CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Sesekali Sanjung Saya - Saharul Ridzwan

20-5-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2729| Komen: 27

Description: Pelakon Saharul Ridzwan mengaku hanya insan 'kerdil' apabila ramai pihak terinspirasi dengan perubahan dirinya yang semakin mendalami Islam.
Pelakon Saharul Ridzwan mengaku hanya insan 'kerdil' apabila ramai pihak terinspirasi dengan perubahan dirinya yang semakin mendalami Islam.


Saharul berkata, segala perbuatan atau perkongsian di media sosial miliknya bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu mengajak lebih ramai pengikutnya ke arah kebaikan.


Kredit foto: IG Saharul

"Bab ini agak sensitif untuk saya jawab tapi ramai juga yang cakap bila dah semakin dekat dengan Islam tidak semestinya kita perlu tunjuk di media sosial. Tidak kurang juga yang kata nak buat baik biarlah simpan untuk diri sendiri saja.

"Tapi, saya ambil pendekatan selama 10 tahun berlakon saya selalu ajak orang ke arah hiburan dengan drama-drama saya, tapi sekarang ini saya nak gunakan kelebihan yang memiliki empat juta pengikut di Instagram untuk sesuatu yang baik.

"Kalau sebelum ini umum mengenali saya sebagai pelakon saja, tapi sekarang ini saya cuba kongsikan apa yang saya pakai, tutur, makan dan minum sebagai asbab kebaikan untuk semua yang kenal saya.

"Jadi siapa yang ikut saya itu Alhamdulillah tapi jangan sesekali sanjung sebab saya tiada apa-apa. Saya hanya orang biasa yang nak buat kebaikan untuk semua," katanya.

Menurut Saharul, dia menafikan dirinya sudah tidak aktif dalam bidang seni sebaliknya hanya memperlahankan karier lakonannya buat sementara waktu.


Kredit foto: IG Saharul

"Saya tak pernah mengehadkan aktiviti seni, tapi perniagaan yang saya uruskan sekarang ini yang membuatkan saya agak sibuk.

"Jadi bila dah sibuk terpaksalah saya perlahankan kerjaya saya sebagai pelakon. Insya-Allah sekejap saja. Saya tak bimbang pun jika ada yang menganggap saya mahu tinggalkan dunia seni kerana rezeki dalam bidang ini luas.

"Menjadi pelakon tak semestinya di TV saja, tapi ada banyak saluran lain," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 20-5-2022 10:08 AM
tak hengin pon sanjung ko dik
Quote KBW2 20-5-2022 10:10 AM
Hahahaha ni macam nak suruh sanjung jah
Quote pearlspth 20-5-2022 10:14 AM
bagus..berubah ke arah lebih baik
Quote Nnasda53 20-5-2022 10:34 AM
Atas sebab apa nak di sanjungkan.
Quote bulalof 20-5-2022 10:56 AM
baru tau sekelumit ilmu agama dah perasan ada yg sanjung ko?
Quote Addrianna 20-5-2022 11:00 AM
Ada perasaan  tu ok tapi kalau peeeraasaaan  syok sndiri dah lah.sendiri  cerita konon terpaling berubah ke arah kebaikan sendiri up diri disanjung.ppt
Quote chocobozhere 20-5-2022 11:01 AM
Lelaki kalau berubah alim wajih pakai kurta, kopiah ke..... Kalau tak pakai orang tak nampak dia berubah ke cMne..
Quote mizzmimi 20-5-2022 11:13 AM
Sapo nak sanjung kau perasan
Quote alieyrina 20-5-2022 11:19 AM
Ya allah..sib baik.
kalau dia x bagitau aku tersanjung dahh

Elokla kalau dh berubah. Comel anak2
Quote Nenasketum 20-5-2022 11:19 AM
Klakar la pulak restis nih suma, iman terkejut pun nak dibanggakan. Aku perasan taim puasa utube dia ni kluar ari2 kat feed aku. Nasib baik aku skip, buang karen jer.
Quote auntyonion 20-5-2022 11:22 AM
Cakap mcm lahir2 kapir lak walhal lahir islam khennss tp baguslah kalau nak berubah ke arah kebaikan..
Quote helicornia 20-5-2022 11:24 AM
masalahnya, ada ke org sanjung?
Quote Joysparta 20-5-2022 11:30 AM
Laaaa...sapa yg nak sanjung ko dik...koser.  
Quote msel 20-5-2022 01:07 PM
Over lah kalau puak2 ni berhijrah.
Quote rain2169 20-5-2022 03:10 PM
who? who sanjung you?
Quote missyL 20-5-2022 04:22 PM
Ewwww
Terpaling alim ke tu
Sape lah nk sanjung ko
Quote missyL 20-5-2022 04:23 PM
msel replied at 20-5-2022 01:07 PM
Over lah kalau puak2 ni berhijrah.

Kannnn
Agknye terasa diri sesuci baby balik kot
Quote Kurex 20-5-2022 04:29 PM
Kenal pun tak, nak sanjung hapenyahh???
Quote MsJules 20-5-2022 05:09 PM
Tiber je sanjung pulak... Propa sangat.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.128014 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top