CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Langsung Tak Tercabar Dengan Pelakon Baharu, Tak Nak Buat Gimik Bodoh

19-5-2022 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1892| Komen: 5

Description: Kali pertama berjaya menembusi stesen TV3, pelakon sedang meningkat naik, Meerqeen, 21, tidak terdesak melakukan gimik semata-mata mempromosikan drama terbaharu, Melur Untuk Firdaus.
Kali pertama berjaya menembusi stesen TV3, pelakon sedang meningkat naik, Meerqeen, 21, tidak terdesak melakukan gimik semata-mata mempromosikan drama terbaharu, Melur Untuk Firdaus.


Sebaliknya, Meerqeen mempunyai cara sendiri, malah berbincang dengan pasangan dalam drama, Anna Jobling strategi untuk melonjakkan drama yang menemui penonton setiap Rabu hingga Sabtu menerusi slot Lestary, jam 9 malam mulai 26 Mei ini, di TV3.

Foto: IG

"Saya tidak perlukan gimik 'bodoh' seperti bergaduh dalam mahupun luar lokasi semata-mata mempromosikan drama.

"Bagi saya, ia adalah strategi murahan. Peminat tidak memerlukan gimik murahan untuk tarikan menonton sesebuah drama. Sebaliknya, mereka menonton sesebuah drama berdasarkan cerita.


"Lagipun, saya benda yang cepat naik, turun pun mendadak. Jadi, saya dan Anna mempunyai perancangan bagaimana mempromosikan drama dengan perlahan-lahan.

"Kami tidak mahu pergi ke puncak gunung, kemudiannya jatuh terduduk begitu sahaja," katanya kepada BH Online.



Meerqeen ditemui pada sidang media drama Melur Untuk Firdaus secara virtual, hari ini.

Sementara itu, bercerita watak Firdaus Iskandar, Meerqeen berkata, tidak sukar mencipta keserasian bersama Anna kerana gadis itu santai dan profesional.

Meerqeen berkata, ini kali pertama bergandingan dengan Anna selaku teraju utama.



"Bekerja dengan Anna sangat mudah. Sebelum ini, kami pernah terbabit dalam sebuah drama, tetapi tidak banyak babak bersama.

"Ini kiranya kali pertama kami digandingkan berdua. Sepanjang di lokasi, kami banyak berbincang bagaimana mahu mengembangkan watak masing-masing.

"Memandangkan ini juga kali pertama drama lakonan saya disiarkan di TV3, saya sangat teruja. Saya amat mengharapkan drama ini mendapat sambutan baik sehingga mencetuskan fenomena.

"Jika ditanya soal kerisauan, memang resah risau menantikan maklum balas penonton. Tetapi, saya tidak mahu terlalu 'over thinking', saya hanya ingin berpandangan positif agar drama ini diterima," katanya.



Lebih dua tahun bergelumang sebagai anak seni, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, dia kini bersikap selektif dalam memilih watak bagi memastikan namanya terus kekal relevan dalam industri lakonan.

Jejaka kelahiran Ampang yang dicungkil bakat menerusi program pencarian bakat, Hero Remaja 2019/ 2020 itu berkata, dia tidak pernah rasa tercabar dengan kehadiran bakat baharu kerana sentiasa percaya kepada rezeki dan menganggap kehadiran orang baharu akan lebih mewarnai industri.



"Saya langsung tidak rasa tercabar kerana tahu di mana kekuatan dan kelemahan saya. Sebaliknya, saya gembira apabila melihatkan kehadiran orang baharu dalam industri kerana ia akan lebih menyinari industri lakonan.

"Kita ada banyak bakat, tetapi orang tidak nampak. Bagi saya, untuk terus kekal relevan, kita perlu sentiasa mengemas kini perkembangan dalam media sosial.

"Namun, perkara paling penting adalah menjaga mutu lakonan. Saya akui kini bersikap selektif dalam memilih naskhah, bukan sebab besar kepala, tetapi ia perlu untuk terus kekal relevan dalam industri.

"Saya bimbang jika memilih jalan cerita merepek, peminat tidak mahu lagi menonton drama lakonan saya. Saya lakukan ini demi masa depan kerjaya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deebiz14 19-5-2022 05:00 PM
Ala kesian takde yg nak komen. Meh acik buat tacang saguhati. Acik 1st...yayy!

Nyways, try harder nak Merqeen. Dapatkan role best2 dan naik bukan kerana kontrolbasi. Keje keras sikit inshaAllah berjaya... gituhhh.

Dan baru prasan panjangnyer nama asal ko nak Merqeen oiii.



Quote deebiz14 19-5-2022 05:04 PM
Dan lain macam je Merqeen ni asek terpetik nama si Anna tu byk kali dlm artikel ni. Rileks lah, kalau takde ape2 tak yah nak justify byk2.
Quote LembingDayanti 20-5-2022 06:54 AM
padahal mmg takde sambutan. elok dah handsome2 buat soft porn dgn anna juling mmg kena soft boikot la.
Quote Reira77 20-5-2022 09:32 AM
LembingDayanti replied at 20-5-2022 06:54 AM
padahal mmg takde sambutan. elok dah handsome2 buat soft porn dgn anna juling mmg kena soft boikot l ...

Apa yang dia buat dengan Si Juling?
Quote Nenasketum 20-5-2022 11:32 AM
Ingatkan Meercat mana tadi, sori nenek tak kenal ko

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.068798 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top