CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beto Kusyairy Dan Isteri Dah Usaha Dapatkan Anak, Syukur Keluarga Tak Bagi Tekanan

27-6-2022 12:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9200| Komen: 95|Original author: Tatod

Description: Sudah 14 tahun aktor Beto Kusyairy berkasih sayang dengan suri hatinya sebagai pasangan suami isteri. Namun, dalam tempoh itu mereka belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Sudah 14 tahun aktor Beto Kusyairy berkasih sayang dengan suri hatinya sebagai pasangan suami isteri. Namun, dalam tempoh itu mereka belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Memetik laporan Kosmo! Online, Beto yang mendirikan rumah tangga sekitar 2008 sama sekali tidak menyalahkan takdir atau menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Pelakon lelaki itu terus bahagi menjalani kehidupannya bersama isteri tersayang.


"Kalau dikirakan, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum hadi hak kami.

"Tapi, tak mengapalah. Tiada rezeki anak, Allah bagi rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja, itu semua rezeki," katanya.

Kata Beto, sepanjang tempoh perkahwinan, dia dan isteri berusaha untuk mendapatkan zuriat. Pelbagai ikthiar sudah pun mereka lakukan, namun cahaya mata yang dinantikan masih tak kunjung tiba.

Sumber Kosmo!

"Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional sudah kami jalani.

"Tapi, mungkin memang Tuhan dan kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya.

"Seperkara lagi, saya bersyukur kerana memiliki kedua-dua belah keluarga termasuk mentua yang cukup memahami dengan situasi kami.

"Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak," katanya yang tampil menerusi filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 27-6-2022 12:24 PM
Ya Allah Beto.. best sungguh lakonan ko..bakat ko mmg hebat Allah bg.. moga Allah beri segala yg baik pada ko n isteri.. amin yra
Quote Cokoro 27-6-2022 12:26 PM
Takpe beto n isteri. Kalau Allah kata ada, ada insyaAllah. btw, adi n isteri pun blm dikurniakan zuriat jgk. ada ank angkt sorg
Quote afie_m 27-6-2022 12:29 PM
semoga suatu hari nanti ada rezeki beto dan isteri..amin..
lakonan beto ni smua watak terbaik
Quote Geeayden 27-6-2022 12:30 PM
InsyaAllah, ada rezeki anak utk beto sekeluarga. Bila hadir hanya Allah yang mengetahuinya.
Quote Addrianna 27-6-2022 12:30 PM
Sebelum mat kilau memang aku suka kau beto kalau berlakon bersahaja je sampai skrg aku masih repeat cerita aku dia dan tong sampah suka sangat dia dalam cerita tu.apapun aku doa semoga Allah memberikan kau rezeki anak dalam masa terdekat.Btw sweet nya tengok muka bini
Quote telracs 27-6-2022 12:36 PM
Addrianna replied at 27-6-2022 04:30 AM
Sebelum mat kilau memang aku suka kau beto kalau berlakon bersahaja je sampai skrg aku masih repeat  ...

Uols ada tengok drama korea tak?
Yang terkini tajuk EVE.
Setiap kali watak Kang Yoon Gyeom tu keluar, meols teringat Beto Khusyairi ni.
Quote nylliette 27-6-2022 12:38 PM
comel ja wife dia cam beto jugak. aku doakan ada rezeki zuriat for beto n wife. Amiin
Quote orkid_amani 27-6-2022 12:48 PM
Muka Beto ni awetmuda betoii la..muka Jenis manis..moga Beto&wife dikurniakan ank nti..insya Allah..rezeki ank ni benda yg kita xtau kn..kadang ada yg Beria nk tapi belum rezeki..yg xnk tu la yg ada ank berderet
Quote orkid_amani 27-6-2022 12:48 PM
Muka Beto ni awetmuda betoii la..muka Jenis manis..moga Beto&wife dikurniakan ank nti..insya Allah..rezeki ank ni benda yg kita xtau kn..kadang ada yg Beria nk tapi belum rezeki..yg xnk tu la yg ada ank berderet
Quote TabletSusu 27-6-2022 12:48 PM
isteri beto ni comel aku tgk.. nampak mcm muda sgt lg compare tu beto. mungkin sbb beto dah beruban byk
Quote telracs 27-6-2022 12:48 PM
Watak serius sesuai untuk beto.
Quote ekselen 27-6-2022 01:20 PM
Addrianna replied at 27-6-2022 12:30 PM
Sebelum mat kilau memang aku suka kau beto kalau berlakon bersahaja je sampai skrg aku masih repeat  ...

iols suka nengok dia dlm istanbul aku datang... drama berat yg iols suka dia berlakon dlm drama tv3...jujur aku dayus... sgt best!! yes, dia mmg talented.. insyaAllah, iols akan tgk movie mat kilau ni sbb iols tgk trailer lakonan heols sooo convincing...
Quote Lampuled 27-6-2022 01:33 PM
Semoga dipermudahkan.. InsyaAllah rezeki akan dtg pada waktu yg tepat. Tak cepat, tak lambat
Quote Addrianna 27-6-2022 01:35 PM
telracs replied at 27-6-2022 12:36 PM
Uols ada tengok drama korea tak?
Yang terkini tajuk EVE.
Setiap kali watak Kang Yoon Gyeom tu kelu ...

Belum chouls best ke?nak tengok lah nampak cun je heroin nya.aku kalau tengok drama korea kena pelakon sedap mata memandang
Quote Lampuled 27-6-2022 01:39 PM
Suka tgk lakonan Beto. Watak apa pun menjadi mmg talented tanpa perlu try hard.
Drp drama hingga film semua dia delivered dgn baik.
Selain drp berbakat dia pandai blend lakonan dia dgn pelakon2 lain. Tak nmpak mcm one man show walaupun mmg superb lakonan dia.
Berlakon dgn pelakon yg kaku pun dia mampu balancekan supaya pelakon lain tak tenggelam. Mmg pelakon terbaik.
Quote pembacagosip 27-6-2022 01:41 PM
moga ad arezeki insyaAllah. berlapang dada dan stress. betul kata beto mungkin ada rezeki kat lain. bagus positive
Quote Addrianna 27-6-2022 01:46 PM
ekselen replied at 27-6-2022 01:20 PM
iols suka nengok dia dlm istanbul aku datang... drama berat yg iols suka dia berlakon dlm drama tv ...

Jujur aku dayus tu pun best sangat dgn nora kan kalau tak silap.masa zaman aku sekolah aku layan drama dia jgn ganggu padang kami tajuk dia kalau tak silap dengan syera ayob.lepas tu aku juga sampai skrg tetap tengok2 ulang ntah mungkin sudah  lebih 10 kali cerita dia dengan syera ayob kg semarah padi.gila kelakar betul cerita tu.bila tengok je asyik ketawa.tapi aku nangis gila masa dia berlakon filem tunjuk pada langit tu.watak abg yang best sangat bagi aku.

Beto ni lah hero patut di angkat dah lah educated ada diploma tak ada kontrovesi,Cool,berbakat ada jiwa setiap lakonan ni asyik hero jantan yang ada problem macam remy dan zulpron pulak dijulang.tak paham
Quote AcikBuncit 27-6-2022 02:01 PM
Lama tu 14tahun..ambil la sorg ank angkat. Mgkin rezeki budak anak yatim mana2 tu utk jadi anak korg.. Rasa kasih sayang ibu bapa berkeluarga.. Korg pn dpt rsa ksh syg jaga anak.. Wallahualam
Quote HujanBatuTiga 27-6-2022 02:15 PM
Org yg x mengalami mmg x kan faham. Bukan semudah itu utk ambil anak angkat. Allah akan buka pintu hati dia & isteri kalau itu yg terbaik utk dorg.

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.128563 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top