"Kalau dikirakan, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum hadi hak kami.
"Tapi, tak mengapalah. Tiada rezeki anak, Allah bagi rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja, itu semua rezeki," katanya.
Kata Beto, sepanjang tempoh perkahwinan, dia dan isteri berusaha untuk mendapatkan zuriat. Pelbagai ikthiar sudah pun mereka lakukan, namun cahaya mata yang dinantikan masih tak kunjung tiba.
Sumber Kosmo!
"Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional sudah kami jalani.
"Tapi, mungkin memang Tuhan dan kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya.
"Seperkara lagi, saya bersyukur kerana memiliki kedua-dua belah keluarga termasuk mentua yang cukup memahami dengan situasi kami.
"Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak," katanya yang tampil menerusi filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof. - CARI