CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Semasa Bermain, Anak 4 Tahun Dan 6 Tahun Maut Dalam Parit

18-5-2022 07:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1031| Komen: 5

Description: Manjung: Dua beradik ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya di Batu 12, Jalan Segari di Pantai Remis dekat sini.
Manjung: Dua beradik ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya di Batu 12, Jalan Segari di Pantai Remis dekat sini.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan empat tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika bermain di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian pada 7 malam.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, dua beradik terbabit bermain di luar kawasan rumahnya pada 5 petang dan ketika itu ibu mereka berusia 36 tahun sedang memasak.

"Ibu mangsa menyuruh anak sulungnya berusia 10 tahun mencari dua adiknya untuk pulang ke rumah pada 5.30 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menemui dua adiknya di dalam parit berhampiran dan terus memaklumkan kepada ibunya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, wanita itu kemudian meminta bantuan orang awam yang berada di situ untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa yang berada dalam parit.

Nor Omar berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi pada 7.15 malam mengesahkan kematian dua beradik berkenaan.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya.

"Setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnasda53 18-5-2022 09:42 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Moga si ibu tabah.
Quote rosedemon 18-5-2022 10:27 AM
allahu hilang anak 2 sekaligus. boleh gila
Quote imanjannah 18-5-2022 12:27 PM
innalillahwainnalillahirojiun...
Quote monreyes 18-5-2022 01:03 PM
kesian..semoga menjadi iktibar..kecik sangat utk dibiar kan bermain tanpa pengawasan
Quote Artemesiaa 18-5-2022 01:07 PM
Tetap kes yang lebih kurang sama terus berulang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046301 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top