View: 2550|Reply: 21
|
Syaffiq Sahli Tak Nak Buat Babak Cium Dan Intim, Sanggup Tolak Job Walau Dibayar Mahal
[Copy link]
|
|
Demi menjaga maruah dan agama, pelakon Syaffiq Sahli sanggup menolak tawaran sebuah filem disebabkan perlu melakonkan babak intim.
Kata pelakon berusia 35 tahun itu, pihak produksi tersebut juga menawarkan ‘job’ tersebut dengan meletakkan harga yang tinggi untuk mendapatkan khidmat lakonannya.
Tambah Syaffiq, dia tidak menyangka pihak produksi terbabit tergamak menawarkan kerja lakon seperti itu walaupun sudah mengetahui babak sedemikian sensitif khususnya buat masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Foto: IG
"Saya ditawarkan untuk membawakan watak seorang pegawai imigresen dalam sebuah filem. Difahamkan, ia filem indie dan objektifnya untuk masuk pertandingan di festival luar negara.
"Saya tak diberitahu awal ada babak bercium dalam naskhah itu dan agak terkejut kerana produksi juga sedar bahawa saya berbangsa Melayu dan beragama Islam.
"Mungkin mereka sanggup meletakkan bayaran yang tinggi, tetapi saya tidak segila itu untuk menerimanya. Babak bercium? Saya masih lagi waras ya!” katanya kepada mStar.
Selain itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu berkata dia tidak pernah melakonkan babak-babak seperti berpeluk apatah lagi perlu bercium.
"Babak yang ditawarkan itu, memang bercium betul-betul. Bukan setakat pegang tangan saja. Adegan peluk pun saya tak buat, apatah lagi kalau nak buat adegan bercium.
"Kita ini Melayu, Islam pula itu. Walaupun memang kerja berlakon, tapi ada batasnya. Itu prinsip saya pegang selama ini. Bagi saya, melampau sangatlah kalau tergamak nak buat babak bercium itu.
"Ibu, bapa dan isteri mestilah tak suka. Tak payah minta keizinan mereka pun, kita sendiri sebagai orang dewasa boleh fikir mana baik dan buruk," katanya.
Sementara itu, Syaffiq menegaskan dia tetap dengan pendiriannya walaupun terpaksa melepaskan peluang untuk meneroka dan mencipta nama di luar negara menerusi tawaran itu.
"Memang saya akui, mungkin terlepas peluang untuk mara ke peringkat antarabangsa, tetapi tak apalah, tak mungkinlah saya sanggup nak langgar hukum syarak.
"Saya dah bincang dan terangkan pada pihak produksi, terpaksa menolaknya dengan cara baik. Pengarah dan produksi secara amnya bukan orang Melayu, jadi mungkin mereka pun tak begitu faham dengan kepercayaan dan pegangan kita.
"Tak apalah, saya pun tak salahkan mereka sepenuhnya. Terus-terang, kalau tak ada babak itu, saya terima saja," katanya.
Dalam pada itu, Syaffiq memaklumkan dia kini sedang menjayakan penggambaran filem genre seram berjudul Bangkitkan Aku Kembali yang diadaptasi daripada karya novelis Sophilea.
Memegang watak utama bernama Zakuan, Syaffiq menerusi naskhah itu bergandingan dengan pelakon lain seperti Amy Nur Tinie, Aishah Azman, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.
Penggambaran yang telah berlangsung selama 10 hari tersebut bakal ditayangkan di saluran Astro First menjelang akhir tahun ini. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
rambut potong mcm tu terus x kenal. lepas skodeng ig baru tahu oh dia ni banyak berlakon watak pembantu n lakonan ok x kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Adehh nape cm knal x knal ni dr gambau2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je dia brlakon tp byk watak pembantu. Dia ni klu betul2 mgkin blh jd hero malaya mcm SY |
|
|
|
|
|
|
|
sembang mcm popular sgt hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni berlakon ok cuma kurang famous.. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok gambar yg ditepek tu, whoryuss sangat, sekali godek-godek, ohh..ada jelah tengok dia berlakon, cuma tak tau nama |
|
|
|
|
|
|
|
ya ALLAH gambar last tu terserlah yg keje drebar lori sawit tu SESUAIIIIII SANGAT dengan heshe..kuat sangat AURA tu yachhhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
not bad jgk dia blakon cuma tu lah tak commercial |
|
|
|
|
|
|
|
babak bercium2 lgbtq ke straight nyehhh? ke tolak sebab pasangan tak helok? hihihi...takpe la bang...bibir pun tak sexy nak kiss kiss... ehh! |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi kita nantikan watak comolot tu dapat kat sapa. Mamat ni berlakon okay je. Ada pendirian, takde lah main sauk je job kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 21-6-2022 02:10 PM
Ok je dia brlakon tp byk watak pembantu. Dia ni klu betul2 mgkin blh jd hero malaya mcm SY
SY?
Abg jem ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 21-6-2022 07:38 PM
SY?
Abg jem ke?
Shukri yahya |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem dia ni...pernah nmpak dia berlakon jd adik syukri yahya dlm asam pedas |
|
|
|
|
|
|
|
lahhhhhhhhhhhh kau berlakon pun sendu sapa lah nk offe |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 21-6-2022 07:50 PM
Shukri yahya
Alaaaaaa
Rembes |
|
|
|
|
|
|
|
iols peminat dia. so wise decision, semakin fan jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke ada tawaran atau saja je buat cerita pasal nak naikkan nama? |
|
|
|
|
|
|
| |
|