CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari Terbiar Atau Dibuang Begitu Saja, Kitar Semula E-Waste Boleh Dapat RM100

24-6-2022 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4831| Komen: 18

Description: Tular di media sosial baru ini, di mana seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Neyra mendedahkan dia mendapat wang digital sebanyak RM100 dengan hanya menghantar barang elektronik untuk d ...
Tular di media sosial baru-baru ini, di mana pemilik akaun Twitter dikenali sebagai Neyra mendedahkan dia mendapat wang digital sebanyak RM100 dengan hanya menghantar barang elektronik untuk dikitar semula.



Gambar hiasan

Hal ini dikongsikan menerusi ciapan ringkasnya, di mana dengan menghantar barang-barang elektrik yang tidak tidak boleh digunakan dia boleh mendapat wang digital sebanyak RM100 di pusat membeli-belah One Utama.



Melihat ciapan tular itu, ramai warganet tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang hal tersebut dan bertanya kepada pemilik akaun Twitter tersebut.



Melihat ramai yang mengajukan soalan kepadanya, Neyra mendedahkan bahawa orang ramai boleh berkunjung ke pusat membeli-belah di One Utama bangunan baru di tingkat dua dan dapatkan maklumat di kaunter tersebut.



Siapa yang ada barang elektrik yang tak lagi digunakan bolehlah hantar di pusat membeli-belah One Utama, dan dapatkan wang digital melalui barang yang dikitar semula!


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-6-2022 03:31 PM
Moga diperluaskan lagi ditempat2 lain
Quote musangbodoh 24-6-2022 11:18 PM
ader satu komen....

'recycle ape rm100 tu sis..berapa kg'

btw ko bwk peti ais baru rm5 ko
Quote Carcosa 25-6-2022 05:16 AM
Bongkok nye lah pon perempuan tu
Aku tiap2 hari pegi 1U tu. Tu pun kdg2 tersasar sesat Kau setakat ckp, New Wing - tingkat 2
Kau tau tak bapak besar mana 1U tu??
Mcm sial je, nak share info utk berlagak je, bkn share info utk share knowledge
Kaunter tingkat 2 tu kaunter apa? Kaunter beli popcorn??
Quote Meiizu 25-6-2022 12:55 PM
Carcosa replied at 25-6-2022 05:16 AM
Bongkok nye lah pon perempuan tu
Aku tiap2 hari pegi 1U tu. Tu pun kdg2 tersasar sesat :curse ...

patutlah tiap kali aku pegi tersesat...setahun adalah kot 2x. jaranglah kesana..awal thn ni ada pegi wehh aku terpusing2 kat area yg sama sampai adakah pandanganku terhijab ? ahhaha
penat masuk kfc isi perut bagi bertenang jaappp
itu je hasil pegi 1U



Quote Carcosa 25-6-2022 02:01 PM
Meiizu replied at 25-6-2022 12:55 PM
patutlah tiap kali aku pegi tersesat...setahun adalah kot 2x. jaranglah kesana..awal thn ni ada pe ...

Bahaahahaa. It is ok, bende tu totally acceptable
1U tu Mak Esah dia kuat! Mmg masuk dlm, kena tanda garam dkt pintu masuk tu Kalau tak, mau makan 5 jam dlm tu. Jahanammmm 1U tu besar nakmampos. Old wing, new wing, centre Park, tah hapa lagi lah. Ni pun dak twitter nak acah2 letak floor 2 je Bebal ke apa
Quote ezacbee 5-12-2022 07:28 AM
Link: https://ewaste.doe.gov.my/index.php/about/list-of-collectors/

Klo ikut kata bdk tu kat sini kot?
SenQ 1 Utama, LG 102,1 Utama Shopping Centre Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama 47800 Petaling Jaya, Selangor
Quote iznanaziz 5-12-2022 04:46 PM
ezacbee replied at 5-12-2022 07:28 AM
Link: https://ewaste.doe.gov.my/index.php/about/list-of-collectors/

Klo ikut kata bdk tu kat sini k ...

ko dah pergi ke ezac?
barang2 letrik pun boleh ke? dah rosak
daripada penuh kat umah
Quote gigahertz 17-12-2022 03:24 PM
Carcosa replied at 24-6-2022 09:16 PM
Bongkok nye lah pon perempuan tu
Aku tiap2 hari pegi 1U tu. Tu pun kdg2 tersasar sesat :curse ...

i sesat 5 jam lepas bayar umobile bill kat LG bawah.
Quote sarahmirza 3-1-2023 01:52 PM
I ada ni 8kg minyak masak terpakai...
Dah sebulan tunggu agen yg kata nak datang collect tapi tak sampai2...
Laptop pun ada 4 biji, printer 1..tak tau mana nak recycle..

Btw hr tu i buang microwave dgn kipas kat recycle centre depa bagi 20sen each. TV depa bagi rm5.. Hahaha..
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:47 PM
banyak jugak eh dapat 100
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:47 PM
sekarang macam macam ya
Quote YPM_Addora 28-3-2023 01:46 PM
sarahmirza replied at 3-1-2023 01:52 PM
I ada ni 8kg minyak masak terpakai...
Dah sebulan tunggu agen yg kata nak datang collect tapi tak sa ...

microwave lama brand national berat nak angkat.sampai sekarang tersadai kat rumah ni

Quote sarahmirza 28-3-2023 01:48 PM
YPM_Addora replied at 28-3-2023 01:46 PM
microwave lama brand national berat nak angkat.sampai sekarang tersadai kat rumah ni

Mmg berat tp kalau simpan kat rumah buat semak... U buang je kat recycle centre, dapat la 20sen

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069246 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top