CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telinga Bayi Hampir Putus Masa Lahir Kerana Doktor Guna Telefon Bimbit

23-6-2022 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1054| Komen: 5

Description: Doktor hampir terpotong telinga bayi baru lahir semasa menjalani pembedahan yang terpaksa menggunakan telefon bimbit akibat bekalan elektrik terputus di sebuah hospital di bandar ini.
Doktor hampir terpotong telinga bayi baru lahir semasa menjalani pembedahan yang terpaksa menggunakan telefon bimbit akibat bekalan elektrik terputus di sebuah hospital di bandar ini. 


Karla Urizandi, 19, melahirkan Juan Adriel Solis, 6 Jun lalu di Klinik Pakar Antarabangsa di Mexicali, Baja California ketika bekalan elektrik terputus hampir 26 minit, lapor Daily Mail.  


Daily Mail

Dilaporkan, Urizandi dimasukkan ke hospital pada pukul 11 pagi sebelum dibawa ke bilik pembedahan 12.40 tengah hari. 

Bekalan elektrik terputus kira-kira pukul 12.48 tengah hari dan penjana sandaran dilaporkan tidak berfungsi. 


Remaja itu masih mengingati peristiwa ketika bius digunakan sebelum lampu tiba-tiba terpadam. 

Semasa pembedahan tersebut, pakar sakit puan bersama pakar perbidanan, Dr. David Santoyo turut ditemani doktor lain yang memilih untuk meneruskan proses kelahiran menggunakan teknik pembedahan cesarean. 


Daily Mail

“Tiga telefon bimbit dihalakan ke perut saya untuk pencahayaan dan mereka mula melakukan pembedahan itu. 

“Saya beritahu tidak mahu mati kerana insiden itu sangat menakutkan,” katanya dalam video TikTok. 

Urizandi berkata, dia ‘sangat takut’ ketika Santoyo melakukan prosedur pembedahan, sebelum telinga kiri bayi itu terpotong ketika pakar cuba mengeluarkan hemangioma iaitu tanda lahir vaskular yang menyebabkan kepala bayi itu membengkak. 

“Selepas beberapa minit, saya dengar bayi menangis. Asalnya saya tidak tahu bayi mengalami kecederaan sehingga suami beritahu tentang berita buruk tersebut. 



“Saya kecewa sebab menunggu doktor atau individu lain datang dan memberikan penjelasan, namun ia tidak berlaku,” luahnya. 

Susulan itu, Urizandi dan suaminya memfailkan laporan insiden kepada Pejabat Peguam Negara Baja California disebabkan kecuaian doktor dan pusat perubatan tersebut. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-6-2022 04:32 PM
Berani matinyaaaa semua watak terlibatttttt
Quote CariMalay 23-6-2022 04:42 PM
Aduhai ngerinya..
Quote nonanje59 23-6-2022 04:49 PM
alamak yg bukan2 aje. takleh betul tgk apa2 yg ngeri melibatkan baby ni.
Quote sharlenetexas 23-6-2022 04:50 PM
Umur 19 dah ada anak satu. B40 ke?


Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:13 PM
Mengerikan siap ler masing2 nak kena menjawab

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062253 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top