CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Foto Justin Bieber Balik Bercuti Lepas Dedah Lumpuh Separuh Wajah Tarik Perhatian

28-6-2022 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1643| Komen: 0

Description: Buat pertama kali, foto penyanyi Justin Bieber dirakam selepas pendedahannya mengenai separuh wajahnya lumpuh akibat diserang virus pada awal Jun lalu.Memetik laporan Dailymail, Justin bersama isterin ...
Buat pertama kali, foto penyanyi Justin Bieber dirakam selepas pendedahannya mengenai separuh wajahnya lumpuh akibat diserang virus pada awal Jun lalu.

Memetik laporan Dailymail, Justin bersama isterinya iaitu model terkenal Haily Baldwin baru sahaja pulang ke Los Angeles selepas bercuti di sebuah pulau persendirian di Bahamas pada Ahad.


Foto Justin bersama Hailey yang dirakam jurugambar bebas.

Foto tersebut memperlihatkan Justin memakai baju hoodie berwarna putih dengan mengenakan topi serta cermin mata hitam tanpa kelihatan wajah penuhnya.

Pasangan selebriti itu meluangkan masa bersama di pulau tersebut sebagaimana Justin perlu memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan dirinya.


Pada 11 Jun lalu, Justin menerusi Instagram miliknya mendedahkan dia mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus dikenali Ramsay Hunt syndrome.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.


Penyanyi berusia 28 tahun itu memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam bulan Jun dan Julai depan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.246905 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top