CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eina Azman Dan Suami Menangis-Nangis Berpisah Dengan Pembantu Rumah

30-6-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1936| Komen: 5

Description: Datin Paduka Eina Azman cukup dikenali sebagai majikan yang sangat rapat dan baik dengan pekerjanya berkongsi kesedihan apabila pembantu rumahnya dikenali sebagai Mega terpaksa menamatkan perkhidmatan ...
Datin Paduka Eina Azman cukup dikenali sebagai majikan yang sangat rapat dan baik dengan pekerjanya berkongsi kesedihan apabila pembantu rumahnya dikenali sebagai Mega terpaksa menamatkan perkhidmatan dan pulang ke Acheh, Indonesia.


Eina berkata, Mega adalah yang juga orang kepercayaannya sudah berkhidmat selama lima tahun bersama keluarganya.

Foto: IG

"Pada awalnya, Mega bekerja dengan saya selama dua tahun mengikut kontrak yang ditetapkan. Namun, disebabkan sikapnya yang sangat baik, saya sambung lagi kontraknya sehingga lima tahun.

"Walaupun lima tahun itu mungkin tempoh yang singkat bagi sesetengah majikan, bagi saya, itu adalah tempoh sangat lama dan dia juga umpama keluarga saya," katanya kepada Harian Metro.




Tambahnya, ia umpama rezeki buatnya apabila bertemu dengan pembantu rumah yang sangat berdisiplin seperti Mega.

"Dia sangat berdisiplin dan saya pun berikan kepercayaan kepadanya untuk mengetuai pembantu rumah yang lain. Mungkin rezeki saya juga apabila mendapat pembantu rumah seperti Mega.



"Bukan sahaja kerja rumah, Mega boleh buat macam-macam kerja termasuklah menguruskan gaya rambut saya, bertukang, bahkan kerja berkaitan elektrik, menjahit, dan sebagainya.

"Orang selalu bertanya, kenapa saya terlalu rapat dengan pembantu rumah sampai bawa bercuti dan belikan macam-macam. Bagi saya, mereka juga adalah manusia walaupun mereka bekerja untuk saya.

"Jadi, sebagai manusia, ada masanya perasaan mereka pun berubah-ubah dan saya sebagai majikan akan bertanya sama ada mereka okay atau tidak," katanya.


Eina juga turut memuat naik beberapa klip video kenangan bersama Mega termasuklah video ketika dia dan suami, Datuk Gurmeet Abdullah menghantar Mega ke lapangan terbang pada Ahad lalu.

Dalam video itu, kelihatan Eina, Mega dan Gurmeet masing-masing menitiskan air mata kesedihan.




Eina adalah antara selebriti tanah air yang dilihat akrab dengan pembantu rumahnya dan kerap kali dilihat membawa pembantu rumahnya bercuti dan dibelikan pelbagai hadiah serta kerap muncul dalam video TikTok bersamanya.


Terbaharu, Eina kini muncul dalam drama bersiri terbaharu, The Maid 2 yang juga sambungan daripada musim pertama. Selain Eina, The Maid 2 turut membariskan barisan pelakon lain antaranya Sherry Alhadad, Norman Hakim, Ezzaty Abdullah, Marsha Milan dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 1-7-2022 01:09 AM
anak dua pun cantik lg, aku ni gaya makcik makcik dah hari hari mengosip kt cari ni buat dosa, muka pun xde sinar dah hari2 baca gosip ????
Quote Cleocatra 1-7-2022 01:51 AM
Makin hari makin seram tengok muka yenna dey azman ni. Tapi laki dia tengok dia mesti macam puteri santubong... maklumlaa maknya tok moh kuning selpi sengeh hari2
Quote makadek 1-7-2022 07:44 AM
SayaSayangMama replied at 1-7-2022 01:09 AM
anak dua pun cantik lg, aku ni gaya makcik makcik dah hari hari mengosip kt cari ni buat dosa, muka  ...

Kalau tgk aku lagi hazab gak serabai
Melengkor kat sofa dgn baju tidur
Rumah berkempaw lagi
Sblm g kerja laki aku dh suh kemas semua
Laki aku cewet
Quote juruterra 1-7-2022 09:34 AM
rimas tgk family eina ni termasuk maknya
Quote Mary_jane 1-7-2022 10:17 AM
Makin menyeramkan muka dia.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.337831 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top