CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cari Besi Tapi Terjumpa Barang Kemas

30-6-2022 11:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2666| Komen: 25|Original author: Tatod

Description: Sumber BernamaPantai adalah kawasan yang sering kali menjadi pilihan bagi mana-mana individu khususnya keluarga yang ingin meluangkan masa bersama.Tidak hairanlah sekiranya lokasi itu mempunyai banyak ...
Sumber Bernama


Pantai adalah kawasan yang sering kali menjadi pilihan bagi mana-mana individu khususnya keluarga yang ingin meluangkan masa bersama.

Tidak hairanlah sekiranya lokasi itu mempunyai banyak 'harta' berharga yang hilang terkubur di bawah timbunan pasir.

Di Port Dickson, Negeri Sembilan, Suhaimi Razali tekun menggunakan sebatang alat pengesan besi (metal detector) dan penyodok tanah bagi mencari barang-barang besi yang mungkin tertanam di gigi air dan persisiran pantai Batu 8, Teluk Kemang.


Sumber Bernama

Berdasarkan perkongsian di FB Bernama, Suhaimi, 35, yang bekerja sendiri melakukan aktiviti itu sebagai hobi bagi mengisi masa lapang. 

Antara barang berharga yang dijumpainya adalah barang kemas seperti rantai, cincin, loket dan gelang tangan.

Barang kemas yang dijumpai akan diiklankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya (MD Miebinjai Saudagar Emas) untuk mencari pemilik barang kemas tersebut.

Sumber FB

Selain itu, aktiviti mengesan besi itu juga adalah usahanya untuk membantu mencari benda-benda tajam yang boleh membahayakan pengunjung. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 1-7-2022 11:22 AM
murni niat abam ni
Quote olezzeli17 1-7-2022 11:29 AM
Ada tengok kat IG hari tu, macam ni jugak la. Omputih dr Finland x silap. Barang2 yg dia jumpa, dia akan post kat IG dan iklankan sampai satu tempoh. Kalau takde yg menuntut, dia jual dan bagi hasil jualan dengan badan2 charity kat sana. Pantai la tempat paling banyak jumpa benda2 berharga gini.
Quote angelofish 1-7-2022 11:39 AM
kalau ikut mufti apa apa barang yang kita jumpa .bukan la milik kita.kena cari pemilik.kalau tak jumpa kena serah baitumal.

kalau jumpa besi buruk kena serah jugak ke kat baitumal?
Quote Nham22 1-7-2022 11:49 AM
Rajin nau...
Quote Supersirap 1-7-2022 11:54 AM
Mahal ke metal detector ni?
Quote buapakperut 1-7-2022 12:08 PM
pasni berduyun lah org cari emas kat pantai mcm dia
Quote tikusmontok 1-7-2022 12:45 PM
Iols pernah hilang sebelah subang ketika mandi manda di sana bbrpa tahun dulu
Quote meow_tompok 1-7-2022 01:13 PM
Supersirap replied at 1-7-2022 11:54 AM
Mahal ke metal detector ni?

rm1200 ke 10k

https://www.facebook.com/104475264404796/posts/hmd-tradingkedai-minelab-metal-detector-malaysiakami-menjual-pelbagai-jenis-meta/133119938206995/
https://www.facebook.com/hmdtrading/
Quote ainonymous 1-7-2022 01:27 PM
rajin nau nau abam ni. tapi bagus la heols sunning naturally sambil beramal gitu
Quote Kurex 1-7-2022 01:44 PM
Iols pernah jumpa pampers penuh taik dekat pantai
Quote takayama 1-7-2022 02:02 PM
rajin adik ni moga dipermudahkan utk dia
Quote mejaputih 1-7-2022 02:08 PM
bagus hobi dia...semoga hobi dia menjadi asbab hidup dia sentiasa mudah...
Quote winstonpepel 1-7-2022 02:47 PM
tapi ada orang cakap. yg buang bende mistik kat pantai pon ramai
Quote Rockafella 1-7-2022 03:19 PM
pernah tengok geng2 metal detector ni korek pelbagai tempat. paling kerapnya di kawasan pantai. Tak dinafikan ada yang terjumpa barang kemas. apa yang terjadi selepas itu? Saya pun tak tahu la sebab ada yang tulis 'Alhamdulillah rezeki hari ini".

So, berbeza dengan abang yang dalam berita ini di mana dia berusaha mencari pemilik barang kemas. Itu perbuatan yang mulia dan diharap dapat dijadikan sebagai contoh oleh ahli Metal Detector yang lain.
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 03:50 PM
ada jumpa zarah graviton tak???
Quote tomiko_haza 1-7-2022 03:53 PM
Kurex replied at 1-7-2022 01:44 PM
Iols pernah jumpa pampers penuh taik dekat pantai

ada iklan kan tak cari sapa punye
Quote sarahmirza 1-7-2022 03:55 PM
Supersirap replied at 1-7-2022 11:54 AM
Mahal ke metal detector ni?

Tgk la kat shopee kot2 ada jual...
Sekolah anak i cikgu pegang metal detector ni kat gate sekolah...
Malas nak tanya motif...
Quote brownlaur57 1-7-2022 05:19 PM
Hello everyone, do you know tunnel rush? This game can help you to relax after a long day working or studying. Try playing it to have funny moments.
Quote Nnoor2 1-7-2022 05:21 PM
Lorrrr ambil jela..bukan ko mencuri pun...nanti yg mengaku tu mana ko tahu tu pemilik sebenarnya atau tak...

Mongok

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.259756 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top