CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berisiko Mati Dalam 10 Tahun Kalau Gagal Berdiri Satu Kaki

27-6-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2425| Komen: 7

Description: Satu kajian mendedahkan bahawa golongan pertengahan umur yang tidak boleh berdiri dengan sebelah kaki selama 10 saat berisiko lebih tinggi untuk meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun, lapor laman Indi ...
Satu kajian mendedahkan bahawa golongan pertengahan umur yang tidak boleh berdiri dengan sebelah kaki selama 10 saat berisiko lebih tinggi untuk meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun, lapor laman India Today.


Kajian diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine itu mengaitkan ketidakupayaan untuk mengimbangi sebelah kaki selama 10 saat kepada hampir dua kali ganda risiko kematian disebabkan pelbagai faktor dalam tempoh 10 tahun berbanding mereka yang boleh berdiri tanpa sokongan.


Gambar hiasan/News-Medical.Net

Ketua kajian, Dr Claudio Gil Araujo dari Rio de Janeiro mencadangkan ujian keseimbangan menjadi sebahagian daripada pemeriksaan rutin untuk individu yang lebih tua.


Penyelidikan telah dijalankan dalam kalangan 1,702 orang berumur antara 51 hingga 75 tahun yang mengikuti kajian sejak 2008 hingga 2020.

Pada permulaan, peserta diminta untuk mengangkat satu kaki dan meletakkannya di bahagian belakang sebelah lagi kaki sambil mengekalkan tangan di sisi dan melihat ke arah hadapan.

Mereka diberi peluang melakukan tiga kali percubaan. Satu daripada lima peserta gagal dalam ujian tersebut.

Dalam tempoh 10 tahun selepas itu, seramai 123 peserta meninggal dunia atas pelbagai sebab. 

Selepas mempertimbangkan pemboleh ubah seperti umur, jantina dan keadaan asas, ketidakupayaan untuk berdiri tanpa sokongan pada sebelah kaki selama 10 saat dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian sebanyak 84 peratus dalam satu dekad.

Kajian itu bagaimanapun adalah bersifat pemerhatian dan tidak dapat menentukan punca sebenar.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-6-2022 11:35 AM
nnti nk try la

Quote HasfyAbd 8-9-2022 10:37 AM
Edited by HasfyAbd at 8-9-2022 10:44 AM

betul laa tu..tp yg pasti yg paling dekat dgn diri kita adalah ....keMATIan..
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:48 PM
gittewww kaedahnyaa yaaa
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:48 PM
habis tuu kena berdir berapa kaki ni
Quote Skuau 28-2-2023 03:50 PM
kajian ni termasuk OKU...yg xde kaki jugok ke
Quote penutupbotol 28-10-2023 05:49 PM
apekah? fuhh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048226 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top