CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Rakyat Jangan Bimbang, Agong Dah Selesai Jalani Prosedur Intervensi Sendi Buku Lali Dan Lutut

23-6-2022 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1369| Komen: 37

Description: Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta ti ...
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata prosedur berkenaan dijalankan Isnin lalu.

"Ekoran prosedur intervensi tersebut, Seri Paduka selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan," katanya.

Foto: Bernama

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu ini selepas selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut.


Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang mendoakan kesejahteraan Seri Paduka.

Baginda dilapor menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki sejak Isnin lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 23-6-2022 03:51 PM
syukuuuuurrrr...


kawan2, cer tengok kucing nih pakai selipar




Quote glump 23-6-2022 04:12 PM
Tak pelah ..rehat elok2. Rakyat marhaen nie ada banyak benda lain nak buat ..
Quote cikatilia 23-6-2022 04:24 PM

awwwww
somelnya kasut pink adik bulus

Quote dua_chzy 23-6-2022 04:28 PM
Eh eh, sapa yang bimbang pon?
Quote becir 23-6-2022 04:29 PM
dua_chzy replied at 23-6-2022 04:28 PM
Eh eh, sapa yang bimbang pon?

Ntah..perasaan theyols je lot

Quote tripleid 23-6-2022 04:33 PM
who cares..
Quote uori 23-6-2022 04:35 PM
taklah, mana ada bimbang. iols lagi bimbang kekalau bapak ajra my everything tak bukan pintu gate je
Quote makneng 23-6-2022 04:38 PM
Busy noks tak tau pun dia admitted…tak sempat nak bimbang…
Apa2 pun get well soon
Quote juruterra 23-6-2022 04:40 PM
becir replied at 23-6-2022 04:29 PM
Ntah..perasaan theyols je lot

#dengkike kata queen
Quote naina 23-6-2022 04:42 PM
Laaa. Ingatkan entitled sangat dengan Tuhan merosak alam macam takkan mati.



Ampunkan patik pacal yang hina
Quote pooh~key 23-6-2022 04:47 PM
dani-rox replied at 23-6-2022 03:51 PM
syukuuuuurrrr...



Akak nampak apa yang kau buat sistah. Nice one sis.
Quote abangbikerz 23-6-2022 04:49 PM
ehhhehheehhhh bimbangnya saya
Quote Lagubestbest 23-6-2022 04:51 PM
Patik rasa tuanku perlu peruntukan tambahan untuk beli kasut hitam lebih sesuai eg: hermes.
Quote batu kikir 23-6-2022 04:52 PM
Risau sungguh sampai tak dapat tidor malam
Quote Buritan 23-6-2022 05:34 PM
dani-rox replied at 23-6-2022 03:51 PM
syukuuuuurrrr...



Baik aku tgk kucing ko.. hati aman tenang.. sah sah chomel
Quote Imkhai 23-6-2022 06:01 PM
Aku x bimbang pon ada aku kesah
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:04 PM
Eloklah tapi ramai tak ambil peduli sangat sebab sibuk mengenangkan nasib bila harga ayam telur dan minyak masak nak naik belum lagi tarif letrik.  Lepas tu entah apa pulak lagi yang akan ikut masuk list.
Quote Orix 23-6-2022 06:12 PM
aduh, bimbangnya sayaaaaaaaaaaaaaaa


kalau Tun M masuk hospital baru lah iols bimbang
Quote mrsbale 23-6-2022 06:21 PM
Rakyat negara mana

Lihat semua komen(37)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.071755 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top