CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Atlet Gimnastik Sharul Aimy Jadi Sebutan, Laju Je Netizen Stalk!

18-5-2022 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3026| Komen: 15

Description: Kemunculan Sharul Aimy di Sukan Sea 31 di Vietnam benar-benar menjadi tumpuan para peminat Sukan.Tambahan lagi, kejayaan beliau menambah mata Emas buat Malaysia membuatkan dirinya menjadi sebutan raky ...
Kemunculan Sharul Aimy di Sukan Sea 31 di Vietnam benar-benar menjadi tumpuan para peminat Sukan. Tambahan lagi, kejayaan beliau menambah mata Emas buat Malaysia membuatkan dirinya menjadi sebutan rakyat Malaysia. 



Kredit foto: YouTube

Namun, dia bukan sahaja mencuri tumpuan kerana bakatnya dalam gimnastik artistik lelaki. Ini terbukti setelah melihat komen di Twitter, ramai memuji ketampanan Sharul dan memberi semangat kepadanya.


Malah, peminat sukan dari Vietnam juga meminati Sharul dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.




Tak kurang juga ada yang kagum dan memuji Sharul kerana sentiasa menjaga penampilan diri walaupun berada di gelanggang. 


Kredit foto: YouTube

Ketika dia beraksi, Sharul sempat membetulkan rambutnya supaya sentiasa dalam keadaan rapi.



Untuk info, Sharul Aimy atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Aimy Kamarul dilahirkan pada tahun 2001 dan kini berusia 22 tahun. 

Beliau dilahirkan di Terengganu dan beberapa kali mewakili Malaysia bagi acara gimnastik lelaki. 




Sebagai rekod, Sharul pernah membawa pulang perak dalam acara melombol (vault) pada kejohanan Egyptian Pharaohs Cup 2021 di Mesir, Disember lalu.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 18-5-2022 09:26 AM
vietnam x bg org masuk lagi kan??
Quote VioletsAre_Blue 18-5-2022 11:43 AM
Macam syed sadiq
Quote bakingsoda 18-5-2022 11:59 AM
VioletsAre_Blue replied at 18-5-2022 11:43 AM
Macam syed sadiq

ramai bethol atlet muka seiraskan

sadik - lompat pagar
nur izuddin - badminton
sharul - gimnastik


Quote Decaffeinated 18-5-2022 01:59 PM
bakingsoda replied at 18-5-2022 11:59 AM
ramai bethol atlet muka seiraskan

sadik - lompat pagar

ha ha ha...

silap turutan tu, patutnya simpan punch line till last


Quote Artemesiaa 18-5-2022 02:09 PM
Ramai yang minat sebab muka bukan sebab bakat
Quote gekkou 18-5-2022 02:15 PM
hujung2 couple dengan restis
begitulah biasanya kalau dah famous ahli sukan malaysia ni
semoga lebih maju dan setiasa majulah sukan untuk negara
Quote TomyamPuteh 18-5-2022 03:28 PM
@Kurex tersenyum manis
Quote sharlenetexas 18-5-2022 03:32 PM
Tahniah dik.
Jgn ikut jejak langkah kau jit kaur.

Quote mis_j_alexanda 18-5-2022 03:35 PM
bakingsoda replied at 18-5-2022 11:59 AM
ramai bethol atlet muka seiraskan

sadik - lompat pagar

Haha, x dapat lompat kijang, lompat pagar pun jadi la
Quote puan_rohayu 18-5-2022 03:48 PM
Artemesiaa replied at 18-5-2022 02:09 PM
Ramai yang minat sebab muka bukan sebab bakat

Mmg la muka kn tengok juga itu penyedap mata pastinya.Cm janganlah kita nafikan pengorbanan atlet2 ini melakukan rutin dan latihan yang sama bertahun2 semata2 untuk perform dlm acara sukan yg bermusim(tentunya dari umur yg terlalu muda terutama dlm sukan mcm gymnastics).Klu xmenang pingat apa2 pasti akan dilupakan macam tu saja..At least ada wajah yg handsome tu satu bonus la bg sis..
Quote Kurex 18-5-2022 04:33 PM
TomyamPuteh replied at 18-5-2022 03:28 PM
@Kurex tersenyum manis

Yg pasti, iols follow budak ni dah lama dah sebelum pandemik lagi.
Tapi iols tak komen pape. Iols bukan pompuan2 muka tua yg komen dekat ig heols. Iols ada standard..
Quote Kurex 18-5-2022 04:34 PM
TomyamPuteh replied at 18-5-2022 03:28 PM
@Kurex tersenyum manis

Lupa nak bersemoga.

Semoga dapat bergayut dekat lengan sharul sambil sharul tak lepaskan rangkulannya pada pinggang kurex
Quote ezacbee 18-5-2022 05:00 PM

Ber-semoga jap lagi
Quote ashilalat 18-5-2022 05:18 PM


Untuk info, Sharul Aimy atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Aimy Kamarul dilahirkan pada tahun 2001 dan kini berusia 22 tahun.

Matematik pengarang dapat berapa masa upsr?
Quote wirazam 18-5-2022 06:45 PM

Ha ah baru nak ckp..seiras dgn sadiq

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047984 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top