CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Makcik Dah Agak Habis'

23-6-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1671| Komen: 24

Description: Seperti diduga, minyak masak paket 1 kilogram (kg) hampir habis di rak-rak di beberapa pasar raya sekitar Kuantan.Keputusan kerajaan mengumumkan pemansuhan kawalan harga siling minyak masak tulen bagi ...
Seperti diduga, minyak masak paket 1 kilogram (kg) hampir habis di rak-rak di beberapa pasar raya sekitar Kuantan.

Keputusan kerajaan mengumumkan pemansuhan kawalan harga siling minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2 kg, 3 kg dan 5 kg bermula 1 Julai ini mendorong pembeli memborong minyak masak pek polibeg 1 kg bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50 seunit.


Bekalan minyak masak paket habis di salah sebuah pasar raya di Kuantan, Pahang.

Rak menjual minyak masak paket 1 kg di sebuah pasar raya hampir habis ketika tinjauan MalaysiaGazette hari ini.

“Makcik dah agak akan habis,” ringkas jawapan seorang warga emas yang disapa MalaysiaGazette yang membuat tinjauan di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.


Namun, terdapat juga pengguna yang memikirkan alternatif lain selain bergantung kepada minyak masak untuk masakan di rumah.

Seorang pembeli yang ingin dikenali sebagai Mort, 38, berkata, pengumuman kerajaan baru-baru ini tidak menjejaskan keluarganya.


Rak menjual minyak masak paket 1 kg di sebuah pasar raya hampir habis ketika tinjauan MalaysiaGazette hari ini.

“Kalau goreng-goreng ni, saya lebih suka guna ‘air-fryer’ untuk goreng ayam dan sebagainya. Tiada masalah,” jelasnya.

Katanya, beliau tidak terlalu terkesan dengan pengumuman penarikan semula subsidi minyak masak tulen itu berbanding para peniaga.

“Peniaga mungkin terjejas la sebab mereka menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang banyak untuk menggoreng atau memasak,”katanya.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan tidak meneruskan kawalan harga siling ayam dan telur ayam berkuat kuasa 1 Julai.


Rak menjual minyak masak paket bersubsidi 1 kg di sebuah pasar raya di Kuantan mengenakan syarat pembelian tiga paket seorang.

Menurutnya, langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang dapat menstabilkan harga.

Bagaimanapun, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram dan pada harga RM2.50 sepeket, masih diteruskan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 23-6-2022 04:47 PM
memangla habis
dah datang hujung2 nak tutup kedai

kan?
Quote renko 23-6-2022 04:50 PM
tadi g lunch
tgk kedai makan tu simpan 2 kotak minyak paket bawah rak lauk
Quote nonanje59 23-6-2022 04:54 PM
tp memang pun manjang g cari minyak paket mmg habis je
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:11 PM
Beberapa bulan sebelum umum pun ramai mengeluh susah nak dapat apa tah lagi kini bila ia satu2nya masih bersubsidi
Quote musangbodoh 24-6-2022 01:13 AM
antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia....tp stok dlm negara bleh abis...ape yg silap?
Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 01:15 AM
Barokah Indonesia haramkan eksport minyak kelapa sawit, terus Malaysia mendunia
Quote pyropura 24-6-2022 06:53 AM
Sistem penjualan/pengagihan minyak sabsidi tu hauk cam hamjadah. Gomen kan ada data BRIM Bram Brum tu semua. Atau paling busuk pun modify lah mySengsara tu ke utk.scan setiap kali pembelian. Bodo gomen Umno nih
Quote pyropura 24-6-2022 06:53 AM
Sistem penjualan/pengagihan minyak sabsidi tu hauk cam hamjadah. Gomen kan ada data BRIM Bram Brum tu semua. Atau paling busuk pun modify lah mySengsara tu ke utk.scan setiap kali pembelian. Bodo gomen Umno nih
Quote kitmal 24-6-2022 06:59 AM
Kita tanam dan pengeluar minyak sawit..tapi harga dalaman minyak sawit meningkat kepada harga yahudi...cerdiknya kerajaan mail
Quote Suchi 24-6-2022 07:06 AM
Iols baca kat fb memasing sibuk nak tanam sawit bagai sblm 1julai ni.
Amboii hat ada pokok sawit 10 ekar pun kena beli minyak sawit mahal juga weh.
Taktau cemana nak proses buah sawit jd minyak kalau buah kelapa tu tau la sbb penah tolong mak buat minyak kelapa dedulu.
Quote ultra78 24-6-2022 07:22 AM
kakikuDibibirmu replied at 24-6-2022 01:15 AM
Barokah Indonesia haramkan eksport minyak kelapa sawit, terus Malaysia mendunia {: ...

Beralihlah ke minyak zaitun pulak. Sambal nasi lemak pakai minyak zaitun.
Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 07:31 AM
ultra78 replied at 24-6-2022 07:22 AM
Beralihlah ke minyak zaitun pulak. Sambal nasi lemak pakai minyak zaitun.

ZAITUN
kukenali kesucianmu
aneka jenis barangan bermutu
ZAITUN

untuk anda sekeluarga
ZAITUN jenamanya
ZAITUN

dari dulu sampai sekarang
keunggulanmu tetap berkekalan
penuh dengan keyakinan

ZAITUN suci
ZAITUN segar
ZAITUN tetap sejati
ZAITUN memelihara diri
barangan bermutu kekal abadi

ZAITUN gunakan tanpa was-was



[youtube]OmmYmQSLbc4[/youtube]
Quote ultra78 24-6-2022 07:41 AM
Orang melayu zaman dahulu kala pakai minyak kelapa. Bila ada minyak kelapa sawit,duk burukkan minyak kelapa
Quote bottombikini 24-6-2022 07:59 AM
renko replied at 23-6-2022 04:50 PM
tadi g lunch
tgk kedai makan tu simpan 2 kotak minyak paket bawah rak lauk

pastu tokey kedai naikkan rege makanan dgn alasan minyak naik rege
padahal dia sendiri pun pakai minyak mur


korang rase?

Quote Belibis 24-6-2022 08:04 AM
musangbodoh replied at 24-6-2022 01:13 AM
antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia....tp stok dlm negara bleh abis...ape yg silap?

Tamak sangat..lebih utamakan eksport dari kepentingan rakyat..bukan macam sesetengah negara,aanggup tak eksport gandum,demi menjaga rakyat..
Quote jazaa100 24-6-2022 08:13 AM
musangbodoh replied at 24-6-2022 01:13 AM
antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia....tp stok dlm negara bleh abis...ape yg silap?

Ank kera di hutan di susu kan.....

Pi eksport ke india....
Bkn main seronok hari tu  india nk beli sawit msia....
Nati kita import pulak dari indon
Quote Suchi 24-6-2022 08:16 AM
musangbodoh replied at 24-6-2022 01:13 AM
antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia....tp stok dlm negara bleh abis...ape yg silap?

Malaysia, Indonesia ngn Thailand pengeluar minyak masa terbesar di dunia.
Takat ni taktau minyak masak kat Thai tu naik harga juga ke tak yg tau harga minyak masak kt Indonesia ngn Malaysia memang melampau harganya.



Quote zehra2 24-6-2022 08:35 AM
pelik nya harga sawit dgn.kelapa botak tu turun pulak.
dulu arwah nenek aku buat minyak kelapa sendiri. cucu2 ni bertenggek ler tgk nenek pijak2 hampas kelapa.. arwah nenek ku garang giler
Quote orkid_amani 24-6-2022 08:45 AM
Rasanya boleh dah kot buat mcm program mykasih tu..sapa yg daftar ja dapat beli barang subsidi. Mcm aii tuhari ada join CSR dgn company GLC..dia masukkan 1amount dlm mykad customer..customer xboleh withdraw duit tu..kena tukaq dgn barang2 under mykasih..jenuh laa nk listingkn barang2 sebab masa 1st month tu ramai customer kol compared beli kat giant & lotus xsama item & brand .lotus lg banyak listing..dah 1kerja pulak aii kena kol marketing department lotus mintak listing ok la program kami berjln lancar masa covid tgh mengganas tuhari..kami bg diorang duit under program bakul makanan link dgn mykasih..sbb mykasih punya barang2 mmg bahan asas..harap gov pertimbangkan..xdak la semua org boleh beli..sbb dia punya terminal payment xsama mcm payment biasa..so dekat situ boleh detect org yg betul2 perlukan barang subsidi

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:24 AM GMT+8 , Processed in 9.056723 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top