CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Di Kelantan Tak Jadi Terjun Dari Tingkat 31 Selepas Ibu Bagi Makan Nasi Berlauk

23-6-2022 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4045| Komen: 47

Description: KOTA BHARU: Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari kren yang berada di tingkat 31 di sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh di sini dipatahkan selepas ahli keluarga berjaya memujuk mangsa deng ...
KOTA BHARU: Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari kren yang berada di tingkat 31 di sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh di sini dipatahkan selepas ahli keluarga berjaya memujuk mangsa dengan membawa bekalan nasi berlauk ke lokasi kejadian.


Bagaimanapun, anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim serta Kota Bharu mengambil masa selama empat jam bagi memujuk lelaki yang berusia 27 tahun sebelum turun menyerahkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mohd. Ridzwan Ali berkata, lelaki itu dipercayai berada di kawasan terbabit sejak malam semalam sebelum kehadirannya disedari oleh orang awam.


Foto: JBPM Kelantan


Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi sebelum 20 anggota balai Kota Bharu dan Darul Naim bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 dan terus menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Lelaki berkenaan pada mulanya bertindak agresif dan nekad cuba terjun untuk terjun dari kren itu. Kita membawa ibu dan adiknya untuk memujuk lelaki itu supaya turun dari kren yang berada di tingkat 31 itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohd. Ridzwan memberitahu, ibu bersama adiknya membawa nasi berlauk ke tingkat 31 dan lelaki itu makan sebelum dia bertindak menyerah diri selepas menghabiskan hidangan tersebut.

Katanya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 3.03 petang. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stroberi_80 23-6-2022 11:44 AM
Sian dia. Lapar rupanya kut.
Quote saviour_09 23-6-2022 11:45 AM
the power of nasik berlauk sek kito

tu  kalo nasik kerabu lagi padu kot
Quote Suchi 23-6-2022 11:45 AM
Dia merajuk ker? Ada kaitan dgn nasi tu ke? Atau dia anak kurang upaya barangkali
Quote Artemesiaa 23-6-2022 11:46 AM
Kelemahamnya terletak pada nasi berlauk rupanya.
Quote renko 23-6-2022 11:47 AM
timbalan mb mesti mendengus baca berita
Quote tripleid 23-6-2022 11:55 AM
serambi mekoh dah boleh tukar nama jadi serambi suicide..
Quote rospinki 23-6-2022 11:57 AM
Alahai anak omak..napo ey terojun.
Moga mereka semua baik2 saja.
Quote sue_liah 23-6-2022 11:58 AM
kesiannya mesti emak dia sedih..nape la ko nak terjun nak

sebab emak ko lupa masak ke hari tu ko merajuk



Quote sharlenetexas 23-6-2022 11:58 AM
Jangan lupa tepek bendera.


Quote che-cikL 23-6-2022 12:35 PM
Makan dulu baru menyerah. Ingat menyerah diri untuk dapat makanan.

Apa benda minta, semua maknya bagi kut.
Quote plywood 23-6-2022 12:39 PM
ah korang ni, tajuk letak mcm tu takkan nak ikut terus.. bukan pasal nasi tu lah, aku rasa sebab kedatangan keluarganyalah yang berjaya memujuknya. Coba salah seorang ramai kat situ beli nasi berlauk bagi kat dia berkesan ker tak...
Quote jas7512 23-6-2022 12:40 PM
Napa x bg je mampus
Quote pooh~key 23-6-2022 12:42 PM
Kalau heols elok, akak bagi durex sebotol sebagai alat pujuk sis.
Quote zamnie 23-6-2022 12:59 PM
Ya Allah lawak pun ada.. mental kot ni
Quote airfilterkotor 23-6-2022 01:02 PM
Nasik Kak Wok ker tu?
Quote AbukRokok 23-6-2022 01:03 PM
pooh~key replied at 23-6-2022 12:42 PM
Kalau heols elok, akak bagi durex sebotol sebagai alat pujuk sis.

@Kurex mohon evaluasi jantan tersebut sampai ejakulasi

Quote Skuau 23-6-2022 01:08 PM
Edited by Skuau at 23-6-2022 01:10 PM

"bukankah kau tau kesukaan aku adalah nasi berlauk...kenapa kau masak takde nasi berlauk..."-seniman sskjp
Quote besi_kelabu 23-6-2022 01:23 PM
ada cerita lain laa..

FB_IMG_16559615924175373.jpg
IMG_20220623_132129.jpg
IMG_20220623_132149.jpg

Quote mejaputih 23-6-2022 01:45 PM

kalau mcm ni baik tolak je kren tu jatuh bersama2 dia...tak guna punya jantan...

cuma iols baru tahu kat KB ada juga nk buat rumah tinggi giler... ingat ke area KL selangor je...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.333658 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top