CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12671|Reply: 3

Erra Fazira tak kahwin dengan MR E 7 Feb nanti

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Didakwa bakal mengumumkan berita gembira pada 7 Februari depan, pelakon Erra Fazira menyifatkan khabar yang bertebaran sebagai spekulasi nakal.

Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek berkata, tiada kejutan istimewa pada sambutan ulang tahunnya yang ke-51 itu nanti, apatah lagi berkongsi status hubungannya dengan seorang ahli perniagaan.



“Mana pula dapat cerita ini? Belum lagi. Sabarlah. Saya sendiri baru dengar cerita ini kononnya ada pengumuman istimewa pada tarikh berkenaan, namun hakikatnya tiada apa akan berlaku,” katanya menerusi temu bual dengan sebuah portal.

Dalam temu bual sama, ibu tunggal anak satu itu juga tidak mengesahkan desas-desus sudah berjumpa keluarga Ezwan Zain iaitu lelaki yang dikatakan intim dengannya.

Menurut Erra, antaranya dengan duda yang digelar Mr. E hanya sebagai kenalan rapat ketika menjalani penggambaran program bual bicara, Primadona beberapa tahun lalu.

“Ketika penggambaran program itu di kafenya kami tak bersembang pun. Kalau tak silap saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM.

“Dari situ, kami mula berbual sekadar menyantuni. Hanya beberapa bulan lalu Ezwan rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual.

“Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat,” ujarnya.

Mengulas mengenai ucapan hari lahir dikongsikan dalam laman sosial sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya, katanya tiada sebarang maksud tersembunyi berhubung ucapan tersebut sebaliknya sekadar tanda ingatan seorang sahabat.

“Mengucapkan ‘happy birthday’ adalah perkara biasa. Sebelum ini, sudah ramai yang saya ucap berserta dengan emoji hati. Mungkin dia terlihat sebagai ‘potential partner’ di mata orang luar.

“Saya jarang berkongsi apabila tiada keperluan untuk dikongsi. Dalam hati, tujuan saya sekadar ingin membuat kejutan istimewa buat Ezwan. Hanya ucapan ringkas buat ‘birthday boy’, maka saya muat naik,” katanya.

Terdahulu, ucapan Erra dalam InstaStory buat seseorang menjadi bualan ramai kerana ucapan tersebut dikatakan berbaur romantis disulami dengan lagu Semoga Abadi dendangan Misha Omar.

Gambar susuk lelaki dan perempuan yang digelapkan juga menguatkan spekulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa di hatinya.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penyanyi, Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Kemudian dia berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16, tetapi mereka berpisah pada 2014.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Erra makin me"nasha"kan mukanya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali pandang tajuk mcm Mr 7E.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam maleficient
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.121998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list