumpulan penghantar makanan dan beberapa penunggang motosikal lain membunyikan hon masing-masing ketika ketibaan konvoi VIP tersebut.


Foto: Twitter

“Ada VIP kena hon dengan orang ramai sebab buat orang lain sesak sebab jalan kena tutup sekejap nak bagi dia lalu,” ciapnya.

Melihat pada rakaman tersebut, beberapa anggota polis dan trafik sedang bertugas menjaga laluan berkenaan serta memastikan tiada kenderaan lain yang melaluinya dahulu sebelum ketibaan VIP terbabit.


Dalam pada itu, keadaan jalan di sana menjadi sesak kerana banyak kenderaan lain terpaksa berhenti dan menunggu sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada yang sempat berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan dengan situasi sama.

“Tak akan kita sahaja kena mengalah, kita pun kejar masa nak pergi kerja, ada waktu memamng jalan akan sesak dan sebagainya, kalau nak sampai tepat pada waktu, bertolak awal, tak kira la awak VIP atau bukan,” pesan seorang pengguna.

“Punca jalan sesak sebab konvoi kenderaan VIP macam ini la, saya sendiri pernah kena marah dengan pihak berkuasa sebab lalu juga, waktu itu memang saya ada hal kecemasan dan perlu cepat, tak ada masa nak tunggu lama semata-mata bagi laluan pada mereka,” luah pengguna lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 1-7-2022 12:21 PM
baling la batu beramai-ramai..
kalau hon ingat orang suka dia lalu
Quote anakmak 1-7-2022 12:22 PM
Standby telur tembelang baling reramai sonok jugak ni
Quote yenil95 1-7-2022 12:22 PM
kalau kat selangor dan kl, memang selalu hadap kejadian mcm ni..VIP VIP ni tak reti bangun dan gerak awal ke ata mcm mana?..
Quote nikaido 1-7-2022 12:24 PM
zaman Bn/Pn ni,anak azeez pun ada escort apatah lg current menteri
Quote takayama 1-7-2022 12:36 PM
patut VIP VIP ni ikut aje cam marhean lain tempuh jammed jgn bg keistimewaan brlah diaorg taw apa rakyat rs hari2 kena tempuh jammed tu
pengecualian utk ambulance, Bomba dan setara dgnnya aje yg blh ada privileged
Quote nazzse 1-7-2022 12:40 PM
Patut mampos jah vip,vvip kat malaysia nih..tak habis menyusahkan rakyat. Sikit pun takda guna utk rakyat
Quote dengilo 1-7-2022 01:07 PM
Semoga dipermudahkan urusan VIP2 ni ke kuburan. X relevan dah amalan2 memberi keistimewaan mcm ni
Quote shernazz 1-7-2022 01:13 PM
Bongok vvip ni
Dia igt dia je kena cepat
Jilaka
Nyusahkan.orang
Quote syamzana 1-7-2022 01:19 PM
kalau plus dari klia ke bangi tu sokmo2 la vvvvvvip hanat mana entah baru kuor flight agaknya manjang kene ketepi. tak kira la sesak ke tak pun gigih suruh org ketepi. dasarrrr b*b*
Quote None68 1-7-2022 01:20 PM
Peak hour mmg mkn maki je la jawabnya
Quote chandrahusin 1-7-2022 01:24 PM
Sesapa lalu Jalan Tun Razak
Mesti paham sgt
Kejap2 kena bg laluan kat vvip
Dh la jalan tu mmg laluan segala mala ambulans
Dh tentu2 kena bg jalan
Klu hujan lagi serabut
Quote liton 1-7-2022 01:44 PM
Jgn dilupa... konvoi mail burberry lagi utama dari ambulan.

[youtube]ecGdoL1AALs[/youtube]
Quote Kurex 1-7-2022 01:48 PM
Kalau lalu area dataran, memang selalu tutup. Cam sial jah perangai vvip yg berak pun tetap la bau busuk!
Quote mejaputih 1-7-2022 01:59 PM
kalau subsidi kepada rakyat sikit2 kena tarik dah, why not privilege mcm ni kepada VVIP pun sikit2 ditarik...elaun2 MP pun takde ditarik pun kan? semoga mampus semua VIP ni runtuh bersama rumah banglo dorg. sorry tercurse di hari jumaat...
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 02:37 PM
sebut nama la. VIP VIP VIP VIP...

cuba sebut nama...

haaaaaaaaaaaaaaaa

Quote AbukRokok 1-7-2022 02:58 PM
prettyuglybabe replied at 1-7-2022 12:21 PM
baling la batu beramai-ramai..
kalau hon ingat orang suka dia lalu

VVIP lalu\bunyi hon
ohh lihatlah penyokong2 merinduiku membuat flash mob


Quote ladybugz 1-7-2022 03:04 PM
i rasa yg vip ni ada byk kategori. yg nak lakukan urusan2 penting negara yg memerlukan masa yg singkat ke sana kemari, boleh la di escort. i mmg paham. tp kalau kau setakat nk merasmi majlis, pecah tanah dll kau keluar jela awal mcm org normal lain. apatah lagi kalau setakat nk gi bawak jalan2 gi shopping atau anak isteri ape semua tu lagila x boleh.
Quote Firenzza 1-7-2022 03:28 PM
nikaido replied at 1-7-2022 12:24 PM
zaman Bn/Pn ni,anak azeez pun ada escort apatah lg current menteri

Najibun yg sah2 jadi pesalah pun gomen sediakan escort.....mana nk dpt kt negara lain pesalah blh merempan sukati dpt tanah free lagi
Quote Firenzza 1-7-2022 03:31 PM
mejaputih replied at 1-7-2022 01:59 PM
kalau subsidi kepada rakyat sikit2 kena tarik dah, why not privilege mcm ni kepada VVIP pun sikit2 d ...

Kan semua MP bantah potong gaji ritu....diorg ckp elaun menteri ciput x blh bantu selesai mslh rega brg, pandai2 le rkyt setel sendiri

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054622 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top