CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sembelih Rakan Universiti Sebab Bengang Lamaran Kahwin Ditolak

23-6-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1908| Komen: 18

Description: Seorang lelaki tergamak menyembelih seorang wanita yang menolak cintanya.
Seorang lelaki tergamak menyembelih seorang wanita yang menolak cintanya.

Gulf Today melaporkan, mangsa, Naiyera Ashra merupakan pelajar di Universiti Mansoura, Mesir. 


Insiden tragis itu dipercayai berlaku di hadapan pintu pagar pusat pengajian berkenaan.

Naiyera Ashra, Foto: Gulf Today

Sumber menyatakan, kejadian ngeri itu sempat dirakam oleh orang ramai sebelum ianya tular di media sosial. 

Memetik laporan Egypt Independent, sebelum kejadian, mangsa berusia 21 tahun dikatakan sedang berjalan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah namun diserangsuspek secara tiba-tiba sebelum menikamnya.


Orang ramai yang berada di kawasan itu cuba menghalang suspek tetapi sebaliknya yang berlaku apabila suspek nekad menyembelih leher mangsa dengan pisau. 

Difahamkan, suspek kemudian berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan.


Foto: Gulf Today

Orang ramai dikatakan sempat membelasah suspek bertubi-tubi sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Menurut saksi, suspek dikatakan ingin mengahwini mangsa tetapi lamarannya itu ditolak. 

Suspek juga pernah beberapa kali mengugut mahu membunuh mangsa. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya, dia dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat tiba di hospital. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 23-6-2022 11:41 AM
Semakin ramai jantan takde maruah yang fikir semua mesti ikut kehendak dia.
Quote tikusmontok 23-6-2022 11:46 AM
zarulnazmi replied at 23-6-2022 11:41 AM
Semakin ramai jantan takde maruah yang fikir semua mesti ikut kehendak dia.

Kannnn...jantan sskjp di surambi mukah tak jd bunuh diri slps disogok nasik berlauk
Quote Artemesiaa 23-6-2022 11:49 AM
Ganas dan kejam tindakannya.  Bukan selesai masaalah malah tambah masaalah untuk diri sendiri jadinya.
Quote zarulnazmi 23-6-2022 11:53 AM
tikusmontok replied at 23-6-2022 11:46 AM
Kannnn...jantan sskjp di surambi mukah tak jd bunuh diri slps disogok nasik berlauk

Itu kemungkinan sebab masalah lapar

Quote babelina 23-6-2022 11:59 AM
manusia skrg..mental..
Quote mojarean_X 23-6-2022 12:01 PM
Kalo kt malaysia sbb pengaruh dadah, kalo kt mesir sbb apa
Quote TabletSusu 23-6-2022 12:15 PM
org dah xnak ko dah lah.. cari pompuan lain. ni nak paksa2 pulak.. bodoh btul jantan2 skrg ni
Quote becir 23-6-2022 12:47 PM
Orang Arab, turki, Iran..gini la ..
Quote plywood 23-6-2022 01:02 PM
aku tengah fikir apa yang mendorong lelaki tu hilang kewarasan bila dia awek tu reject dia. .. adakah budaya sana memberi erti reject itu sama dengan penghinaan melampau... sebab tindakblas ini menyebabkan kematian yang boleh menyebabkan dia dihukum mati juga. .. atau adakah tanggapan male superiority yang telah mendorong dia menjadi penyembelih manusia.. atau adakah sebabnya dia mengelar leher perempuan pujaannya ialah disebabkan oleh terbayangnya kata-kata orang ramai yang merendah-rendahkan dia...
Quote Prickford 23-6-2022 01:03 PM
Tengok video macam sekali kelar gitu je depan orang ramai. Gila!
Quote tumpanglalu74 23-6-2022 01:04 PM
Flag_of_Egypt.svg.png
Quote black_handbag 23-6-2022 01:29 PM
lawa perempuan ni. cita2 tinggi nak pompan lawa, sekali kena rejek terus sembelih. gila
Quote mamajawie 23-6-2022 01:51 PM
tikusmontok replied at 23-6-2022 11:46 AM
Kannnn...jantan sskjp di surambi mukah tak jd bunuh diri slps disogok nasik berlauk

kahkahkah..nak bunuh diri tapi perut lapar tu la jadinya..bodoh jate sskjp nihhh
Quote MissyMolly 23-6-2022 01:57 PM
Prickford replied at 23-6-2022 01:03 PM
Tengok video macam sekali kelar gitu je depan orang ramai. Gila!

Nak tgk?? Tamau suapkan link? Koh2
Quote MissyMolly 23-6-2022 02:00 PM
tumpanglalu74 replied at 23-6-2022 01:04 PM

Iols memuji tindakan chuols inney sbb sec tidak langsung iols tertengok la jua bendera negara manakah ittew.. tapenah tgk punnnn koh2
Quote namieamuro 23-6-2022 02:02 PM
Prickford replied at 23-6-2022 01:03 PM
Tengok video macam sekali kelar gitu je depan orang ramai. Gila!

mcm sembelih ayam. org keliling tu mesti tergamam.
Quote Prickford 23-6-2022 02:03 PM
MissyMolly replied at 23-6-2022 01:57 PM
Nak tgk?? Tamau suapkan link? Koh2

Tak berapa horror sangat. Cuma gila dipikirkan tindakan tu.


https://www.reddit.com/r/CrazyFuckingVideos/comments/vgmynh/guy_in_university_in_egypt_slaughters_his/

Quote MissyMolly 24-6-2022 11:41 AM
Prickford replied at 23-6-2022 02:03 PM
Tak berapa horror sangat. Cuma gila dipikirkan tindakan tu.



Errr horror la u. Thx link tuh
Gila. Nti dia pn kena hukum mati tak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.104396 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top