CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Budak Ni Nak Bersalin Tapi Suruh Balik Pasang Lampu Kucing,"-Harith Zazman Dapat Anak Lelaki

20-5-2022 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2380| Komen: 6

Description: "Budak ini nak bersalin dah! Dia boleh suruh kita balik buka lampu sebab kesian dekat kucing gelap-gelap".
"Budak ini nak bersalin dah! Dia boleh suruh kita balik buka lampu sebab kesian dekat kucing gelap-gelap".

Demikian tulis penyanyi lagu Cute (Stop Lah Being So Cute), Harith Zazman di Twitter, berkongsi situasi ketika isterinya, Nuramalina Ghakashah menantikan detik untuk melahirkan anak sulung mereka, awal pagi, hari ini.


Harith, 28, ketika dihubungi berkata, mereka turut memaklumkan nama yang sudah diberikan kepada anak lelakinya itu.

Foto: IG

"Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar secara normal tepat jam 1.05 pagi tadi. Bayi kami diberi nama Farrel Ali, dan dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur.


"Insya-Allah, esok, isteri dan anak saya, Farrel Ali akan dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani proses berpantang," katanya kepada Harian Metro.


Harith berkata Nuramalina memaklumkan, dia berasa ada rasa 'tak kena' ketika mereka keluar membeli barangan keperluan bayi, malam semalam.

"Awalnya, kami nak duduk di rumah sahaja, tapi semalam kami keluar juga sebab nak beli beberapa barangan keperluan bayi. Kemudian, isteri memaklumkan kepada saya, ada rasa yang tak kena.

"Jadi, saya terus membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Selepas berlaku beberapa kontraksi, dia dipindahkan dari bilik menunggu ke ruang bersalin. Semuanya berlaku dengan sangat pantas," katanya.



Harith juga berkongsi persiapannya untuk menjalani kehidupan sebagai bapa dan menjadi bayinya bersama isteri.

"Ramai kawan-kawan yang beri nasihat kepada saya supaya bersiap sedia untuk bersengkang mata menjaga bayi dan sebagainya. Saya dah bersiap sedia dan akan bercuti untuk menjaga bayi kami sehingga isteri saya selesai berpantang," katanya.

Selain itu, Harith juga memaklumkan, dia kini dalam proses pembikinan lagu istimewa yang didedikasikan kepada cahaya mata pertamanya itu.


"Ia masih dalam pembikinan dan saya akan bekerjasam dengan komposer lain juga. Tapi, bila ia akan dikeluarkan, saya sendiri belum ada jawapan yang spesifik," katanya.

Untuk rekod, Harith dan Nuramalina diijabkabulkan pada 28 Ogos tahun lalu selepas saling berkenalan apabila isterinya menjadi model video muzik single pertamanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nt-ViruS 20-5-2022 06:31 PM
sapa ni? dak2 twitter ke?
Quote Normabaru 20-5-2022 08:56 PM
Klu bgtau biashe2 xviral..so kena la selit kisah kucing gelap laaa bini rasa serba xkena la..macam laaa ko xbuat check up EDD bila xplan

Klu emergency czer tu kaka paham la juga ada drama..ni normal n cpt je kua
Bodoh la obgyn ko xreti kira date.pui
Quote noell 20-5-2022 08:59 PM
sapa mamat neh??
Quote Belibis 21-5-2022 12:57 PM
noell: sapa mamat neh??

Penyanyi ler..takkan majestret..[em:3:]
Quote biozipstar 21-5-2022 03:39 PM
ni salah sorang ahli sterk production.. boleh search kt utube banyak video2 viral dorang buat dulu... mebi terkenal before pkp... tahun 2015-2016 kot.. tah lah..

utk tak OT, tahniah lah ye.. moga menjadi parents yg baik...
Quote bakingsoda 21-5-2022 03:43 PM
artikel dia ada lalu semlm pastu aku cam eh rasa baru je kawin dah beranak lak. gi scroll ig dia mmg baru la jugak kawin hujung aug tahun lepas. bunting pelamin rupanya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.222309 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top