CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syaffiq Sahli Tak Nak Buat Babak Cium Dan Intim, Sanggup Tolak Job Walau Dibayar Mahal

21-6-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2518| Komen: 21

Description: Demi menjaga maruah dan agama, pelakon Syaffiq Sahli sanggup menolak tawaran sebuah filem disebabkan perlu melakonkan babak intim.
Demi menjaga maruah dan agama, pelakon Syaffiq Sahli sanggup menolak tawaran sebuah filem disebabkan perlu melakonkan babak intim.

Kata pelakon berusia 35 tahun itu, pihak produksi tersebut juga menawarkan ‘job’ tersebut dengan meletakkan harga yang tinggi untuk mendapatkan khidmat lakonannya.

Tambah Syaffiq, dia tidak menyangka pihak produksi terbabit tergamak menawarkan kerja lakon seperti itu walaupun sudah mengetahui babak sedemikian sensitif khususnya buat masyarakat Melayu Islam di Malaysia.


Foto: IG

"Saya ditawarkan untuk membawakan watak seorang pegawai imigresen dalam sebuah filem. Difahamkan, ia filem indie dan objektifnya untuk masuk pertandingan di festival luar negara.


"Saya tak diberitahu awal ada babak bercium dalam naskhah itu dan agak terkejut kerana produksi juga sedar bahawa saya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"Mungkin mereka sanggup meletakkan bayaran yang tinggi, tetapi saya tidak segila itu untuk menerimanya. Babak bercium? Saya masih lagi waras ya!” katanya kepada mStar.



Selain itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu berkata dia tidak pernah melakonkan babak-babak seperti berpeluk apatah lagi perlu bercium.

"Babak yang ditawarkan itu, memang bercium betul-betul. Bukan setakat pegang tangan saja. Adegan peluk pun saya tak buat, apatah lagi kalau nak buat adegan bercium.

"Kita ini Melayu, Islam pula itu. Walaupun memang kerja berlakon, tapi ada batasnya. Itu prinsip saya pegang selama ini. Bagi saya, melampau sangatlah kalau tergamak nak buat babak bercium itu.



"Ibu, bapa dan isteri mestilah tak suka. Tak payah minta keizinan mereka pun, kita sendiri sebagai orang dewasa boleh fikir mana baik dan buruk," katanya.

Sementara itu, Syaffiq menegaskan dia tetap dengan pendiriannya walaupun terpaksa melepaskan peluang untuk meneroka dan mencipta nama di luar negara menerusi tawaran itu.



"Memang saya akui, mungkin terlepas peluang untuk mara ke peringkat antarabangsa, tetapi tak apalah, tak mungkinlah saya sanggup nak langgar hukum syarak.

"Saya dah bincang dan terangkan pada pihak produksi, terpaksa menolaknya dengan cara baik. Pengarah dan produksi secara amnya bukan orang Melayu, jadi mungkin mereka pun tak begitu faham dengan kepercayaan dan pegangan kita.

"Tak apalah, saya pun tak salahkan mereka sepenuhnya. Terus-terang, kalau tak ada babak itu, saya terima saja," katanya.


Dalam pada itu, Syaffiq memaklumkan dia kini sedang menjayakan penggambaran filem genre seram berjudul Bangkitkan Aku Kembali yang diadaptasi daripada karya novelis Sophilea.

Memegang watak utama bernama Zakuan, Syaffiq menerusi naskhah itu bergandingan dengan pelakon lain seperti Amy Nur Tinie, Aishah Azman, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.



Penggambaran yang telah berlangsung selama 10 hari tersebut bakal ditayangkan di saluran Astro First menjelang akhir tahun ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 21-6-2022 01:55 PM
rambut potong mcm tu terus x kenal. lepas skodeng ig baru tahu oh dia ni banyak berlakon watak pembantu n lakonan ok x kayu
Quote auntyonion 21-6-2022 01:57 PM
Adehh nape cm knal x knal ni dr gambau2 ni
Quote Cokoro 21-6-2022 02:10 PM
Ok je dia brlakon tp byk watak pembantu. Dia ni klu betul2 mgkin blh jd hero malaya mcm SY
Quote cikokui 21-6-2022 02:10 PM
sembang mcm popular sgt hahaha
Quote Nuyak 21-6-2022 02:29 PM
mamat ni berlakon ok cuma kurang famous..
Quote SherryZass 21-6-2022 02:35 PM
tengok gambar yg ditepek tu, whoryuss sangat, sekali godek-godek, ohh..ada jelah tengok dia berlakon, cuma tak tau nama
Quote mamajawie 21-6-2022 02:47 PM
ya ALLAH gambar last tu terserlah yg keje drebar lori sawit tu SESUAIIIIII SANGAT dengan heshe..kuat sangat AURA tu yachhhh..
Quote KamikuP 21-6-2022 02:52 PM
OMG whoareyuss dekk?
Quote Pujangga22 21-6-2022 02:56 PM
not bad jgk dia blakon cuma tu lah tak commercial
Quote prince_marhaen 21-6-2022 03:44 PM
babak bercium2 lgbtq ke straight nyehhh? ke tolak sebab pasangan tak helok? hihihi...takpe la bang...bibir pun tak sexy nak kiss kiss... ehh!
Quote Mary_jane 21-6-2022 05:21 PM
Jadi kita nantikan watak comolot tu dapat kat sapa. Mamat ni berlakon okay je. Ada pendirian, takde lah main sauk je job kan.
Quote nakkomenjugak 21-6-2022 07:35 PM
curlastttt
pegawai imigresen ada kissing2
bawak ke pronhub keee acaner?
internesenel gak tu
Quote supernaturalee 21-6-2022 07:38 PM
Cokoro replied at 21-6-2022 02:10 PM
Ok je dia brlakon tp byk watak pembantu. Dia ni klu betul2 mgkin blh jd hero malaya mcm SY

SY?
Abg jem ke?

Quote Cokoro 21-6-2022 07:50 PM
supernaturalee replied at 21-6-2022 07:38 PM
SY?
Abg jem ke?

Shukri yahya
Quote shiraloveyou 21-6-2022 07:52 PM
Hensem dia ni...pernah nmpak dia berlakon jd adik syukri yahya dlm asam pedas
Quote kiah_mai_pulak 21-6-2022 08:02 PM
lahhhhhhhhhhhh kau berlakon pun sendu sapa lah nk offe
Quote supernaturalee 21-6-2022 08:40 PM
Cokoro replied at 21-6-2022 07:50 PM
Shukri yahya

Alaaaaaa
Rembes
Quote intan244 21-6-2022 10:09 PM
iols peminat dia. so wise decision, semakin fan jadinya.
Quote 3chanceno 21-6-2022 10:14 PM
Betul ke ada tawaran atau saja je buat cerita pasal nak naikkan nama?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058364 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top