CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Dijeling, Lelaki Cederakan Adik Perempuan Dan Neneknya

30-6-2022 11:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1352| Komen: 11|Original author: Tatod

Description: Hanya kerana dijeling, seorang lelaki tergamak membaling dua baldi ke arah adiknya serta menamparnya. Tidak hanya setakat itu, lelaki itu juga menjirus air teh suam di seluruh tubuh neneknya yang beru ...

Hanya kerana dijeling, seorang lelaki tergamak membaling dua baldi ke arah adiknya serta menamparnya. Tidak hanya setakat itu, lelaki itu juga menjirus air teh suam di seluruh tubuh neneknya yang berusia 64 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Tasik Tambahan kira-kira jam 9.30 malam. 

Kata Mohamad Farouk lagi, baldi yang dibaling itu terkena pada belakang badan mangsa.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak

Memetik laporan Harian Metri, adik perempuan suspek yang berusia 23 tahun ketika itu berada di rumah melihat abangnya, 25, pulang dalam keadaan marah.

"Mangsa mengalami kecederaan tisu bahu manakala neneknya cedera di pipi. Kedua-dua mangsa mendapat rawatan di Hospital Ampang," katanya.

Susulan itu, sepasukan polis menahan suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 8.26 semalam.

"Punca kejadian kerana adiknya menjeling ke arah suspek yang ketika itu pulang rumah. Turut dirampas dua baldi yang digunakan semasa kejadian," katanya.

Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 1-7-2022 11:11 AM
Dadah or no dadah?
Quote Carcosa 1-7-2022 11:24 AM
Mati2 ingatkan Yindon. Lebih2 lagi part Harian Metri tu
Quote shernazz 1-7-2022 11:28 AM
Mendadah kew tuuu?
Atau panas baran tak terkawal neh
Kalau masuk jail..kasi tengok boleh kawal.ke tak baran kau tu
Quote angelofish 1-7-2022 11:36 AM
bab baling baldi tu biasa la kalau gaduh adik beradik..bukan berat sangat.tapi kurang hajar kat nenek tu tak boleh di ampun walaupon air teh suam.pon begitu tahniah untuk adik kerana berani report polis...kalau la ai masa remaja dulu pandai report polis masa abang ai pukul...( zaman tak ada internet)
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 11:38 AM
[youtube]WICvwGgtRHM[/youtube]
Quote tri-max 1-7-2022 11:40 AM
lega bukan sskjp ...
baran yg tak terkawal la tu
ke da kena rasuk roh alam pendekar...
Quote Supersirap 1-7-2022 11:53 AM
Apa masalah budak ni, mental betul
Quote Supersirap 1-7-2022 11:53 AM
Apa masalah budak ni, mental betul
Quote pooh~key 1-7-2022 12:13 PM
Akak syak vaksin buat semua orang gila sis. Especially si landak forum sis.
Quote Rachel_Green 3-7-2022 08:04 AM
kesiannya nenek dia..panas baran ker atau ambik dadah?
Quote che-cikL 3-7-2022 08:07 AM
Kesian baldi kena tidur kat balai polis.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.088352 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top