CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Da'I Syed Diketahui Pada 31 Mei Ini, Mangsa Gangguan Seksual Tarik Laporan Polis

18-5-2022 03:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1959| Komen: 16|Original author: Tatod

Description: Keputusan bagi dua pertuduhan jenayah seksual ke atas Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful hanya akan diketahui pada 31 Mei ini sama ada ia akan diteruskan atau ditarik ...

Keputusan bagi dua pertuduhan jenayah seksual ke atas Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful hanya akan diketahui pada 31 Mei ini sama ada ia akan diteruskan atau ditarik balik.

Memetik laporan Rotikaya, Timbalan Pendakwa Raya P.Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu kes berkenaan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

Sementara itu, Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal pula berkata, kes berkenaan sudah dipertimbangkan sebelum ini maka ia tidak akan mengambil masa lama untuk diputuskan.


Sebelum ini, mahkamah menangguhkan perbicaraan dua kes tersebut ke tarikh hari ini (18 Mei) apabila saksi yang juga mangsa tidak hadir pada prosiding yang berlangsung pada 10 April lalu.


Terdahulu, pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang wanita berusia 22 tahun (ketika itu) serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana antara 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020.

Syed Shah Iqmal didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun serta sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah pula, pertuduhan berkenaan adalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mengulas perkara tersebut, Syed Amirul berkata pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa meneruskan pendakwaan terhadap anak guamnya walaupun pengadu sudah menarik balik laporan polis.




"Perbicaraan kes itu masih boleh diteruskan kerana pihak pendakwaan boleh memaksa saksi ke mahkamah untuk memberi keterangan menerusi sapina dan waran tangkap.

"Sama ada pihak pendakwaan akan meneruskan kes atau tidak, kami bersedia untuk kedua-dua keadaan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 18-5-2022 04:04 PM
pulakkk

so fitnah semata2 la nihh
Quote msdummy.2018 18-5-2022 04:26 PM
Lahhh kenapa tarik balik?kena ugut ka?
Quote kaoru44 18-5-2022 04:42 PM
Tiba2 plak tarik balik..
Quote makneng 18-5-2022 05:31 PM
Anti klimaks betholll la
Quote makadek 18-5-2022 07:26 PM
Nanti panjang berkajang kajangla dia  pnya sujud syukor
Quote missyL 18-5-2022 10:59 PM
Mane tak tarik balik
Asek kene victim blaming sajeeee

Si wukong ni pn Acah2 baik  inesen
Quote supernaturalee 18-5-2022 11:59 PM
Yg politician dgn kes rasuah yg x setel2 sungguh pun saksi dah bg keterangan
Yg org2 agama ni plk blh thn jgk kes skandal nya

Semua pun pnjg2 cerita, hujung2 lps gitu je

Quote Mary_jane 19-5-2022 12:58 AM
Kena ugut ke victim nya? Takut kena cerca sebab identiti kena reveal? Atau dah dapat habuan? Macam mustahil je ini semua fitnah.
Quote dua_chzy 19-5-2022 01:04 AM
Mary_jane replied at 18-5-2022 04:58 PM
Kena ugut ke victim nya? Takut kena cerca sebab identiti kena reveal? Atau dah dapat habuan? Macam m ...

Dia tak tahan tekanan.
Quote anony-mous 19-5-2022 01:18 AM
Mary_jane replied at 19-5-2022 12:58 AM
Kena ugut ke victim nya? Takut kena cerca sebab identiti kena reveal? Atau dah dapat habuan? Macam m ...

Bkn dia sendiri ke yg reveal identiti dia claim depressed dkt tiktok?? Ada yg ckp xguna tarik balik sbb kes dah berjalan.

I mmg dari awal x salahkan jantan ni 100%
Quote tikusmontok 19-5-2022 07:33 AM
Damnnn..semakin bermaharajalela penungging agama
Quote TomyamPuteh 19-5-2022 07:42 AM
Dengarkan la.... Disepanjang jalan aku berdoa.
Quote Acikgomen 19-5-2022 07:52 AM
Rasanya budak pompuan tu tak tahan tekanan
mebi bdk tu termakan kejian orang bahawa salah dia pi ikut jantan tahik ni balik rumah
Kesiannya
Quote Mary_jane 19-5-2022 11:26 AM
anony-mous replied at 19-5-2022 01:18 AM
Bkn dia sendiri ke yg reveal identiti dia claim depressed dkt tiktok?? Ada yg ckp xguna tarik bali ...

Victim baru tersedar kot teruk kena kecam sana sini. Si okt plak makin galak/fame takde show remorseful. Dah tentu2 dia pun tak mengaku buat salah tu. Dunia akhir zaman, yang salah pun boleh jadi betul.
Quote Lagubestbest 19-5-2022 09:22 PM
Edited by Lagubestbest at 19-5-2022 09:26 PM

err.. maybe gegirl tu tengah sedap sekali dai kena pusing doggy paksa. sakit sbb tu dia marah2 mcm awal2 dah rela tapi hujung2 jadi lain tak terkawal sangat. bila masuk mahkamah kena explain detail, camne nak explain kena rogol kalau awal2 memang tergedik2 gurau manja merapat cium2 ntah2 siap bukakan seluar jantan tu.
Quote syamzana 19-5-2022 09:31 PM

dah tarik balik plak dah. sakan laa setaz perasan ensem rambut karat ni bermadah di ig

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.298164 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top