Pernah berkongsi mengenai kesihatan mental yang dialami, pelakon Hafreez Adam bersyukur kerana ia tidak memberi impak negatif terhadap kerjaya lakonannya.
Sering membawakan watak berat sarat emosi, Hafreez berkata, persekitaran penggambaran lebih memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesihatan mentalnya. "Alhamdulillah. Walaupun membawa watak berat tetapi ia tidak pernah memberikan kesan negatif terhadap emosi saya. Benar, saya pernah berdepan dengan kesihatan mental, namun ada cara bagi menanganinya. "Persekitaran di tempat penggambaran dan barisan artis yang terbabit juga banyak memainkan peranan. Jika bawa watak yang ringan pun, namun persekitaran negatif pun tak boleh juga," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048029 second(s), 33 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.