CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Babah Terlalu Sibuk,"- Osama Dan Zaki Yamani Tak Pernah Merasa Raya Dengan Jamal Abdillah

19-5-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4202| Komen: 34

Description: Bergelar anak penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menuntut pengorbanan besar.
Bergelar anak penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menuntut pengorbanan besar.

Berjauhan di pagi Syawal sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16.


Tidak seperti anak-anak lain yang mempunyai kesempatan mencium tangan, sambil memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa di pagi Aidilfitri, Osama dan Zaki pula sebaliknya.


Foto: Berita Harian

Kesibukan Raja Pop itu memenuhi undangan persembahan golongan kenamaan ketika Syawal menjadi penghalang buat mereka anak-beranak meraikan 1 Syawal bersama-sama.


Jauh di sudut hati, tiada apa yang dihajati anak sulung Jamal, Osama melainkan ingin melihat keluarga besar bersatu dan berkumpul pada Syawal.

Namun, sehingga kini, impian penyanyi baharu berusia 21 tahun itu masih belum kesampaian. Sebagai anak, Osama tidak menuding jari, malah, memahami tuntutan tugas bapanya itu.



"Kebiasaannya, saya akan meraikan Aidilfitri bersama ibu di Beruas dan nenek di Ipoh, Perak.

"Jujurnya, saya sebenarnya teringin sangat mahu dengan bersama babah, adik-beradik dan ibu tiri, tahun ini. Namun, nampaknya ia sukar dipenuhi.

"Setakat ini, kami belum pernah beraya bersama babah dan berkumpul satu keluarga. Kebiasaannya, kami meraikan Syawal secara berasingan.

"Hubungan ibu dengan ibu tiri, Datin Zai Izzati Khiruddin juga tiada sebarang masalah. Cuma, kami belum berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama-sama," katanya kepada BH Online.



Osama berkata, dia lebih suka tinggal bersendirian di kediaman milik bapanya jika pulang ke Ipoh.

"Saya lebih selesa begini. Jika disuruh pulang, saya tiada masalah kerana jarak antara Ipoh ke Beruas hanya 45 minit sahaja, manakala kediaman nenek pula cuma 10 minit.

"Saya sering berulang alik, ada masanya di Ipoh, ada ketikanya di Shah Alam. Jika pulang ke Ipoh, saya selesa tinggal bersendirian.

"Selalunya apabila hari raya saya akan meraikan bersama dengan ibu kerana babah selalu sibuk," katanya Osama yang kini tampil dengan penampilan baharu selepas berjaya menurunkan lebih 20 kilogram (kg) berat badan.

Berkongsi mengenai penurunan berat badan, Osama berkata, dia nekad menurunkan berat badan sejak dua tahun lalu selepas tersingkir daripada program realiti, Big Stage 2020.



Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi punca berat badan bertambah, apatah lagi, hanya terkurung di rumah menyebabkan sukar mengawal selera makan.

"Selepas tersingkir daripada program Big Stage, baru saya sedar betapa buruknya tubuh badan besar. Babah ada menegur berat badan saya.

"Beliau menasihati agar menurunkan berat badan agar orang ramai selesa melihat penampilan saya. Berat badan saya pernah turun sehingga 69 kg, namun, babah menyangka saya mengambil barang terlarang.

"Jadi, saya pastikan berat badan tidak susut serendah itu. Kini, berat badan saya 75 kg dan saya selesa dengan tubuh sekarang.

"Saya menurunkan berat badan secara semula jadi tanpa bahan terlarang ataupun menjalani pembedahan memotong usus atau sebagainya.

"Saya jaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula dan nasi. Saya tetap makan nasi, tetapi saya pastikan lauk lebih banyak daripada nasi," katanya.



Anak kedua Jamal, Zaki pula meraikan lebaran bersama keluarga ibunya di Seksyen 4, Shah Alam, setiap tahun.

Zaki menafikan ibu, Fatimatuzahra Samad menghalangnya berjumpa dan meraikan Syawal bersama bapanya.



"Saya tiada masalah berjumpa babah, ibu tidak pernah menghalang. Ibu pernah menghantar saya ke rumah babah untuk beraya.

"Sebenarnya, babah boleh bertemu saya bila-bila masa. Ada ketikanya, babah janji nak jumpa, tetapi tiada. Saya hantar pesanan menerusi WhatsApp pun tidak berbalas.

"Jadi, saya tidak selesa apabila ibu dituduh menghalang saya bertemu babah, sekali gus memburukkan nama ibu," katanya yang kali terakhir bapanya pada Aidilfitri, tahun lalu selama setengah jam di kediaman sahabatnya.

Pada Ramadan lalu, timbul kontroversi apabila Jamal mengeluarkan kenyataan tidak benar menuduh Fatimatuzahra penyebab hubungannya dengan Zaki renggang.

Menerusi video dalam Instagram, Zaki mempertahankan ibunya memandangkan sentiasa bersamanya pada ketika susah dan senang. Zaki juga mendedahkan kali terakhir menyambut Syawal bersama bapanya ketika darjah empat pada 2016.



Zaki berkata, dia tinggal di Kajang bersama dengan ibu, namun meraikan 1 Syawal di kediaman datuknya di Seksyen 4, Shah Alam, setiap tahun.

"Sejujurnya, saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga sebelah ibu. Ada masanya, kami pulang ke Johor untuk menziarahi sanak-saudara.

"Kali terakhir beraya bersama babah enam tahun lalu. Saya tahu babah terlalu sibuk pada Syawal.

"Saya tak pernah berkecil hati, malah, faham dengan kerja babah," katanya.

Zaki berkata, dia hanya membeli sepasang baju Melayu, manakala mendapat tajaan lapan pasang baju.




"Jika remaja lain kurang selesa berbaju Melayu, saya pula sebaliknya. Sayalah orang yang paling teruja menggayakan baju Melayu.

"Lebih lagi menerima banyak tajaan, ia membuatkan saya lebih bersemangat meraikan Syawal. Saya tidak kisah memakai baju Melayu setiap hari, lagipun sayang jika baju tajaan disimpan," katanya yang turut menghadiahkan datuknya sepasang baju Melayu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 19-5-2022 07:49 PM
kasihan
anak2 menageh kasih ayah ...
Quote 3chanceno 19-5-2022 10:04 PM
Kesian anak2 sampai kena luahkan di socmed
Quote surfin_net82 19-5-2022 10:24 PM
Anak² in denial. Ayah dah move on ????
Quote tumpanglalu74 19-5-2022 11:49 PM
Ape kome kutip zantan ney buad laki?
Quote DARSITA 20-5-2022 01:14 AM

Ada dua pilihan nak terus meratip or move on. Stop lah menagih kasih - buat hal sendiri dah berjaya nanti harus si Jamal terhegeh hegeh nak anak2 berkumpul beramai ramai.

Cuba tgk anak anak pasangan yang bercerai - ada yang jadi orang berguna (good job etc) ada pulak jadikan penceraian emak ayah sebagai sebab menghancurkan diri sendiri.
Quote bintangct 20-5-2022 01:27 AM
tok mal bila dh kerepot nnti jgn dok meratib anak2 tak ambil peduli yek
Quote airmineral 20-5-2022 10:29 AM
move on dik..
apak xsudi lntak kan je la
Quote TabletSusu 20-5-2022 11:00 AM
sblm raya mestilah babah dah plan beraya kat mana kan. tahun ni kat rumah beliau, so pegi je lah berhari raya dgn babah kat rumah beliau. kot babah kata nak blk kampung.. pegi je lah kampung babah. kot babah kata kena attend show kat angkasapuri.. pegi je lah ke angkasapuri nunn.. apa ada hal
Quote sleepandream 20-5-2022 11:55 AM
terus hilang respek iols kat tok jamal... hauknye perangai....
Quote tipah89 20-5-2022 12:49 PM
kesiannya mcm terhegeh2 menagih kasih bapak sendiri
Quote emera 20-5-2022 12:55 PM
Dia mmg tak layan anak dia ke? AC 2.0?
Quote rayna_raynes 20-5-2022 05:49 PM
"Berat badan saya pernah turun sehingga 69 kg, namun, babah menyangka saya mengambil barang terlarang."

Eleh, memaku dulang paku serpih
Quote naina 20-5-2022 06:00 PM
Anak2 dia kan dah besar. Dah pandai drive kereta. Pergi jelah rumah Jamal dengan bini sekarang apa masalahnya. Rumah bapak ko jugak. Bukannya dia pergi mana2 pun melainkan rumah mertua. Korang bukan budak kecik lagi wei. Takkan tok mal nak kena pick up masing2. Lagi pun nanti mak2 korang beraya sorang la plak kalau raya pertama dengan tok mal. Sianla
Quote weezerfan 20-5-2022 06:05 PM
Babah kena kontrol ngan mak tiri kot
Quote chandrahusin 20-5-2022 06:33 PM
Jamal ni laku lagi smpai skrg ye
apak korang busy lerrr
korang pun dh besar dh
buat je hal sndr
ke korang nak apak korang bwk perform sama2
Quote Joysparta 20-5-2022 07:39 PM
Babah sibuk berjaga malam..jaga adik2 kamu nak...
Quote orkidorkido 21-5-2022 11:28 AM
Fly_over replied at 20-5-2022 07:29 PM
tokmal ni kena control bini ke?

3 anak kecik berderet, kena duk rumah tolong menyusu, tukar pampers
Quote Acikgomen 21-5-2022 12:31 PM
naina replied at 20-5-2022 06:00 PM
Anak2 dia kan dah besar. Dah pandai drive kereta. Pergi jelah rumah Jamal dengan bini sekarang apa m ...

Hishhhhh kan bebudak tu dok ckp apaknye tak free utk terima deyols beraya sesama
Anak2 broken family ni emosi dia lain tau dari anak2 kita yg tak broken unit ni
Quote KirazMevsimi 21-5-2022 12:50 PM
moga tabah dik. sabar bebanyak. pau bebanyak duit raya ngn babah kamu tu. berbaloi jugak rasa hati yg bergelora

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.291531 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top