CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inilah Jenis Orang Songsang - Najib 'Sekolahkan' Rafizi

23-6-2022 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1845| Komen: 21

Description: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Rafizi Ramli tidak faham mengenai dasar ekonomi dan fizikal.Dakwaan tersebut dibuat selepas Rafizi yang secara tidak rasmi memenangi jawat ...
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Rafizi Ramli tidak faham mengenai dasar ekonomi dan fizikal.

Dakwaan tersebut dibuat selepas Rafizi yang secara tidak rasmi memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR mengkritik ‘formula subsidi’ yang dikemukakan oleh Najib.



“Ya, saya potong subsidi pukal untuk beralih ke subsidi bersasar seperti minyak masak berpaket sebab subsidi pukal lebih memanfaatkan orang kaya dan penyeludup yang akhirnya memanfaatkan rakyat di negara-negara jiran.

“Ya, antara akibatnya ialah defisit kerajaan serta nisbah hutang negara turun sembilan tahun berturut. Tapi penjimatan darinya dialih terus kepada pemberian wang tunai dalam pelbagai skim seperti bantuan sekolah, pemansuhan yuran sekolah, bantuan BR1M, Kad Siswa yang tidak pernah wujud sebelum saya menjadi PM,” katanya.




Melalui pemberian wang tunai, Najib berkata, rakyat boleh memilih cara untuk membelanjakan bantuan tersebut berbanding mereka terpaksa menerima dasar subsidi pukal.

Berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional melaksanakannya tanpa menaikkan defisit kerajaan, menaikkan kebergantungan kepada hasil minyak mahupun menjarah dana Petronas.




FB Najib

Malah kata Najib, jika melihat kepada rekod pemberian dan sekiranya kerajaan tidak bertukar pada PRU-14 jumlah bantuan BR1M mungkin akan meningkat kepada RM2,300 atau RM4,000 tahun ini.

Rafizi di media sosialnya sebelum ini berkata, beliau mempunyai hobi baru iaitu berkawan dengan dengan ‘Pak Cik Google’ untuk membongkar apa yang didakwa sebagai putar belit Najib.




Siri pertama yang dinamakan #SayaPutarJib telahpun diterbitkan dalam blognya dua hari lalu.





Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 23-6-2022 04:37 PM
Edited by tripleid at 23-6-2022 05:50 PM

Ringkasan pecahan 'kek' bossku...



Quote n3ar 23-6-2022 04:46 PM
lepas tu hutang meningkat tinggi... kena bayar bon, bunga itu ini
Quote tripleid 23-6-2022 04:47 PM
Quote batu kikir 23-6-2022 04:53 PM
Bila yang betol2 songsang mengata orang lain songsang
Quote Flake123 23-6-2022 05:29 PM
Brim brim brim brim
Quote sam1528 23-6-2022 05:41 PM
Yang lawak adalah Pok Jib(yg kalah rayuan tu) nak cukai Pertonas dengan lebih tinggi

Tapi dia & macai2 dia (korang tau sapa ko kat porem ni) dok ratib 'jarah Petronas ... jarah Petronas'
Quote Orix 23-6-2022 06:02 PM
semoga najib ni cepat2 la masuk tirai besi secepat mungkin................. makin lama makin meluat......... cukai sendiri pun x bayar2 smpai skrg ada hati nk komen psal negara
Quote Normabaru 23-6-2022 06:59 PM
tripleid replied at 23-6-2022 06:37 PM
Ringkasan pecahan 'kek' bossku...

Jibby ni mmg klaka

Dia sendiri yang songsang siap evade tax ada hati nk bercakap psl ekonomi..

Patutla suka betul dgn tagline

Malu apa bossku

Mmg xde kemaluan sungguh!
Quote Nenasketum 23-6-2022 07:29 PM
Ada masa plak si baghal ni nulis panjang2 ek. Orang macam depa ni tak mati cobid plak
Quote Firenzza 23-6-2022 07:55 PM
So, yg cadangkan hapus subsidi ayam, minyak ni najibun la ye? Muka x malu cukai x byr ada hati nk bantu ngara...hawauuuu
Quote MissYouSayang 23-6-2022 08:17 PM
Edited by MissYouSayang at 23-6-2022 08:19 PM

Kalau dah tau x reti manage negara maka terpaksa lah jibby mgeluarkan pelbagai teori palatao  semata nk cover kelemahan pemimpin2 umno. Tak habis2 dok salahkan t20 apa lancau semua tu.
Quote diazzaid 23-6-2022 08:23 PM
Tapi teori lapiji ni mmg bangang pon. X phm knp masih ade si dungu yg sokong. Whatever it is, RIP PH
Quote ina_na 23-6-2022 08:37 PM
Selagi x bayo cukai..x yah nk sekolah org lain.. walaupun aku x gemo ke Rafizi ni tp aku lg x gemo si Najib ni buat Bodo je x nk bayo cukai..memekak je mcm dia bgs dan hebat sgt.. menyampah2
Quote doubleharmonic 23-6-2022 09:00 PM
formula nelopa songsang:

Quote doubleharmonic 23-6-2022 09:01 PM
formula matriks songsang:

Quote doubleharmonic 23-6-2022 09:07 PM
najib berkadar songsang

Quote doubleharmonic 23-6-2022 09:09 PM
Quote doubleharmonic 23-6-2022 09:12 PM
Quote doubleharmonic 23-6-2022 09:17 PM

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.284449 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top