CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Amani, Abang Baju Hijau Teman Istimewa

18-5-2022 03:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1773| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Pelakon yang popular dengan filem Sepet, Sharifah Amani adalah individu yang kurang gemar berkongsi kisah peribadinya sebagai tatapan umum. Dia lebih suka menyimpan kemas apa saja perkara berkaitan pe ...

Pelakon yang popular dengan filem Sepet, Sharifah Amani adalah individu yang kurang gemar berkongsi kisah peribadinya sebagai tatapan umum. Dia lebih suka menyimpan kemas apa saja perkara berkaitan peribadi.

Pun begitu, Amani semakin terbuka apabila berkongsi gambar seorang lelaki yang istimewa dalam hidupnya. 

Walaupun tidak menunjukkan wajah teman lelakinya itu, namun ia sudah cukup menandakan hati wanita terbabit sudah dimiliki.

Dalam satu temu bual bersama Getaran, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya mengakui dia dan lelaki yang digelar 'abang baju hijau' itu sedang berada pada fasa mengenali hati budi masing-masing.



"Dia adalah kawan saya dan dia memang seseorang yang istimewa. Sekarang, kami sedang mengenali hati budi masing-masing," katanya.

Diminta menjelaskan jejaka yang berjaya menambat hatinya, aktres yang mesra disapa sebagai Nani itu berkata buah hatinya hanya orang biasa dan tiada kaitan dengan industri seni.

"Dia bukan dalam kalangan warga industri hiburan," jawabnya ringkas.

Melihat komen serta reaksi peminat di laman sosial, Nani terharu kerana ramai yang mendoakan kebahagiannya serta turut gembira pelakon itu kini mempunyai insan istimewa.


"Saya jarang kongsi kisah peribadi di laman sosial. Jadi, saya beranikan diri untuk kongsikan sedikit. Saya sudah berada dalam industri sejak berusia 17 tahun dan kini sudah 36 tahun.

"Saya bersyukur dan terharu sebab ramai yang sokong dan berikan kasih-sayang mereka kepada saya. Reaksi yang saya terima dari mereka sangat manis," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-5-2022 03:47 PM
Laki org ke cyst?
Quote Burong_Hantuk 18-5-2022 04:12 PM
lol...ujung2 pilih malay jugak...dulu acah2 minah salleh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041723 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top