CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sepupu Penunggang Motosikal Biadab Minta Maaf, Nazrief Nazri Padam Video- "Malas Nak Gaduh, Not My Level"

30-6-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2525| Komen: 8

Description: Susulan video dikejar dan diserang oleh seorang penunggang motorsikal pada Isnin lalu, pelakon Nazrief Nazri menerima satu mesej dari seorang individu memohon maaf berhubung kejadian tersebut.
Susulan video dikejar dan diserang oleh seorang penunggang motorsikal pada Isnin lalu, pelakon Nazrief Nazri menerima satu mesej dari seorang individu memohon maaf berhubung kejadian tersebut.


Individu berkenaan mendakwa dirinya adalah sepupu kepada pasangan dalam video tersebut menyatakan hasrat untuk membayar sebarang kerugian yang dialami oleh Nazrief.

Foto: IG

"Saya mohon maaf atas sikap mereka terhadap tuan. Boleh padam ke post itu? Ada apa-apa kerugian ke atas kenderaan tuan saya boleh ganti.

"Saya tengok sendiri, rasa malu betul dengan tuan," jelas individu tersebut.


Menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka, Nazrief bersetuju memadam video berkenaan dan memaklumkan kereta yang dipandunya tidak mengalami sebarang kerosakan.


Dalam masa sama, Nazrief turut memberitahu penunggang motorsikal yang dikatakan berlagak samseng itu berterusan memuat naik beberapa perkongsian di laman Instagram berhubung insiden tersebut.

"Saya padam bukan sebab saya salah, tetapi kerana ahli keluarga samseng itu minta maaf secara elok.

"Si pelaku terus update IG Story buat cerita hendak tegakkan benang yang basah. Lantak kau lah... not my level," jelasnya.



Dalam satu kejadian pada petang Isnin, seorang penunggang motorsikal mengejar kereta yang dinaiki oleh Nazrief bersama isteri dan anaknya selepas pelakon itu membunyikan hon meminta dia meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah sebelum mengetuk cermin kereta Nazrief di satu lagi lampu isyarat berbeza.




Insiden tersebut dirakam oleh isteri Nazrief kerana bimbang akan keselamatan anak mereka yang berada di tempat duduk belakang. -CARI

Sumber: MStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 30-6-2022 04:31 PM
saya pon nk rakam jugak
Quote KamikuP 30-6-2022 04:52 PM
Meolls fokus tang gigi jahhh ekekeke
Quote cikpisang 30-6-2022 05:04 PM
Laki ni handsome tapi perangai rempit sikit.

Tp kalau video tu bukan content, bagus la nazrief ni. Tenang je tak sama2 baran dgn yg moto tu
Quote Carcosa 30-6-2022 05:39 PM
Apa IG abang yg naik moto tu?
Nak jgk tgk dia tulis apa
Quote nakkomenjugak 30-6-2022 07:26 PM
sepupu pulakkkk yang mintak maap
erkkkk couldnt be me
ko da tua bangka, segala benda ko buat ada consequences
sendiri mau ingat
Quote azimodin 30-6-2022 09:29 PM
Dia dah saman pihak hospital ke belum? Release la nama nurse yg gomol2 nak dia tu
Quote imrb 30-6-2022 09:43 PM
tak caya aku ontah2 sendiri balas mesej as a cousin demi sebuah content
Quote LembingDayanti 30-6-2022 11:31 PM
dia ni byk kes mintak produk org utk review lepas dapat senyap terus kesian small business

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054938 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top