CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Johnny Depp Tak Berminat 'Join' Netizen Kutuk Amber Heard

26-6-2022 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1769| Komen: 6

Description: Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak berhasrat menyertai netizen dalam mengutuk bekas isterinya, Amber Heard selepas kekalahan wanita itu dalam kes saman antara mereka berdua.
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak berhasrat menyertai netizen dalam mengutuk bekas isterinya, Amber Heard selepas kekalahan wanita itu dalam kes saman antara mereka berdua.


India Today melaporkan, sumber rapat Depp berkata, aktor itu hanya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa selepas kebenaran berpihak kepadanya.


Kredit foto: Switzerland Detail Zero

“Johnny tidak mengharapkan atau mendoakan apa-apa yang buruk ke atas Amber.

“Dia tidak berminat mengikut trend warga netizen yang meluahkan rasa benci pada wanita itu ataupun mendedahkan saat-saat kejatuhannya pada umum. Johnny cuma mahu teruskan kehidupan yang selama ini terhenti kerana fitnah bekas isterinya,” ujar sumber.



Kredit foto: Vanity Fair

Apabila bercakap mengenai rancangan masa depan, pelakon itu teruja dengan segala perancangan tahun depan dan kerjanya.

“Johnny tidak sabar untuk mengadakan jelajah tahun depan, dia mempunyai banyak projek yang disediakan untuk memastikan dia sibuk buat sementara waktu," tambah sumber yang sama.


Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-6-2022 02:40 PM
I <3 you Joni. He is a true gentleman indeed.
Tapi... badan penuh tatoo le pulek nampak comot huhuhu
Quote alesandra 27-6-2022 04:51 PM
kannn abam joni  kannn?steady cool je tak meroyan
Quote ina_na 27-6-2022 09:04 PM
KamikuP replied at 27-6-2022 02:40 PM
I

Jd Tato x mengambar kan kemachoan..senang2 kn dera gan wife yg sekeping..hehehe
Quote superficialmiss 27-6-2022 09:07 PM
Punya lah baik bam Johnny ni
Quote beatgirlX 28-6-2022 01:02 PM
Kenapa news semua dari India Today?
Quote beatgirlX 28-6-2022 01:02 PM
Kenapa news semua dari India Today?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052474 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top