CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Jadi Mangsa Sihir, Mawi Percaya Ustaz Kazim Elias Terkena Buatan Orang

23-5-2022 10:10 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1408| Komen: 15|Original author: Tatod

Description: Baru-baru ini, timbul perdebatan mengenai kesahihan penyakit kulit yang dihidapi oleh pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Ustaz Kazim Elias adalah disebabkan sihir atau sebaliknya hinggakan pen ...

Baru-baru ini, timbul perdebatan mengenai kesahihan penyakit kulit yang dihidapi oleh pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Ustaz Kazim Elias adalah disebabkan sihir atau sebaliknya hinggakan penyanyi dan pengarah, Mawi turut terpalit sama mengesahkan perkara berkenaan.

Mawi dalam satu temu bual bersama Harian Metro berkata, dia percaya bahawa masalah kesihatan yang menimpa pendakwah tersebut adalah disebabkan buatan orang kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman yang sama.


Selebriti berusia 41 tahun itu menyifatkan mereka yang menganggap penyakit kulit dialami Ustaz Kazim adalah angkara sihir sebagai tidak logik berkemungkinan adalah individu yang tidak percaya pada perkara ghaib.

"Orang yang tak percaya benda ghaib mungkin akan anggap ia tak logik. Tetapi mereka yang betul-betul beriman, percaya benda ghaib, ia memang wujud sebab saya pernah lalui perkara seperti itu.

"Apabila saya berbual dengan ustaz mengenai perkara itu, keserasian kami kuat. Sebab itu jugalah saya buat cerita berkenaan. Kami lalui pengalaman sama. Saya yakin benda ghaib wujud sebab itulah saya nak kongsi cerita ini sebagai pengajaran buat semua," katanya.


Mengulas mengenai filem arahannya Zim Zim Ala Kazim yang menampilkan Ustaz Kazim sebagai tunggak utama, kata Mawi, filem berkenaan berkemungkinan akan ditayangkan pada tahun ini.

Awalnya, Mawi merancang filem tersebut akan ditayangkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul menerusi saluran Astro First namun ada kemungkinan akan berubah ke panggung apatah lagi pawagam sudah mulai dibuka semula. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 23-5-2022 01:49 PM
Kalo x kes sihir,penyakit ain. Ni ja la modai bukak tered. Lemah!
Quote anony-mous 23-5-2022 01:56 PM
Dia pon nk jugakkkk
Quote LadyCarefree 23-5-2022 03:28 PM
Thunderclouds replied at 23-5-2022 12:49 PM
Kalo x kes sihir,penyakit ain. Ni ja la modai bukak tered. Lemah!

Meleis camtulaaaaa kes anak amyra cekeding tu pon ada yg cakap sihir
Quote Burong_Hantuk 23-5-2022 03:46 PM
propa bertol si mawi sayur sawi nih...
Quote imransulaiman 23-5-2022 04:33 PM
Kenapa Mawi ni semakin nak bergaya, semakin tak diresap aura? Tak kena dengan style ke macam mana?
Quote uori 23-5-2022 04:43 PM
Sihir tu orang caya je, yang orang tak caya si ustaj tu je
Quote Parit.Hilton 23-5-2022 05:10 PM
uori replied at 23-5-2022 04:43 PM
Sihir tu orang caya je, yang orang tak caya si ustaj tu je

kann uols
tak faham konteks agaknya.

orang percaya je kewujudan sihir ni
tapi si kazim ni yg org meluat
Quote heythere123 25-5-2022 01:20 PM
takyah cakap sihir, mana tahu ni balasan untuk si duke ni sebab buat jahat dekat org, lagi2 yg cover kes anak dia tu
Quote AshkieLa 25-5-2022 03:16 PM
uori replied at 23-5-2022 04:43 PM
Sihir tu orang caya je, yang orang tak caya si ustaj tu je

yes.. u nailed it.

si ustaz dan pentaksub ustaz tolonglah hadam...
Quote makadek 26-5-2022 01:15 AM
Aku pelik la dia ni tk sampai 50 lg kan apsal nampak atok2 nk kata kerja angkat simen tak gak....dan uke ni mang propa bukan ke dia jual minyak ke apa tah..utk tawarkak sihir
Quote makadek 26-5-2022 01:29 AM
Pasal apa tak guna product sendiri yang boleh usir gangguan mahluk halus sihir mihir ni
rm35 done pomot

@Acikgomen
@Normabaru

Shuker ni
Quote Acikgomen 26-5-2022 07:40 AM
makadek replied at 26-5-2022 01:15 AM
Aku pelik la dia ni tk sampai 50 lg kan apsal nampak atok2 nk kata kerja angkat simen tak gak....dan ...

Mmg jantan propa uke neh
Pi ceramah nak tunjuk kat org konon heshe zuhud pakai perdana V6 jeh padahal pi tempat lain kemahen flex tah vellfire ka BMW ka hape tah keta mewahnye
Sanggup yach pi ceramah jejauh pun pakai V6 buruk tuh
Propa ke tidakkkkkk
Quote Redmyvi 26-5-2022 07:44 AM
dulu para ustaz ustazah ni dihormati skrg ni depa pun penuh dgn gosip2..
Quote awanearisu 26-5-2022 07:50 AM
makadek replied at 26-5-2022 01:29 AM
Pasal apa tak guna product sendiri yang boleh usir gangguan mahluk halus sihir mihir ni
rm35 d ...

Berdasarkan testimoni terbuka dari pemilik produk, bolehlah disimpulkan bahawa produk ini tidak berkesan.
Quote makadek 26-5-2022 10:19 AM
Acikgomen replied at 26-5-2022 07:40 AM
Mmg jantan propa uke neh
Pi ceramah nak tunjuk kat org konon heshe zuhud pakai perdana V6 jeh pada ...

Hacikkkkk ko pepagi mengata ostark nak tempah pintu melaka kew

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059890 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top